Beli Gitar di Shopee

Oleh sebab gitar pokcik yang dulu sudah rosak, nak main pun bunyi dah tak sedap tali menjadi lebih tinggi dari fretboard menyebabkan jari menjadi sakit bila menekannya.

Bukan main selalu pun, ini minat pokcik dari zaman remaja dulu, zaman rock kapak. ada anak remaja pokcik sorang dua tu yang juga minat sentuh dan main-main dan tanya pokcik pasal kod.

Bila buat carian di Shopee, pokcik berkenan dengan yang satu ni. Jenama Yamaha F310. Gitar ni jenis untuk yang baru belajar bermain (beginner) jadi bagi pokcik kurang selesa sikit bila menyentuhnya. papan fret dia kecil dan tidak lebar, untuk yang baru belajar dan berjari halus cukup sesuai menggunakannya. 
 
Pada mulanya berkenan dengan CORT 810 entah apa, mungkin dah jodoh terbeli yang ini. apa pun bolehlah anak-anak guna nanti.
 
 

 

Minyak Gonggang sudah boleh dibeli di Shopee

 



Mulai semalam pokcik dah siapkan muatnaik gambar minyak gonggang di laman Shopee. Jadi bagi yang berminat bolehlah ke kedai pokcik di Shopee. Tentang khasiat minyak gonggang ni boleh baca disini.

Beberapa bulan yang lalu pokcik mengalami kesukaran untuk mendapatkan Getah pokok ini disebabkan pokok gonggang yang biasa pokcik ambil kulitnya telah mati. Hanya beberapa minggu yang lalu pokcik telah menemui pokok yang lain, itu pun dikawasan hutan sekitar setiu. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan pokcik.  

Kalau beberapa pokoknya mati nanti terpaksalah pokcik meneruskan pencarian kedalam hutan yang lebih jauh lagi.. 

Gambar Hari Rabu#70 - cantik tak?


Mural tu, bukan pokcik yang lukis.. Itu sahabat pokcik yang lukis, Cikgu Khairul pokcik hanya cuit sikit sikit aje...kalaulah pokcik ni sepandai dia.. 

bukan pokcik tak pandai melukis tapi lukisan pokcik tentulah tidak secantik yang dihasilkan oleh sahabat pokcik ni..

Gambar Hari Rabu #69 - EM1 & Molases

EM1 & Molases ini baru sampai semalam, pokcik beli di Shopee. Dah hobi berkebun ni terasa pula nak buat sendiri baja dari najis haiwan terutamanya baji dari tahi kambing.  tengok dalam youtube, benda dua ni yang dicadangkan. Moleses dan EM1 (effective microorganisma 1.

Harap-harap menjadi..




 

#Segmen: Giveaway dan Mencari Bloglist bynadiajamhari

Alhamdulillah ini segmen pertama yang pokcik sertai setelah sekian lama menyepikan diri dari penulisan diblog. Sebagai tanda sokongan jom sertai segmen ini

Segmen ini akan bermula pada 7 Ogos 2020 (Jumaat)  sehingga 14 Ogos 2020 (Jumaat)

Mesin mengembur tanah (cultivator)

Lama menyepikan diri dari membuat sebarang coretan diblog ini.  Bukan kerana disebabkan oleh kesibukan tapi perasaan yang seakan tidak bersemangat untuk berblog beberapa bulan yang lalu. 

Hari ini pokcik gagahkan diri kuatkan semangat untuk menjengah ke blog ini.  

Dalam sebulan yang lalu pokcik sehingga ke hari ini pokcik menjadi semakin bersemangat dengan hobi berkebun pokcik. Seawal bulan julai lalu pokcik telah beli sebuah mesin mengembur tanah (mini tiller) melalui platform shoppe.. 

Dengan adanya mesin ini, kerja kerja mengembur tanah menjadi semakin cepat dan mudah. Pokcik tidak mudah kepenatan tapi sewaktu mula mula menggunakan mesin ini, dua malam lengan dan bahu pokcik tegang dan lenguh. 

Semuanya menjadi cepat dan mudah, tanah yang di gembur pun cukup halus.. 



Bramfield House dari Maria Kajiwa


Petang semalam pokcik terima sebuah novel dari puan Maria Kajiwa.. Pokcik tidak boleh memberi sebarang ulasan lagi tentang novel ini kerana belum berkesempatan lagi untuk membacanya. Tetapi bagi pokcik, novel dari Maria Kajiwa tidak pernah mengecewakan..

Berkesempatan pada sebelah malam nanti sementara menanti masa melelapkan mata rasanya dapat pokcik bacanya...

'Putik baba'



'Putik baba'.  Buah ini merupakan satu makanan pilihan pokcik di zaman kanak kanak di tahun 70an & 80an. Selepas tahun tahun itu pokcik tidak lagi menjadikannya sebagai makanan kudapan.

Tahun tahun itu, kehidupan keluarga pokcik agak sukar.  Dan buah ini menjadi pilihan. Kulit buahnya dikupas, dihiris nipis di cicah dengan garam, gula serta belacan dan dicampur dengan cuka makan di jadi colek buah.. Rasanya sedikit kelat.. Pokcik pun dah lupa rasanya. 

Ramai kanak kanak zaman kini sudah tidak mengetahui bila disebut 'putik baba'. Putik baba sebenar adalah putik buah nangka atau buah nangka yang masih kecil.

Anak-anak zaman sekarang ramai yang mengemari buah seperti gambar dibawah... Kalau diikutkan rasanya yang masam masam manis. Teringat pokcik suatu ketika zaman kanak kanak dahulu pokcik mengemari satu jenis buah yang rasanya hampir sama dengan buah mulberry ini.. Buah gucil, sekarang ini agak sukar menemui pokoknya.



Gambar Hari Rabu #66 - Kampung Lepan Kejor



Sayangnya hari itu singgah sini, di Kampung Lepan Kejor pokcik tidak bawa kamera seperti biasa. Kamera yang sebelum ini sentiasa ada bersama kehulu dan ke hilir disisi pokcik. Tempat menarik... dengan telefon ditangan pokcik rakam gambar tempat ini. Waktunya pun tidak sesuai, jam 4.00 petang.

Jeti ini telah dibina oleh bapa sepupu pokcik dan adik beradiknya. Kawasan tanah pusaka ini telah dibangunkan oleh mereka sekeluarga dan akan dijadikan sebagai tempat rekreasi. Dua tiga buah sekolah sekitar kawasan pernah menjadikan tempat ini sebagai tempat kursus dan motivasi bagi pelajar. Tapak Perkhemahan, sebuah surau dan dewan dibangunkan disini.... Semoga cita-cita bapa sepupu pokcik dan adik beradiknya tercapai untuk membangunkan tanah ousaka ini..