Gambar Hari Rabu #46 - Kurma dari Boss


Sekotak kurma terletak diatas meja kerja dipagi ini. Pemberian dari boss pokcik

Meja kerja #24 - Hadiah daripada sahabat


Sampai kat sekolah tadi, terus ke meja kerja.. pada mulanya ingatkan ada sesiapa yang tertinggal hamper ni kat meja pokcik. 
Tertanya jugalah hamper siapa yang empunya. 

Dua jam selepas itu tahulah yang hamper ni adalah kepunyaan pokcik hadiah sempena hsri lahir pokcik hari ini.. alhamdulillah terima kasih sahabat pokcik yang bagi hadiah ni..

Air Kelapa untuk berbuka


Semalam pokcik balik ke rumah mertua di Setiu. Sekadar menjenguk dan bertanya khabar walaupun sekejap dengan membawa sedikit bekal untuk mereka berbuka puasa. Bila terpandang pada sepohon kelapa yang buah mudanya ada beberapa tangkai. Teringin hati untuk berbuka puasa dengan air kelapa.

Sebatang galah dibelakang rumah mertua digunakan, galah buluh panjang terasa amat berat diangkat. Baru dapat empat biji terasa penatnya, mungkin kekurangan stamina. Melihatkan pokcik terkial-kial mengangkat galah yang panjang, adik ipar pokcik datang membantu. 


Alhamdulillah dengan bantuanadik ipar dua tandan kelapa muda dan beberapa biji lagi yang tua tapi masih berkulit hijau dapat digugurkan. Buah tua tapi masih hijau ni pokcik cadang nak buat kuih. Bini pokcik yang akan buatnya, mana pandai pokcik nak buat kuih kalau lauk pauk tu ok juga . Reti ler juga pokcik masaknya.