Meragau Udang dan ikan


Sewaktu aku berbasikal petang tadi keliling kampung. Tertarik aku bila melihat beberapa orang budak sedang meragau. Aku ingatkan dia orang meragau ikan rupanya anak-anak udang nasi yang dia orang cari untuk dijadikan umpan memancing. Bila aku tanya ada ikan tak dia orag jawab disini telah ada orang 'mengkarankan' ikan itu.

Bila musim kemarau melanda banyak alor dan parit yang kering dan menjadi sumber penduduk untuk meragau ikan atau udang.  Dulu waktu aku muda belia dan belasan tahun usia, alor inilah tempat aku meragau. Pernah sekali sewaktu meragau aku telah disengat oleh ikan keli kayu. Ikan keli kayu ni antara keli yang mempunyai sengat yang paling bisa diantara ikan keli. Sengatan dibetis menyebabkan aku tidak dapat berjalan dan dipapah oleh rakan-rakan ke hospital. 

Kerana tidak pasti apa yang menyengatnya sama ada oleh ikan atau ular aku telah dimasukkan ke dalam wad hospital untuk satu malam.

Cerita di depan mesin ATM



Seorang tua dalam lingkungan umur 60an. dari gaya dan pemakaiannya seperti seorang pegawai pencen atau seorang tua yang berpelajaran, mundar mandir, ke hulu ke hilir di depan Agro Bank. Bank masih belum dibuka. Tiada sesiapa yang berada disitu melainkan dia seorang diri. Matahari pagi baru sejengkal melepasi bukit sana. Hatinya seakan tidak tenteram, kadang-kadang tangan sebelah kanannya menyeluk poket. Dia masuk ke dalam ruangan mesin di bank tersebut dan keluar dan masuk lagi.

Sebentar kemudian datang sebuah kereta dan parking betul-betul di depan bank tersebut dan keluar lelaki dalam lingkungan umur 40an (aku lah tu). Terus masuk ke ruang mesin ATM bank tersebut. Mengeluarkan kad. Selepas mengeluarkan wang aku ingin berlalu segera mungkin dari situ. 

Tiba-tiba aku disapa lelaki itu "Nak keluar diut BR1M guna mesin ni ke"

"Ya pakcik" kata ku sambil memasukkan balik kad tadi ke dalam dompet. Dia terus mengeluarkan buku akaun sambil mengintai-ngintai mesin ATM tu. Aku yang ingin keluar dari ruangan tersebut memerhatikan tingkah laku dia.

"Kat mana nak cucuk buku ni" katanya sambil mengunjuk buku akaun tu pada aku.

Aku senyum "Pakcik nak keluar duit ke?"

"Ya...ya" katanya sambil mengangguk.

"Pakcik ada kad tak"

"Tak ada... tak ada. Kena pakai kad ke?" sambil garu kepala..

"Kalau pakcik tak ada kad pak cik kena tunggu bank buka, baru boleh guna buku tu" terang aku padanya.

"Bank buka pukul berapa"

"Hari ni hari sabtu... bank tak buka kena tunggu esoklah pulak pakcik.. pukul 9.30 bank buka esok" aku jelaskan padanya.

Pakcik tu berlalu pergi. Aku lihat mulutnya terkumat-kamit, aku pasti dia bukan berdoa tapi membebel sendirian.

Bakar kalori dengan berbasikal



Bagi anda yang suka berbasikal dan ingin tahu berapa kalori yang anda bakar.... anda bolehlah ke laman web ini... Disini. Anda boleh kira menggunakan calculator.... kira perjalanan, kira berat anda.

Heran aku

Pagi tadi aku ke bank..... ramainya orang yang beratur kat mesin ATM... aku ke Agro Bank.... ke Maybank....aku ke Bank Islam .... ramai jugak.... ke Bank Rakyat... di BSN lagilah ramai. ... aku ke AmBank lagi ramai..

Tengah hari pula aku ke Pantai Timur Shoping Complek... lagi ramai... aku ke Econjaya Shoping Complek .... ramai juga.....

Oooo... patut lah hari ni hari gaji. Lagi pun ada yang dapat BR1M..

Hilang sekejap

Dua tiga hari tidak dapat berada di dunia maya.  Aku menjadi terlalu sibuk didunia nyata.  Pertamanya aku pulang ke rumah mertua kerana menziarahinya yang sakit dan keduanya bila berada di sini... di rumah mertua segalanya seakan terputus hubungan dengan dunia online. 

Liputan rangkaian yang tenggelam timbul menyulitkan... menyebabkan aku jadi malas terus. Kata adik ipar aku yang juga sekali sekala balik... seakan kembali sepuluh tahun ke belakang.  Maklumlah duduk di hulu... kampung yang berada di pedalaman..... tapi kadang kadang aku seronok disini, tak lama lagi aku akan kembali lagi... lebih kerap lagi.... untuk menanam anak getah di atas tanah yang baru di beli...

Bila saja aku kembali ke rumah aku... selepas waktu kerja aku teruskan rutin harian ku seperti biasa... aktiviti yang sihat. .

Jom ngayuh



Segmen Review Blog - 3 Hari Sahaja !

http://syiralokman.blogspot.com/2014/02/segmen-review-blog-3-hari-sahaja.html
jom ramai2 memeriahkan Segmen Review Blog ni ^_^
Bersama merapatkan ukhwah ^_^

Tamat : 24 Mac 2014 jam 11.59 pm

1st Giveaway By Dscarnia

 
h
- klik banner untuk join-
 
 Giveaway ini akan berlangsung dari 20 Feb 2014 sehingga 10 Mac 2014
Giveaway ini akan berlangsung dari 20 Feb 2014 sehingga 10 Mac 2014 - See more at: http://dscarnia.blogspot.com/2014/02/1st-giveaway-by-dscarnia.html#sthash.EJjfz6yP.dpuf
Giveaway ini akan berlangsung dari 20 Feb 2014 sehingga 10 Mac 2014 - See more at: http://dscarnia.blogspot.com/2014/02/1st-giveaway-by-dscarnia.html#sthash.EJjfz6yP.dpuf

Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March

Assalamualaikum .
Apa Khabar !

http://itsmetira.blogspot.com/2014/02/segmen-pencarian-bloglist-bulan-march.html

Setelah sekian lama tidak buat segmen ni , hari ni tercetus pulak idea simple nak buat segmen untuk cari bloglist baru . Kalau dulu tira buat segmen jom bersahabat . Kali ni tira nak kekalkan niat nak mencari bloglist bagi setiap bulan .
Dan segmen untuk kali ni adalah untuk bloglist bagi bulan hadapan , bulan March ! Jom lah join . Just buat entry je okeyyy . Entry pn dah siap . Just tinggal copy dan paste ! Ini semua idea bernas kkak Mia lahh . hehe . Senang dan Simple kan ?.
1. Buat entry bertajuk ' Segmen : Pencarian Bloglist Bulan March'
2. Copy coding entry dan paste .
3. Submit dibahagian komen okeyy .
Segmen ini akan berlangsung sehingga akhir bulan February . Dan bloglist akan diterbitkan awal bulan March . Join Dulu okeyy .

Gambar petang rabu #9


Kereta guru dicalar

gambar sekadar hiasan. google yang punya

Hari ini heboh disekolah bila dua tiga buah kereta rakan guru dicalar oleh murid. Alhamdulillah kereta aku terselamat. Kereta rakan yang kena calar pula tu baru setahun dua dibeli, berwarna gelap pula lagilah mudah nampak kesannya. Kalau dipolish pun memang tak tanggal. 

Bila siasat punya siasat maka jumpalah sipembuat onarnya. Kesnya bukan kerana dendam pada guru tapi sekadar menghilangkan kepuasan..... dah jadi habit. Pelajar tahun dua apa apa sangat yang tahu pasal dendam. Bila ditanya... pernah mencalarkan kereta ayah dan ayah tak marah.... ayah pergi cat baru, itu katanya.

hmmm..... kalau tak ditegur makin berterusan.. siapa yang salah

segmen: bloglist istimewa ayuinsyirah tahun 2014


Klik banner atas untuk join

Kesian nak pisahkan


Kesian aku nak pisahkan tiga beradik ni. Dah ada orang yang berkenan dengan tiga beradik. Tidur pun berpeluk tidak pernah berenggang. Rasa-rasalah tak ingin dilepaskan dulu, nanti dia besar sedikit. Kesian ibu dia. 

Binatang ni kasih dia pada anak kadang-kadang tu melebihi kasih sayang manusia pada anak-anak. Ada sesetengah manusia tu beranak pandai tapi kasih pada anak tu tiada. Campak dalam tong, campak dalam sungai. Bila dah tua anak pula campak mak bapak kalau setakat campak kat rumah orang tua-tua tu kira dah teruk tapi lagi teruk kalau ditinggalkan kat tepi-tepi jalan...... kesian.

Minta dijauhi.... semoga anak-anak ku tergolong dikalangan mereka yang mengasihi ibubapa.

Akhirnya ketemu jodoh

Tahniah dan selamat pengantin baru kepada sepupu aku Rosdi yang akhirnya bertemu jodoh dengan gadis pilihan yang berasal dari Ayer Hitam Johor. Majlis menyambut menantu telah diadakan pada hari Jumaat yang lepas 14 Januari di Kampung Darau. 



Hari tu aku tidak berkesempatan untuk menyertai rombongan ke Ayer Hitam. Kerana ada urusan lain disebelah isteri aku. 


Kata seorang rakan yang menerima undangan majlis ni. "Sekor lembu padan anak-beranak demo jah"


Sayang Ustazah Sayang


Dah lama aku tak baca buku ni, seingat aku lah, masa aku sekolah rendah dulu aku pernah baca kat khutub khanah. Masa dulu perpustakaan sekolah dipanggil khutub khanah. hari sabtu lalu aku ke perpustakaan awam Jerteh. Terpandang novel ni hati aku tertarik untuk membaca semula. Sekurang-kurangnya mengingatkan semula kisah-kisah aku masa sekolah rendah dulu.

Novel ni telah diterbitkan semula selepas lima dekad. Berlatarbelakangkan kisah disebuah madrasah. Sayang Ustazah Sayang, buah tangan Salmi Manja

Selesai berbengkel

Alhamdulillah, hari ini selesailah berbengkel PATSKOM di SMK Permaisuri Nur Zahirah Besut.  Sesungguhnya hari tahun ini lebih baik berbanding tahun tahun yang lalu.

Terima kasih jua kepada sahabat sejawatan dan rakan rakan dari jabatan yang sama sama bantu membantu.

9 Jenis Anak Syaitan

Umar al-Khattab r.a berkata terdapat sembilan jenis anak syaitan.

1.   Zalituun
      Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya 
      manusia berbelanja lebih dn membeli barang-barang tidak perlu.

2.    Wathiin
       Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3.   A'awan
      Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tida mendekati rakyat. Seronok dengan 
      kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar 
      nasihat para ulama.

4.   Haffaf
      Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang-orang yang berada di 
      tempat-tempat maksiat (contohnya disko, kelab malam dan tempat yang ada 
      minuman keras.

5.   Murrah
      Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yang sukaakan muzik sehingga lupakan 
      Allah. Mereka tenggelam dalam keseronokan dan glamour lai-lain.

6.   Masuud
      Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa 
      sahaja penyakit yang bermua dari kata-kata mulut.

7.   Daasim
      Duduk dipintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim 
      akan bertindak agar berlaku keruntuhan  rumahtangga (suami isteri bercerai berai, 
      suami bertindak ganas memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, 
      anak-anak diidera dan pelbagai lagi bentuk kemusnahan rumahtangga)

8.   Walahan
      Menimbulkan was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan 
      menjejaskaan ibadat-ibadat kita yang lain.

9.   Lakhuus
      Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Rezeki

Sebentar tadi terima WhatsAPP dari seorang sahabat dan kerana ayatnya yang menarik minat hati aku jadi aku ingin kongsikan bersama.


Jika tiada rezeki anak,
mungkin diberikan rezeki mertua yang baik. 
Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar

Jika tiada rezeki wang ringgt
mungkin diberikan rezeki kesihatan.
Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia

Jika tiada rezeki kereta mewah
mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah
maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal

Jika tiada rezeki rumah yang besar
mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus
maka kita lebih bahagia dari si gelandangan

Jika tiada rezeki pasangan yang cantik
mungkin diberikan pasangan yang baik
dan pandai menguruskan rumahtangga
maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala

Jika tiada rezeki jodoh
mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang
maka kita Lebih bahagia kerana rezeki yyang tidak terjangka

Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3)

Salam Melancong!

Setiap kali sally pergi bercuti...blog sally akan adakan GA yang bertujuan untuk memberi cenderahati kepada rakan-rakan blogger...Apa salahnya berkongsi kegembiraan dan kenangan kan..? Untuk percutian kali ni...Sally nak buat GA yang ketiga...sebab tak mampu nak beli souvenirs untuk semua orang ...hihihi...

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/02/holiday-giveaway-by-sally-samsaiman.html


Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Holiday GiveAway by Sally Samsaiman (Part 3).
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML, dalam entry, jawab satu soalan yg senang, "Kemana Sally nak pergi kali ni?" dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
GiveAway berlangsung selama 2 hari bermula 14/2/2014 sehingga 15/2/2014.

5 orang blogger yang bertuah akan menerima souvenirs (undian melalui random.org)

JAWAPAN :-
hmmmm.... rasa-rasa CHINA kot...

Bengkel PATSKOM

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur, hari ini aku dapat menyiapkan dokumen-dokumen bagi dibawa ke Bengkel Penyediaan Penyata Akaun Tahunan Sekolah (PATSKOM) bagi tahun berakhir pada 31 Disember 2013. Dokumen ini akan dibawa untuk disemak oleh Pegawai dari JPN Terengganu dan sekiranya berlaku kesilapan maka perlu diperbaiki dengan segera.

Bengkel ini akan diadakan di SMK Permaisuri Nur Zahirah pada 16 - 17 Februari 2014.  PATSKOM ialah.... Penyediaan Penyata Akaun Tahunan Sekolah berkomputer.

Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan Mac dan April 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 12 Februari 2014, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #7 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 28 Februari 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Gambar pagi rabu#7

Sehari dua ni.... sibuk

Begitulah kadang kadangnya

Hari tu aku ada cerita pasal jalan menuju ke rumah aku yang rosak. ... boleh cari entri yang lalu. Hari ni cerita tu dah masuk metro. 

Ada yang suka  ada yang tak, kadang kadang gitulah. .. yang benar tu pahit.

Tawaran lawatan

Yang ni memang best.... tapi aku dok tengah fikir nak pergi atau tak.... agak agak mana patut. Tawaran ni bukan selalu datang..... semua free ni. 

Makan, tambang pergi balik dan penginapan semua free.... isteri mencuka. Tawaran ni untuk aku sorang saja

Aku kemaruk bubur lambuk

Alhamdulillah hari ini semakin sihat, berbanding dengan hari semalam. Semalam hanya mampu tergolek kat rumah tak terdaya untuk kemana mana.  Hari ini dalam pening dan sikit mamai serta batuk yang masih berterusan aku gagahkan diri ke rumah mak.

Dah rezeki aku.... dihidangkan dengan bubur lambuk.  Aku baru kebah dari demam, dihidangkannya bubur ni... apa lagi satu pinggan tak cukup.

Cuti sakit

Assalamualaikum...

Hari ni hari kedua aku cuti. Cuti sakit, kepala berdenyut, batuk batuk dan selesema.  Doktor kata ada jangkitan  kuman bila aku nyatakan batuk aku berkahak hijau. 

Tiga jenis ubat yang aku dapat, ubat selesema, batuk, antibiotik dan sejarum di punggung.

Gambar petang rabu#8

Aku lebih suka guna dapur arang bila panggang memanggang, tak kiralah ikan,  ayam atau daging. Sebab rasanya lebih asli. Cuma yang tak tahan bab mula mula hidupjan api... asap

Akhirnya dia datang

Hari tu aku ada cerita pasal wartawan yang hendak datang buat liputan.. boleh baca kat SINI. Akhirnya tengahari tadi dia telefon aku untuk datang. Persetujuan dicapai, katanya nak datang selepas asar.

Akhirnya wartawan tadi mengambil beberapa keping gambar dengan menggunakan pelakon cilik... pelakon yang sama dalam gambar aku ambil dulu. Katanya berita ini akan dimuatkan pada hari Jumaat atau Sabtu ni. Aku tak kisah janji ianya cepat diperbaiki demi keselamatan anak-anak ini.

Seketika naik sekejap turun

Hari tu dia naik, ingatkan makin naik tapi hari ni dia turun menjunam. Begitulah nasib. Harus diingat ada ketikanya kita di atas dan tidak mustahil kita terperosok ke bawah dalam masa yang singkat.

Orang Macam ni pun ada

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak berkongsi sedikit cerita. Cerita ini cerita benar dan sentiasa benar. Benar, benar berlaku pagi tadi dan aku salah seorang pelakun dalam cerita yang berlaku ini. Tujuan aku bercerita disini hanyalah semata-mata sebagai satu perkongsian, mana tahu ia juga pernah berlaku  terhadap anda atau sahabat atau saudara mara anda. Aku juga minta maaf sebab dalam cerita-cerita ini aku selitkan dailek kelantan.

"Lagu mana kabar ore kita" tanya bos. 

"Lagu mana lagi bos, apa-apa pun kena ambil tindakan doh. Ginilah bos biar saya gi tanyo kabar dulu dia nok kijo ko dok. kalu dia tok se gak, saya suruh dia berhentilah pade dok nyusah ko ore" Selesai perbualan dengan bos aku terus ke rumah sahabat aku yang tidak hadir bertugas tahap kritikal. 

Sewaktu aku bersusah payah menghidupkan motor yang dipinjam dari Pak Guard sekolah datang Kaunselor Organisasi dari PPD. Setelah bersalaman dan bercerita sebentar dengan pegawai berkenaan tujuan aku keluar dan dia pun menyatakan maksud kedatangannya adalah dengan tujuan yang sama aku terus ke rumah sahabat yang bermasalah ini.

Sampai dihalaman rumah sahabat ini aku lihat adik ipar beliau sedang memandikan anak-anak sahabat aku ini. Waktu ini jam lebih kurang 9.30 pagi.

" Assalamualaikum, polan ada" Mukadimah aku sambil menongkat motorsikal.

"Ada" jawab adik ipar dia

"Siapa" tiba-tiba muncul isteri sahabat berkenaan dimuka pintu.

"Ntah, tak kenal. Dah lama tak pergi sekolah macam mana nak kenal orang" Jawab si adik ipar. Aku rasakan jawaban itu semacam satu sindiran tapi yang pastinya bukan untuk aku.

Sebentar kemudian keluar sahabat aku tadi dan mengajak aku naik. Aku minta maaf pada dia dan minta dia turun berbual dibangku simen dilaman rumahnya kerana aku berasa selesa disitu. Aku tahu dia memang maksud kedatangan aku.

Setelah bebual beberapa perkara aku tanya dia "......... mu sayang dok pada kijo mu" dia jawab perlahan dan angguk. Aku tahu dia sayang pada kerja dia ni tapi dia pernah kata pada aku satu waktu dulu sebab utama dia malas pergi kerja kerana MALAS bangun pagi.

"......... kalu mu ada pendapatan lain sebanyak RM2000 sebulan dan kijo ini pun mu boleh  RM2000 sebulan berapa dah mu boleh" sedikit nasihat aku padanya kerana aku tahu dia ada sumber pendapatan lain. 

"Tapi kalu mu dikenakan tindakan tatatertib dan terbuang kerja mu dah hilang RM2000, maka dah berkurang pendapatan bulanan mu, mu pikirlah ........ sebab sekarang kalu mu tak hadir tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mu" sambung aku lagi. Dia tidak jawab dan aku tahu nasihat aku sebagai sahabat pun akan keluar macam debu-debu halius berterbangan.

Selepas berbual sebentar aku kembali ke pejabat, menyediakan salinan dokumen-dokumen berkaitan dan diserahkan pada pegawai dari PPD. Pegawai tersebut mengajak aku untuk menemaninya ke rumah sahabat bagi berunding. Kali ini aku datang bertiga bersama pegawai tersebut dan bis bos aku.

Sebaik tiba dirumah sahabat keadaan sekitar sunyi, tiada suara anak-anak kecil dan tidak sewaktu aku datang tadi. Ku perhatikan sekeliling, kereta dan motorsikal sahabat ada. Pintu tertutup tetapi jendela terbuka.

Beberapa kali salam diberi tetapi tiada jawaban. Aku tanya pada jiran sebelah dan jiran sebelah mengatakan sahabat ini ada dirumah dan tidak ke mana-mana. Bos aku dan pegawai dari PPD tadi duduk dibangku, aku melihat sekeliling sambil memberi salam yang tidak bersahutan. tiba-tiab dari jendela tadi aku terlihat kelibat sahabat terbongkok-bongkok ke arah bilik untuk bersembunyi. Aku memaklumkan pada bos apa yang aku lihat.

"Assalamualaikum ......... kita datang ni nak tanya khabar, nak berbincang dan kita tahu ............... ada dirumah" Pujuk bos aku.  Pujukan yang tiada berbalas.

Akhirnya kami ambil keputusan kembali ke pejabat. Untuk tindakan selanjutnya aku serahkan segala dokumen kepada pegawai dari PPD.

Ini mengingatkan aku pada satu cerita yang hampir sama sewaktu aku bertugas disekolah menengah dulu. Ceritanya bila ada beberapa rakan sejawatan aku ditugaskan untuk menghantar surat tindakan tatatertib diberhentikan kerja kepada seorang pegawai. Ramai rakan-rakan sejawatan tidak mahu pergi kerana pegawai yang dikenakan tindakan tersebut telah menelefon dan mengatakan akan memukul siapa-siapa yang hantar surat berkenaan. 

Tiada rakan-rakan sanggup mengambil risiko. Aku ambil keputusan untuk hantar surat berkenaan dan sebelum pergi aku telefon beliau dan memaklumkan aku yang hantar surat berkenaan dan hanya menjalankan tugas. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Kerana aku tahu dia takkan pukul aku. Kalau aku dipukul tak kemana pun dia.

Dalam dunia ni macam-macam orang ada dengan pelbagai ragam perangai...... betapa susahnya mereka diluar sana berebut untuk mendapatkan kerja sampai ada yang cuba bodek orang itu dan bodek orang ini. Bila dah dapat kerja senang-senang je tak hadir berkerja... Semoga aku dijauhkan dari sifat sedemikian....

Alexa rank


Terkejut aku, rasa-rasalah sepanjang blog aku ni wujud, inilah kedudukan yang terbaik yang pernah dicapai. Alhamdullillah ..... terima kasih kepada rakan-rakan blogger.

Kelmarin aku cuba semak, amat jauh sekali melebihi 22,000.

Projek emak dan kakak

Pagi tadi dia orang berdua tengah berbincang untuk buat kerepek pisang dan dalam dia orang dok sembang sembang pasal sukar untuk mencari pisang aku cadang kat dia orang guna pisang aku setandan tak payah bayar aku bagi free. Pisang yang aku tanam tu pisang kapas, kalau untuk buat kerepek pisang nangka lagi sedap.


Petang tadi aku jengah ke rumah mak... bukan jauh sangat pun, turun tangga naik tangga emak aku dan kakak sama adik tengah mengoreng kerepek. Jadi juga projek dia orang. Aku janji kat dia orang aku cari pisang nangka untuk projek dia orang........ projek seterusnya dia orang nak buat siput... aku tunggu, tumpang makan.

Bunga apa ni


Dah masuk bulan Februari kita ni ye.... sekejapnya masa berlalu. 

Sewaktu pergi belakang rumah pagi tadi tiba-tiba terpandang pada bunga.... gambar atas.. sebelum ni tak perasan atau mungkin tidak terpandang.

Ada tak siapa-siapa yang kenal bunga apa ni.. kebetulan waktu dok ngendap tadi mak aku datang... aku tanya dia, dia pun tak kenal. Dari pengamatan akulah, pokok bunga ni jenis pokok yang beracun berdasarkan keadaan batang dan daunnya.