Segment Thank You, 200,000 Visitors

http://ciknurul23.blogspot.my/2017/10/segment-thank-you-200000-visitors.html 


Segmen ini hanya berlangsung selama selama 3 hari (31hb sehingga 2 Nov). Dan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat (3 Nov 2017). Hanya 2 orang pemenang bertuah akan dipilih. 

Setiap pemenang akan menerima wang tunai sebanyak RM20.
jom join sekarang..>>>

Resepi Acar Temu


Acar temu. Dah lama pokcik mengidamkan acar temu ni. Hari tu pokcik tercari-cari  resepi acar ni. Sampai tertanya-tanya pada kawan-kawan. Dalam FB, dalam Whatsapp. 

Belakang rumah pokcik ni ada dua tiga perdu pokok temu. Kalau diambil sebahagian dari satu perdu itu sudah mencukupi untuk membuatnya.

Petang tadi pokcik tanya pada jiran yang senggangnya empat buah rumah dari rumah pokcik. Kata orang dulu-dulu jaraknya dua pelaung.... Kalau sekarang ni rumah yang senggangnya empat puluh meter belum tentu didengarnya laungan itu.

Berbalik pada acar temu ni, kecur liur pokcik nak menyiapkannya.. macam orang bunting mengidam nak makan daging kijang putih ... pokcik gurau tu..

Bahan-bahannya simple je taklah special sangat . Kebetulan bila buka peti tadi adalah kobis setengah labu @ biji.. entah apa orang panggil. Kobis ni pokcik cincang halus, bila siap cincang barulah pokcik perasaan yang alat memarut sememangnya ada.

Lepas tu pokcik ambil bawang besar selabu, bawang merah dua tiga labu. Pokcik tak masukkan bawang puteh..entah orang masukkan atau tidak pokcik tak tahu.. tapikan ini resepi pokcik. Bawang merah dan bawang besar ni cincang halus-halus. Kalau boleh pakai kapak lagi bagus.. lagi halus. JAngan diupakan cili yang telah dihiris, cili besar dan cili pada.. kiranya berpadanan.. kalau banyak nanti pedaslah pulak..

Lepas tu pokcik bersihkan temu tadi dari kotoran almaklumlah diambil dari dalam tanah. Lepas tu lagi pokcik  hiris nipis-nipis... yang ni pokcik dapat teguran dari sahabat FB pokcik bila upload gambar.. katanya cara hiris pokcik tu tak betul... Tak kisahlah kan janji rasanya tetap acar temu.

Jangan dilupakan garam dan gula secukup rasa.. yang penting taruh cuka makan kalau tidak tak rasa macam acar lah gamaknya.. lepas tu gaullah biar sebati.. pokcik buat ala-ala acar mentimun.. gitulah lebih kurangnya..

hmmm.. ada apa-apa yang tertinggal tak?... makan tadi pun dah ok rasanya.. dapat bagi kat jiran pokcik yang bagi resepi tadi.. sedap katanya, kalau makan dengan nasi dagang lag sedap.

Majlis Jasamu Dikenang Budimu Disanjung

Majlis Jasamu dikenang Budimu Disanjung dan jamuan perpisahan telah diadakan semalam bagi mengenangkan jasa dan sumbangan mantan guru besar En. Rahim b. Yusof yang bertukar ke SK Seberang Jerteh.

Sepanjang berada disekolah ini, beliau merupakan seorang yang penyayang terhadap anak didiknya dan disenangi oleh guru-guru dan kakitangan. Selama lima tahun bertugas dibawahnya bagi pokcik beliau bukanlah merupakan seorang bos yang cerewet.

Tidak mahu bercerita panjang, pokcik nak belanja beberapa keping gambar.














Novel - Galoh


Galoh...Karya Zubaidah Ishak (2016) terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad. Kali pertama membaca tajuk tersebut pokcik sangkakan galoh itu satu nama tempat atau lebih tepatnya lagi nama satu kampung, rupanya galoh itu adalah panggilan bagi anak gadis bagi masyarakat berketurunan banjar.

Kali pertama membaca karya Zubaidah Ishak, sebelum ini dua buah naskah beliau telah berada dipasaran...Pertemuan Musim Semi (2013) dan Kumpulan Cerpen Anugerah Terindah (2014).

Semenjak jiwa ini menjadi tua, pokcik sukakan novel seperti ini. Novel yang ada semangat didalamnya. Novel setebal 537 halaman, 48 bab.. Habiskan pembacaannya selama empat hari purata jam lebih kurang lima jam.




Sebuah kisah yang merentas zaman. Sebuah cerita tentang kasih sayang yang merentas batas adat dan kepercayaan. Sebuah kejadian tentang kepercayaaan dan kejujuran yang bersatu dalam suatu ikatan. Walaupun ditelan waktu dan zaman, ia tetap rimbun dan menghening. Ia tetap kukuh bersemadi dalam naluri insan-insan pencari. 


Galoh ialah fragmen yang dicantum keping demi keping. Ada ketikanya ia seperti sebuah mainan teka-teki dan kita cuba menyelesaikannya. Tapi, tidak semestinya teka-teki dan kita cuba menyelesaikan. Tapi, tidak semestinya teka-teki yang kita cuba sempurnakan itu ialah suatu jawapan yang sebenar. Ada lagi rahsia-rahsia yang perlu dikuak pintunya bagi mencari dan menemukan jawapannya. 



Galoh ialah suatu perjalanan yang panjang...

Gambar Hari Rabu #37 - Mahkota Dewa untuk Sahabat


Dua polibeg anak pokok mahkota dewa ini siap sedia untuk diberi kepada sahabat pokcik esok. Tiada urusan jualbeli yang akan berlaku.. untuk sahabat.

Sebenarnya anak pokok ini tumbuh bertaburan dibawah pohon.. jadi pokcik alih kedalam polibeg. Tadi, bila rakan ada bertanya maka esoknya akan menjadi miliknyalah

Novel Demi Dara



Novel Demi Dara garapan dari Abdul Rahim Awang ini merupakan novel yang keempat hasil buah tangan beliau yang pokcik baca selepas Bara, Saka dan Jin-Tina.

Abdul Rahim Awang merupakan salah seorang novelis kegemaran pokcik. Agak lama menyepi dan akhirnya pada 2016 beliau muncul dengan novel Jin-tina. Ternyata buah tangannya tidak pernah menghampakan pokcik.

Ending yang penuh kejutan. Rasanya novel ini tidak harus terhenti disini seperti kata Raof.

"Aku rasa Mazlan bukan saja bersedih, tapi berdendam" terang Raof.
"Sinar matanya dan cara dia memandang... eee... menyeramkan! Aku rasa kisah ini tidak terhenti disini atau hari ini"

Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...
 

Novel setebal 386 mukasurat, dalam kesibukan dengan kerja pokcik habiskan bacaan dalam masa tiga hari kalau dikira jamnya lebih kurang empat jam.

Dapat bos baru..


Hari ini.. Pokcik dapat bos baru.. En Khalib b. Muda, bekas PK Pentadbiran SK Keruak dilantik sebagi Guru Besar dan ditempatkan disekolah pokcik. Tengahhari tadi diadakan majlis sambutan secara ringkas majlis sambutan pertukaran ke sekolah pokcik..

Pokcik mula mengenalinya pada tahun 2008 pada waktu itu pokcik bertugas di Sk Bukit Putera, Setiu sementara beliau pula bertugas di SK Tayor Setiu.. Selamat bertugas buat bos baru..

Ada sesiapa yang boleh bagi resepi tak?..

Itu baru seperdu pokok temu yang pokcik gali pagi tadi... yang tu temu muda yang telah diasing dari tua. Ada beberapa perdu lagi yang akan digali tapi bila banyak begini pokcik tak tahu nak buat apa, nak masak apa. Biasanya pokcik anak beranak akan pilih yang muda untuk dibuat ulam cicah budu.

Ada kawan-kawan kata temu ni sedap dibuat acar pedas dan macam macam lagi. Tapi bila diminta resepi dengan dia orang.. katanya tak pernah buat, jadi mana sedapnya yang dia orang kata..kalau makannya belum tapi dengar orang kata..

Pokcik nak tanya ni, .. ikhlas ada rakan-rakan blogger yang pandai buat tak acara temu ni? Boleh bagi tak resepi kat pokcik.. pokcik nak rasa sangat acar temu ni..


Tak Nak Sunyi Sepi Lagi GiveAway by ASTraveler

http://www.akuseorangtraveler.com/2017/10/tak-nak-sunyi-sepi-lagi-giveaway-by.html

 Sunyi ke... kalau tak nak sunyi jom join segmen ini..


October Book Giveaway by Blog Siqahiqa

http://www.siqahiqa.com/2017/10/october-book-giveaway-by-blog-siqahiqa.html

Jom join giveaway ni. Bagi yang belum join bolehlah klik banner atas ni.
Giveaway ini akan berlangsung selama sebulan dari 12/10/2017 hingga 12/11/2017.

Patah - sebuah cerita pendek

Berinspirasikan kejadian patah yang menimpa isteri pokcik dua bulan yang lepas maka terhasillah cerita pendek dibawah. Nama tempat dan tokoh tiada kaitan atau kena mengena dengan sesiapa, hanyalah rekaan pokcik semata-mata. Adanya kekurangan pada tatabahasa dan gaya penceritaan harap dimaafkan kerana pokcik ni bukanlah penulis yang hebat. sekadar untuk suka-suka sahaja.


Rasa menyesal menyelubungi dirinya. Sesal yang teramat, kalau boleh diundurkan masa. Tidak ingin ia kesitu tapi apakan daya dia tiada kuasa untuk menterbalikkan masa itu. Dia sedar dia tidak boleh melawan takdir. 

Hari itu, selepas kerja-kerja menebas dikebun ia kesungai untuk mencari rebung. Kepingin sangat dia untuk makan rebung rebus dicicah sambal. Boleh dikatakan semua anak-anaknya suka makan rebung. Lebih-lebih lagi anak perempuannya. 




Gambar sekadar hiasan

Ditebing sungai Luak itu, bukan sahaja banyak dengan pokok-pokok buluh yang menghasilkan rebung bahkan setiap kali selepas musim hujan pertukaran monsun pucuk paku pakis dan pucuk miding banyak tumbuh melata sama seperti cendawan yang tumbuh selepas hujan. Kalau lewat mengutip melepaslah jawabnya. Tapi kawasan itu penuh dengan semak, perlu berhati-hati tedung selar dan ular sawa suka bermain disekitar situ. Bukan sekali dua dan bukan seorang dua pernah terserempak dengan makhluk ini. Pendek kata orang kampung sentiasa berhati-hati bila berada dikawasan ini.

Hari itu nasib tidak menyebelahi Mat Nor, Dia tergelincir sewaktu menuruni tebing sungai. Sendi tangannya sakit. Kesakitan yang teramat sangat. Sangkanya hanya terseliuh sendi pergelangan tangan. Dengan memegang tangan kanan yang sakit dengan tangan kiri dia berjalan keluar dari kawasan tebing Sungai Luak. Motorsikal yang berada disitu ditinggalkan. Dia sudah tidak berdaya untuk memulas throttle motor itu. Apa yang ada difikirkan dan dirasakan sekarang adalah kesakitannya. Motor itu lain kali boleh diambil. Nanti dia akan meminta anak dia yang membawa pulang motor itu.

Mat Nor menapak keluar dari semak kecil ditebing sungai ke jalan tanah merah yang menghubung tanah kebun penduduk kampung. Tangannya semakin sakit, diperhatikan pergelangan tangannya nampak semakin membengkak. 

Untuk ke jalan besar jaraknya lebih kurang satu kilometer. Rumah penduduk kampung yang paling dekat pun dekat satu kilometer setengah 'jauh aku terpaksa berjalan' gumam Mat Nor. 

Nasib baiklah Udin anak Mat Zaid yang baru pulang dari meracik burung terserempak dengannya, Kalau tidak, jauh dia kena berjalan hari itu. Petang itu juga dia ke rumah Haji Min dikampung sebelah. Haji Min bukanlah bomoh patah yang mahsyur kalau setakat seliuh sendi dan sakit urat tu bolehlah diperbetulkannya.

Menitik air matanya menahan kesakitan sewaktu Haji Min mengosok pergelangan tangannya. Kalau diikutkan hatinya hendak diterajangnya Haji Min waktu itu. Kata Haji Min, In Sha Allah selepas ini disapu minyak yang dia buat sendiri hilanglah bengkak dan sakit dua tiga hari lagi. Minyak urut Haji Min buat sendiri, katanya dibuat dari lemak anak ular sawa. Mujarab katanya lagi. 

Dua puluh ringgit diberinya pada Haji Min tapi Haji Min menolak. Ikhlas katanya. Mat Nor tetap menghulur duit tu, Haji Min menepis tangan Mat Nor.

"Saya sedekah ikhlas Haji Min" Kata Mat Nor.

"Dah engkau kata ikhlas aku ambil" Haji Min menyambut huluran duit dari tangan Mat Nor.

Tiga malam Mat Nor tidak dapat lelap malam dengan lena. Tidur dia sentiasa terganggu dengan kesakitan yang menular dari pergelangan ke pangkal bahu. Urat dia terasa tegang. Tapak tangan dia seakan membiru warnanya.

Atas saranan isterinya hari keempat dia ke hospital kerana sudah tidak tahan lagi menanggung kesakitan. Selepas di x-ray doktor mengesahkan sendi pergelangan tangannya retak dan tulang besar lengannya masuk sedikit kedalam sendi tapak tangan. Mat Nor ingat waktu dia rebah ditebing sungai hari tu. 

Sebulan tangannya berbalut sendi dari pergelangan sendi tapak tangan sampailah ke ketiak. Sebulan juga dia menanggung berat beban simen tu. Bukannya ringan. Kalau dah setiap masa berbalut, berbungkus dengan benda putih ni.

Satu lagi masalah mendatang, gatal kulit dalam balutan itu hanya tuhan sahaja yang tahu. Tempat mana yang patut digarunya. Bukan itu saja, Balutan simen yang kemas itu juga menyebabkan jari-jari tangannya membiru. Kejang dan keras urat saraf ke jarinya Seakan darah tidak mengalir kesana. Mat Nor nekad ke hospital sebelum tempoh temujanji untuk membuka balutan. Kalau doktor tidak mahu membuka balutan ini biar dia sendiri yang akan membuangnya. Akan digergaji atau dikapakkan sahaja benda putih berbalut dilengannya itu.  Dia tidak kisah andainya dia dimarahi oleh doktor nanti.

Dia sudah trauma. Setiap kali melihat dan melalui tanah yang licin dia menjadi takut. Tidak sanggup lagi dia melalui kawasan seperti itu. Segala aktiviti dia kini terhenti. Dalam kepalanya banyak perkara yang ingin dia lakukan tapi dengan keadaan tangan kanannya seperti ini apa yang dia mampu lakukan, kalaulah yang kena adalah tangan kiri bolehlah lagi dia menghayun parang, memegang pisau getah menoreh pokok getah sepohon dua buat belanja.

Sudah sebulan lebih dia tidak menoreh getah nasib baiklah belanja dapur dia dibantu oleh dua orang anaknya yang sudah berkerja. Kalau tidak, tidak berasaplah dapurnya. Mat Nor memandang tangannya, kesakitan ini telah menjadi beban. Balutan simen dilengan ini masih lagi menjadi beban padanya. Sakitnya tetap terasa, jari-jemarinya semakin tegang

Beberapa hari yang lalu Mat Resad bertamu ke rumahnya, lazim sebagai warga kampung mengambil tahu rakan dan jiran sekampung yang sakit. 

"Selepas balutan simen ni dibuka, engkau pegilah berubat cara kampung pula, urut urat lengan kau yang keras dan tegang ni." Usul Mad  Resad. Mat Nor diam mendengar kata-kata dari Mad Resad. 

"Kat Tanah Merah sana katanya ada seorang bomoh patah yang pandai" Sambungnya lagi

"Apa namanya" Tanya Mat Nor seakan berminat dengan cerita Mad Resad. 

"Kalau tak silap aku orang panggil Abe Loh tok bomoh Kampung Kijang"  terang Mad Resad.

Atas saranan Mad Resad, akhirnya Mat Nor ke Tanah Merah bertemu dengan Abe Loh tok bomoh. Gembiranya hati Mat Nor, kesakitan ditangannya hari demi hari semakin hilang. 

'Patah'. Satu perkataan yang tidak sanggup lagi dia dengar, kesakitan yang tidak ingin lagi dia alami. Peritnya bukan sehari yang ditanggung lebih-lebih lagi membataskan pergerakannya.

Pagi itu Mat Nor bangun dengan bersemangat, sudah lama dia tidak merasakan kepekatan kopi di warung Leha janda anak empat itu.  Kopi yang dibuat oleh Leha cukup sedap mengalahkan air kopi yang dibuat oleh mana-mana perempuan dalam kampungnya. Bukan sekali dua dia merasa kopi yang dibuat oleh Jurah bininya itu tapi sedap lagi kopi leha janda tu. 

Rasa macam ada yang tidak kena dengan kopi dibuat oleh Jurah, lecah leweh  seperti ada sesuatu yang tidak cukup. Hampir dua bulan dia tidak bertamu di kedai Leha janda.

"Hoi, Cik abang nak kemana tu?" Laung Jurah dari atas rumah sebaik melihat lakinya menapak menuruni tangga.

"Aku nak ke kedai kopi simpang sana tu. Dah lama aku tak jumpa kawan-kawan" jawab Mat Nor sedikit melaung.

"Nak jumpa kawan ke nak tengok Leha janda tu" Jurah melaung sambik mencebik muka. Dia tahu sangat perangai suaminya, bukan dilayan oleh janda Leha pun mereka semua ini.

Kesakitan dilengan boleh dikatakan sudah pulih sepenuhnya cuma dia tidak boleh mengangkat benda-benda berat. Tangannya itu masih belum boleh memulas pendikit minyak. Sudah beberapa kali dia mencuba, sengal dan sakitnya masih terasa.


Mat Nor menapak perlahan menyusuri jalan menghala ke simpang tiga. Sebuah motorsikal melintasi dan berhenti didepannya.

"Pakcik nak kemana ni? boleh saya tumpangkan" tegur Hashim anak Lazim yang berkebetulan hendak ke sekolah. 

"Aku nak ke kedai kopi dekat simpang tu je" jawab Mat Nor sambil mengangkang kakinya membonceng motorsikal.

"Bawa motor ni hati-hati sikit Shim, jangan laju sangat lagipun jalan ni bukannya elok" Mat Nor mengingatkan Hashim memandangkan cara budak itu yang membawa motor agak laju.

"Perlahan dah ni pakcik" Mendengar teguran dari Mat Nor, Hashim memperlahankan sedikit motorsikal, kemudian kembali memulas pendikit minyak bila melepasi kawasan yang berlopak.

Tiba-tiba seekor anjing melintas dengan lajunya, Hashim cuba mengelak dari melanggar anjing tersebut. Berasakan sesuatu yang tidak baik akan terjadi Mat Nor memegang tubuh Hashim dengan kemas.

Motor yang dibawa oleh Hashim hilang kawalan. Hashim cuba menekan brek tapi tidak berfungsi dan akhirnya motor itu terbabas ke dalam parit tepi semak bersama penunggang dan pemboncengnya.

Mat Nor membuka kelopak mata, disisinya dia melihat Jurah dan dua orang anak berserta beberapa orang jiran dekat.

"Abang pengsan tadi" kata Jurah sebaik menyedari Mat Nor sedar dari pengsannya.

Mat Nor cuba untuk bangun tapi terasa sakit menyucuk dipeha kirinya. Pehanya terasa berat dan kejang.

"Abang jangan banyak bergerak. Peha abang ni doktor dah simen. Patah" kata Jurah sambil menahan badan Mat Nor dari bergerak

"Patah lagi ". Mat Nor menyeringai menahan kesakitan.

blogwalking CUTI SEKOLAH bersama cikgu ayu


Rasanya dah lama pokcik tak menyertai segmen yang dianjurkan oleh Cikgu Ayu ni.. Berkebetulan tadi pokcik ada free masa sikit blogwalking ke blog rakan-rakan nampak ada yang beberapa rakan turut sertai.. jadi apa salahnya kalau turut sertai sama..  Jadi pada rakan-rakan yang belum menyertai segmen Cikgu Ayu ni apa kata klik banner atas tu sertai sama-sama sebagai tanda sokongan antara kita

Bila perasaan dah ke laut




Hari tu pokcik renew domain ni bagi tahun ketiga. Dua tahun sebelum tu blog ni nama lain. Usia blog ni dah mencecah lima tahun. Pokcik mula berblog pada tahun 2008 dengan pelbagai nama blog yang akhirnya pokcik abaikan begitu sahaja.

Hampir sebulan pokcik abaikan blog tanpa membuat pembayaran untuk pembaharuan domain. Semangat berblog pokcik hilang entah kemana tapi bila difikirkan betapa sayangnya pokcik pada nama blog ini.. 

Pokcik gagahkan diri kuatkan semangat untuk bukan kerana blog ini memberikan hasil yang lumayan pada pokcik. Pokcik berblog cukup hanya sekadar suka-suka. Lagi pun pokcik bukan penulis yang hebat. Semoga semangat pokcik tetap utuh seperti dulu-dulu sewaktu awal berblogging.

Be My Lucky Followers By Seindahcerita



Syarat-syarat


  1. Follow Blog seindahcerita , Aisya Ismail, Shafyqah Azahar, Mama Aiman,          Cinta Itu Indah, Shikin Razali
  2. Follow IG nieylanadia , aisyaismy, byaisyaismail, shfyqhazhr, nafiz_forever, syamimi8088
  3. Like Page | SEINDAHCERITA  NIEYLBEAUTYSHOP Starlavenderluna's Journal Of Life  
  4. Buat satu entry bertajuk "Be My Lucky Followers By Seindahcerita
  5. Copy banner dan link kan semula ke entri ini.
  6. Publish dan tinggalkan komen anda di ruangan komen entri ini sahaja.
  7. Pemenang di pilih secara Random.org
  8. Hadiah
    1. Wang Tunai RM20x1 pemenang
    2. Wang Tunai RM10x8 pemenang
    3. Pakej Print Gambar + Random Stuff  x 1 pemenang