Hajatnya nak tanam jagung


Pagi tadi, pokcik siap membajak tanah yang tidaklah seluas mana. Rancang pokcik, dengan kawasan yang seluas dibajak ini hendak ditanam dengan jagung manis. Hari tu pokcik ada beli satu pek benih jagung keluaran Crop Power. Dalam anggaran 1200 bijih benih. Harapan nanti dapatlah kutip hasil menjelang tengkujuh nanti.


Selepas Asar tadi pokcik mula membuat batas untuk ditanam benihnya nanti... Dasat, pokcik pancit, memang banyak kali pancit. dah lama pokcik tidak menyangkul, cepat semput.. banyak kali berhenti tadi.. bukan senang nak senang wooi... 

Bila kita jual jagung  nanti demo kata kita jual mahal... demo tak tengok kita penat menyangkul.. tu belum dikira baja yang mahal, racun yang mahal.. pokcik harap jagung pokcik kali ini dapat dikutip hasil sebaiknya... Hari tu, banyak yang dimakan tikus, yang mana gred A yang mana buahnya sebesar lengan banyak dimakan tikus.. 

Harap kali ini menjadi dan dapat kutip hasilyang baik

Indahnya kampung ku

Sekadar ingin berkongsi sekeping dua gambar sekitar kampung pokcik... Kampung pokcik cantik dan indah dengan pemandangan sawah padi.







Siaran Tertunda

Beberapa hari yang lalu sekolah tempat pokcik berkerja sebagai tukang kebun telah mengadakan Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan bagi tahun 2023. Sebenarnya tarikh untuk mengadakan sambutan tersebut telah banyak kali ditunda. Itu disebabkan banyak acara peringkat daerah dan negeri diadakan disekolah pokcik.

Antara acara yang diadakan sempena sambutan bulan kemerdekaan ialah pertandingan mewarna, pertandingan membaca sajak tahap 1 & 2, pertandingan syair tahap 1 & 2, pertandingan menyanyi lagu patriotik berkumpulan, basikal berhias, pertandingan pakaian beragam patriotik dan acara kemuncaknya ialah perarakan.

Pokcik hanya ingin berkongsi beberapa keping gambar pada hari kejadian tersebut...... dan gambar terakhir sekali, itulah pokcik




















Pokok Pisang diserang penyakit

Dah beberapa kali terjadi seperti ini, dari awal mengeluarkan jantung sehinggalah ke buah pisang membesar nampak elok segalanya. Selepas bila buah mula membulat sedikit bermulalah episod ianya mula menghitam sikit demi sedikit.

Akhirnya ia mulai menguning ke daun dan seterusnya batang mulai daun dan batang mulai layu, kering dan mati. Sudah banyak pokok pisang pokcik di lot ini yang dah mati. Hanya sebahagian dari hampir tiga ratus pokok yang ditanam di lot ini dapat dijual hasilnya dan sebahagian pokoknya mati.



Pokcik  sudah mengenal pasti penyakit ini, penyakit moko pisang atau penyakit layu bakteria. Kawan pokcik dah maklum tentang tanah ini tidak sesuai untuk tanaman pisang kerana tanah ini pernah ditanam dengan pokok getah. 

Tentu ada tentu ada kaedah untuk menyelesaikan masalah ini dan pokcik telah mengenal pasti baja dan racun untuk digunakkan nanti.  Satu lot tanah lagi hampir dua ekar yang pokcik tanam dengan pisang juga tidak terjejas dengan penyakit ini.. .. Alhamdulillah.

TTartisan 25mm f2.0




Hari ini satu lagi lens yang pokcik beli melalui Shopee sampai ke tangan pokcik. Kerana penjualnya dari China, agak lambat juga untuk sampai. TTartisan 25mm f2.0 ni adalah manual fokus, oleh itu untuk mengambil gambar ring di lens perlu diputar untuk mendapat gambar yang jelas..

Lens ini sesuai untuk potrait dan untuk acara  pentas amat tidak sesuai kerana aktiviti pentas seperti majlis penyampaian hadiah adalah acara yang pantas.

Pokcik dah cuba ambil gambar tadi sewaktu majlis penutup bulan kemerdekaan peringkat sekolah pokcik.



Kualiti gambar bagi pokcik ok lah, sesuai dengan harganya yang murah, warna yang lembut dengan kamera olympus pokcik. Lens ini akan  diisi kedalam beg kamera pokcik






Program Hari Malaysia 2023

Hari ini pokcik hanya ingin berkongsi beberapa gambar yang pokcik sempat rakam tadi sempena sambutan Hari Malaysia. 

Di Terengganu, program ini diberi nama Musing Ketang. Seperti mana juga sambutan di negeri-negeri lain yang berkonsep sama seperti Kereta api Sarong.

Program ini diadakan di Kampong Budaya Terengganu. Banyak acara-acara yang diadakan tetapi pokcik hanya sempat berada diacara pertandingan Wira Cilik dan Ratu Kebaya. Jom kita tengok gambar yang pokcik sempat rakam tadi.


















Jalan jalan ke pasar pagi


Sudah agak lama pokcik berkira- kira hendak datang ke sini, Pasar Pagi Kampung Guntong, Pasir Puteh Kelantan atau juga dikenali dengan Pasar Pendekar. Dari tahun lepas lagi, akhirnya pagi ini sampai lah jua kesini.


Uniknya pasar ini kerana berada didalam kebun getah dengan suasana yang redup bayang daunan pokok getah. Dengan deretan gerai jualan kuih yang dibuat dari kayu ini seperti mengimbau kenangan padar ditahun 70an dahulu. Seperti dizaman kanak-kanak pokvik dahulu. Ada juga yang mengatakan sepetti suasana yang terdapat dalam filem Do Re Mi lakonan Tan Sri P Ramlee.

Terdapat juga makanan yang tidak terdapat ditempat lain seperti belalang goreng kunyit. Ini mengimbau kenangan pokcik sewaktu kanak kanak dahulu dimana pokcik dan rakan-rakan sebaya akan ke sawah padi pada waktu malam untuk menangkap belalang untuk digoreng makan.. Waktu itu hidup pokcik susah, duit bukan senang nak dapat, kalau dapat makan ayam daging tu dah kira mewah

Mana nak dapat ayam daging pun tak tau.. hidup cukup keras.. Ayam kampung cukup mudah tangkap sembelih itulah lauk kami yang paling sedap waktu itu. 

Zaman sekarang lagi keras hidup, duit macam senang nak dapat tapi nilai barang dah naik, duit perlu cari lebih lagi.. kerja kena lagi keras.


Tadi pagi pokcik bersarapan kat sini, kedai nasi pendekar. Pokcik pilih nasi dagang lepas tu cari tempat untuk bersila. Seronok juga ambil suasana seperti ini.


Ada banyak gerai dengan pelbagai pilihan kuih muih yang menarik dari tradisional hingga ke moden tapi ketupat manis tetap menjadi pilihan pokcik.


Hasrat untuk membeli sehelai baju bundle tercapai. Ada sehelai baju bundle yang memuaskan hati pokcik.. nampak cantik bila cuba tadi pun rasa selesa.. terus bayar pada penjual..... Bini pokcik kata, "kita datang lagi nak" pokcik ok jer..


Olympus 40-150mm f4 -5.6 M.Zuiko


Semalam lens Olympus 40-150mm f4 -5.6 M.Zuiko yang dibeli dari Shopee selamat sampai ditangan. Lens ini lens terpakai, pokcik beli kerana rasa harganya dah cukup murah. Lens ini untuk kamera mirorless micro four third Olympus OMD EM10 mark iv. 

Pokcik suka Micro four third kamera sebab ia kecil dan ringan serta tidak memerlukan ruang beg yang luas untuk membawanya kesana sini, kualiti gambarnya pun ok setakat nak masuk kat media sosial. Kamera ini amat sesuai untuk mereka yang suka mengembara