Ada yang bersarang


Awal-awal pagi tadi sebelum ke sekolah pokcik singgah sekejap dekat kebun pisang pokcik, melihat dan memerhati buah pisang yang boleh ditebang.

Pergi ke satu pokok pokcik terpandang seekor burung merbah kemungkinan sedang mengeram telur dalam sarang diatas buah pisang. Perkara ini bukan sekali berlaku boleh dikatakan banyak buah pisang pokcik menjadi kegemaran burung merbah untuk membuat sarang. Ada ketikanya pokcik terpaksa membiarkan buah itu menjadi terlalu masak sehingga burung merbah lari barulah pokcik tebang dan ambil buahnya.

Burung sekitar rumah pokcik rasanya lebih suka berdampingan dengan kehidupan manusia mungkin sudah rasa selamat kerana pokcik dan jiran-jiran tidak menganggu mereka. Ada ketikanya mereka mencari sisa-sisa makanan yang dibuang.



1 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Sebab di habitat mereka dah kurang sumber makanan