Hampir bertahun-tahun pokcik melupakan blog ini, terbiar sepi tidak diiurus. Sebenarnya semangat untuk berblog terpadam terus hampir terlupa dari fikiran. Sehinggalah hari ini apabila salah seorang pembaca blog pokcik bertanyakan tentang minyak gonggang.
Sesuai dengan tajuk diatas, kelmarin pokcik mengajak sahabat pokcik yang memelihara seekor kera untuk memanjat pokok petai. Nak dipanjat sendiri tak mampu pokcik, hanya yang pakar sahaja yang bisa menurunkan buah-buah petai itu. Itulah tugas kera yang telah dilatih untuk mengambilnya. Sahabat pokcik ini tidak mengamil upah dengan bayaran wang ringgit tetapi dengan perkongsian sama banyak buah petai.
1 ulasan:
Moga murah rezeki ya...
Wow, minyak gonggang eh...
Catat Ulasan