Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2017

Bengkel eSPKWS dan penghantaran Penyata Akaun

Sekali lagi berbengkel eSPKWS bersama-sama sahabat handai seangkatan jawatan di SMK Permaisuri Nur Zahirah bagi menyelesaikan tugas-tugas perakaunan 2016.   Majlis dimulakan dengan ucapan amanat dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah  Selepas majlis penyampaian amanat dari Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah kami meneruskan bengkel eSPKWS dan penghantaran Penyata Akaun bagi tahun 2016. Segala kerja buat bagi tahun 2016 dihantar untuk semakan dan seterusnya ke pejabat audit sekolah untuk pengauditan. Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Sakit pening 2016 telah selesai untuk dinilai.. 

Sangkut dalam banjir

Niat dihati hendak pergi ke sekolah dengan satu tujuan iaitu untuk mengambil dokumen akaun sekolah yang akan dihantar ke JPNT pada 23 Januari ini. Walapun menyedari hujan lebat yang membadai kawasan pokcik sejak dari semalam, hujan yang berterusan tanpa teduh. Dalam perjalanan pergi ada jalan di beberapa tempat yang mulai dilimpahi air tapi masih boleh lagi diharungi. Akhirnya kereta pokcik sampai di Jerebun, tempat ni biasa dan mudah ditenggelami air dan merupakan tempat pertama bagi penduduk Hulu Besut terputus hubungan. Pokcik membatalkan hasrat hati. Berpatah balik. Dalam perjalanan meredah air yang semakin lama semakin dalam rasanya. Tiba-tiba kereta pokcik mati enjinnya kerana tidak berdaya meredah air yang dalam. Pucat memang pucat dalam fikiran macam-macam berperang. Rosak ke? Duit lagi.. Anak dan bini lagi pucat. Takut. Air dah hampir mencecah masuk dalam kereta. Dalam hujan yang lebat pokcik keluar lihat apa yang berlaku. Walau tak tahu apa nak buat. Kena t...

Thomas Town Giveaway by Zai Zamree

Assalamualaikum,..   Terasa agak lama juga pokik tak update sebarang cerita kat blog pokcik ni (ayat klise). Sepanjang awal januari ni pokik agak sikit sibuk dengan kerja-erja di pejabat. Almaklumlah tugas-tugas kewangan banyak yang kena settlekan. Menutup akaun bagi ahun 2016. Alhamdulillah, hari ni dapatlah juga join Thomas Town Giveaway by Zai Zamree jadi bagi rakan-rakan blogger yang nak join bolehlah klik banner kat bawah. \

Cerita banjir

Banjir. Air bah, setiap hujung tahun dibulan disember atau awal januari kedatangan sentiasa ditunggu. Seronoknya bermain banjir. Itu dulu, waktu pokcik dizaman remaja dan diawal perkahwinan waktu belum lagi mempunyai anak-anak. Kini semenjak tahun 2000 dan 2014 keadaan banjir tidak seperti tahun-tahun sebelum tahun itu. Banjir 2014 dua malam kawasan rumah pokcik ditenggelami air dan tahun ini 2016. Banjir awal 2017, pokcik tiada dirumah kerana menghantar anak sulong pokcik yang mendapat tawaran Latihan Penolong Pegawai Persekitaran di Kolej Kesihatan Bersekutu Sungai Buloh (KKBSB), tarikh lapor diri pada 3 Januari 2017. Sebelum bertolak pokcik telah berpesan kepada isteri “Bawalah kain dan pakaian basahan, kain pelikat abang dan kain tuala, kemungkinan nanti kita akan tersangkut banjir, mungkin dimana-mana tempat”. Turut bersama ialah anak perempuan bongsu pokcik. Pokcik sudah dapat menjangkakan akan berlaku banjir memandangkan maklumat dari sahabat bahawa  dihulu daerah ...

Memukat ikan

Pagi tadi, pokcik menemani sepupu pergi mengangkat pukat yang dipasangnya pada petang semalam. Bersampan kami. Jaraknya bukanlah jauh. Dua utas pukat yang dipasangnya memberikan hasil yang cukup lumayan. Ikan ini sepupu pokcik buat ikan pekasam untuk dijual.  Itu sumber pencarian sampingannya. Pokcik pun bukan pergi saja, dapatlah bahagian pokcik sekor dua buat lauk petang nanti

Gambar banjir sekitar kampung.

Diawal tahun, Kampung pokcik dilanda banjir. bagi pokcik banjir tahun ni agak dari tahun 2016. Waktu update blog ni pok cik tengah penat. baru siap membasuh didapur yang berselut. Cukup penat. Dua bilik belum lagi dibersihkan. Isteri dah mengadu sakit pinggang.. nanti pokcik cerita lain posting