Dari semalam lagi aku ingin postkan cerita tentang kunjungan ke Taman Herba Tasik Kenyir.... tapi line slow macam siput sedut... Sebenarnya tiada niat untuk ke sini ....... niat asalnya untuk ke rumah sepupu di Kampung Tayor, Setiu......tetapi disebabkan melencong dan masuk ke jalan lain iaitu sebaik saja sampai di Kampung Batu 29, Setiu aku masuk ke Kampung Langkap dan terus ke Pangkalan Gawi Tasik Kenyir....... (Selepas tu barulah aku ke rumah sepupu ... keluar ikut jalan Kuala Jeneris) Memandangkan isteri dan anak-anak yang belum pernah sampai kesini.... hanya anak sulong sahaja yang pernah datang kesini menemani aku memancing. Kata isteri sekadar untuk melihat-lihat pemandangan sekitar Tasik sahaja tapi aku kata kat dia... kalau setakat lihat diatas tebing sahaja tidak memadai lebih baik tak payah datang. Itu yang menyebakan aku sampai ke Taman Herba ini........ dengan tambang sekadar RM120 untuk sebuah bot Menanti boatman sedang mengisi min...