Langkau ke kandungan utama

Nostalgia kebun getah

Esok hari jumaat dan cuti berkerja bagi aku yang tinggal di negeri Terengganu ni dan sudah menjadi kebiasaan bila pagi aku ke kebun untuk menoreh getah dan menebas semak samun. Hujan yang mulai turun sejak sehari dua ini menyebabkan aktiviti kebiasaan ini. 

Gambar dirakam pada musim cuti sekolah pertengahan tahun yang lalu

Aku selalu mengingati kesukaran yang terpaksa ditempuhi oleh ayah dan emak aku dalam mencari sumber rezeki yang kebergantungannya adalah pada hasil menoreh. Musim hujan yang melanda bermula dari bulan Oktober sehingga Disember atau membawa ke Januari. Kebiasaannya ayah dan emak akan menyediakan tabungan untuk dua tiga bulan. pada musim tengkujuh ada ketikanya ayah terpaksa berhutang dengan taukeh getah (pembeli getah).

Waktu itu adalah waktu yang sukar bagi kami sekeluarga (1970an-1980an). Sekarang kami adik beradik tidaklah tergolong dalam lingkungan orang yang kaya raya hanya sekadar berpendapatan sederhana. Tapi aku tidak lupa pada kebun getah itu yang banyak berbakti pada kami adik beradik. Ada ketika waktu yang terluang aku tetap mengunjungi dan kembali menoreh batang-batangnya. Terlalu banyak kenangan bersama ayah disini Terkadang terbayang ayah terbongkok-bongkok menoreh dari batang ke batang getah.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...