Lamanya tak mandi sungai

Hari ini berkesempatan mandi sungai.... setelah bertahun tidak mandi sungai hari ni bila pulang ke rumah mertua aku dan anak-anak berkesempatan untuk mandi. Banyak kali balik sebelum ini tapi hati tidak tergerak untuk mandi tapi disebabkan ajakan dari anak-anak terpaksalah ikut sama. Air nya memang sejuk. Kalau panas-panas di musim panas bolehlah sejukkan badan di sungai ini



Anak perempuan bongsu seorang ini pun teringin sangat untuk mandi sama tapi disebabkan dia mengalami demam selsema maka aku tak izinkan dia mandi. Tengok yang lain mandi cukuplah.... dalam larang-larang pun mula-mula cecah kaki ke air lepas tu cuba pula cecahkan lutut ke air. Cukup-cukup setakat tu je.


Yang seorang siap berendam sampai merah mata-mata. Bila diajak balik katanya sekejap lagi belum puas mandi lagi katanya.



Tiada ulasan: