Majlis Perpisahan


Tengah hari tadi berlangsung majlis jamuan perpisahan bagi dua orang guru ganti bagi sekolah tempat aku bertugas. Warga sekolah mengucapkan berbanyak terimakasih atas sumbangan dua orang guru ganti ini iaitu Cik Nur Syafiqah dan Raja Amiera. Selama tiga bulan mencurah bakti di SK LKTP Tenang.... Segala budi jadi kenangan itu yang diucapkan oleh tuan guru besar.

Pesanan Sayidina Ali bin Abi Talib

1.   Tiada Solat yang sempurna tanpa jiwa yang khusyuk

2.   Tiada puasa yang sempurna tanpa mencegah diri daripada perbuatan yang sia-sia.

3.   Tiada kebaikan bagi pembaca Al-Quran tanpa mengambil pengajaran daripadanya.

4.   Tiada kebaikan bagi orang yang berilmu tanpa memiliki sifat warak.

5.   Tiada kebaikan mengambil teman tanpa mampu saling sayang menyayangi.

6.   Nikmat yag paling baik ialah nikmat yang kekal dimiliki.

7.   Doa yang paling sempurna ialah doa yang dilandaskan dengan keikhlasan.

8.   Sesiapa yang banyak bicara maka banyak pula salahnya. Sesiapa yang banyak 
      salahnya maka hilanglah harga dirinya. Sesiapa yang hilang harga dirinya bererti dia 
      tidak warak. Sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati.

Dah lama tak Jamming

Gambar dari album


Tiba-tiba pagi tadi seorang sahabat dari band aku dulu menelefon ajak turun jamming... sebenarnya dah lama pokcik-pokcik ni tak turun jamming.. terutamanya aku. Kalau rakan-rakan lain tu sentiasa jamming tetapi sejak aku rasa diri ni dah semakin tua... aku kurang berminat. Aku sibuk dengan komitmen yang lain... Jadual anak-anak dah jadi jadual aku...   
Apa salahnya sekali sekala aku memenuhi undangan sahabat handai... asah bakat yang telah berkarat... Jangan marah pokcik-pokcik sekali sekala pelepas gian... Otai masih berbisa.

Cat sendiri motor


Bersemangat aku tengok anak-anak sedara mengecat motor kesayangan mereka. Petang tadi siap tiga buah motor EX5 mereka. Bila aku tanya mereka kenapa tak hantar bengkel.... nak jimat duit kata mereka.... Hanya dengan cat tin, mereka menyembur ketiga-tiga buah motor.... hasilnya memang cantik dan halus teknik semburan mereka.

Pertandingan Mewarna

Pagi tadi berlangsungnya pertandingan mewarna yang dianjurkan oleh Nestle Malaysia dan Pasaraya Econjaya Jerteh. Pertandingan tersebut diadakan di Jerteh Souk, berhampiran dengan Pasaraya Econjaya.

Pertandingan bermula dari jam sembilan pagi dan berakhir jam 12.45 ptg. Anak perempuan aku yang bongsu beria-ria untuk memasuki pertandingan ini. Walaupun dia tidak memenangi sebarang hadiah tetapi cukuplah sebagai pendedahan awal pada dirinya.





















 




Euro Truck Simulator 2


Biasanya aku tengok anak-anak yang main.... ntah kenapa hati berminat hendak bermain sama hingga aku minta anak install di laptop aku. 

Seronok... itu yang mampu aku katakan. Jangan ingat orang tua macam aku ni tak minat dengan games. Tapi aku bukan pemandu trak yag hebat.... banyak kereta yang aku langgar.... terbabas tak payahlah nak kira... sampaikan aku berhutang dengan majikan.. anak aku yang tolong jelaskan hutang tu. Truck Scania yang syarikat bagi untuk tugas menghantar kargo telah alami banyak kerosakan.

Mula-mula main hari tu aku tersilap arah jalan... aku lalui arah jalan yang bertentang dari jalan yang sepatutnya sejauh 290km..... bayangkan betapa jauh aku kena pusing balik.

Itu hanyalah didunia games di alam nyata aku pemandu yang berhemah dan cekap (rasa-rasanya).... Rasailah keseronokan bermain Euro Truck Simulator 2.

sayuran tepi rumah


Apakata kalau rakan-rakan blogger yang tinggal dikawasan taman perumahan atau di kawasan kampung tetapi mempunyai kawasan sempit dan terhad, kita tukarkan dari tanaman bunga ke tanaman sayuran. Lagipun tanaman ini cukup ringkas dan mudah diuruskan. Boleh ditanam dalam pasu bunga atau atas tanah terus.

Selain kangkung aku sarankan beberapa jenis tanaman sayuran yang boleh ditanam disekitar kawasan rumah.. sekurang-kurangnya ia boleh menjimtakna perbelanjaan harian kita.

1.   Terung



2.   Halia

 

 3.   Sawi


4.   Kunyit



 5.   Lada



6.   Lengkuas



Dua jenis tanaman dibawah ini aku tak sarankan ditanam kalau korang tinggal di kondo atau taman perumahan
 

Kelapa


Smooy Frozen Yogurt

Teringin sangat anak perempuan bongsu aku nak rasa icecream yogurt 'Smooy Frozen Yogurt'. Kelmarin tercapai hasrat dan bukan main suka suka dia menikmatinya.


 Self servis.... diambil sebanyak mana yang dia nak dan selepas tu ditimbang
 

 
Masukan apa sahaja bahan yang dia suka...


 Perasa vanila dan epal dan dicampur dengan yogurt dan cip cokat dan selepas ditimbang RM8.90



Makanlah nak sepuasnya....




Hasil dari hobi #3

Kangkung aku yang terakhir memasuki pasaran hari ini.... sewaktu aku pergi  hantar sayur kangkung ke warung sayur tadi, kebetulan ada sorang dua mak suri yang menanti kehadiran van penjual ikan.... itulah rutin hidup di kampung.

Pendapatan kangkung hari ini... dapatlah sekilo ikan selayang. Dah tiada lagi kangkung... episod lain pula menanti... semoga aku berjaya dengan hobi aku ni.

Projek baru ditapak baru


Alhamdulillah petang tadi selesailah kerja-kerja menambun tanah di tapak projek yang baru. Tapak yang tidak seluas mana ni aku bercadang untuk dijadikan tapak pengalihan anak-anak sawi. In Sha Allah, doakan semoga projek saya ini berjaya.

Rangking alexa untuk hari ini.... bawah 10,000 target aku untuk dua bulan akan datang semoga berada di bawah 5000.



Bloglist berakhir 30 Jun 2014

Dibawah aku telah senaraikan blog yang akan berada dalam BLOGLIST 1 dan BLOGLIST 2...  berakhir 30 Jun 2014. Tiada segmen yang dianjurkan dan pemilihan blog mereka ini berdasarkan jejak yang ditinggalkan sama ada di shout box atau komen entri. 

Ada diantara mereka yang telah berada di bloglist, ada yang baru tersenarai dan ada juga yang berada dibloglist tetapi digugurkan berdasarkan blog mereka yang kurang aktif. Semoga silaturrahim sentiasa terjalin diantara kita dialam maya ini.
Saya akan update di bloglist 1 dan bloglist 2 sedikit masa nanti..

Bloglist 1

http://wafacw.blogspot.com/
http://citershark.blogspot.com/
http://www.benashaari.com/
http://www.eyriqazz.com/
http://pening-pala.blogspot.com
http://zamani84.blogspot.com
http://suriaamanda.blogspot.com
http://kakitravelkhairuddin.blogspot.com
http://vaneelea.blogspot.com
http://wakgelas.blogspot.com
http://umisura.blogspot.com
http://storystorynadya.blogspot.com
http://www.erazfadli.com
http://maszull.blogspot.com
http://ezelovesse7en.blogspot.com/
http://ku-muslimah-biasa.blogspot.com
http://www.mialiana.com
http://thescreammer.blogspot.com/
http://www.kujie2.com/
http://lorong-cinta.blogspot.com
http://misteriomuchacha.blogspot.com
http://duniakita94.blogspot.com
http://jukdin.blogspot.com
http://umisura.blogspot.com
http://pening-pala.blogspot.com
http://www.ayuinsyirah.my
http://www.khirkhalid.com
http://www.akupenghibur.com
http://www.dianarashid.com/
http://tetikusmerah.blogspot.com/
http://cek-asayangawak.blogspot.com/
http://inlove-wanda.blogspot.com
http://cikmanissweet.blogspot.com/
http://anne-nurain.blogspot.com/
 

Bloglist 2

http://awansamudera.blogspot.com
http://missdream1994.blogspot.com
http://dewqracintakita.blogspot.com/
http://missbaybeeboo.blogspot.com/
http://cikalyea.blogspot.com
http://invisiblenote.blogspot.com/
http://mutiarasubuh1.blogspot.com
http://cikannesweetyncool.blogspot.com
http://sharingiscaring-fiza.blogspot.com
http://sweetmemories4u.blogspot.com
http://mass-naim.blogspot.com
http://freejustforu.blogspot.com
http://ezelovesse7en.blogspot.com
http://www.syuhada1981.com
http://mie-jf-video.blogspot.com
http://www.jiesusanos.com
http://fairytaleeeeeee.blogspot.com
http://arinacamaro.blogspot.com
http://www.beehazack.com
http://cikgufaizcute.blogspot.com
http://dindamaisarra.blogspot.com
http://ummiaisys.blogspot.com/
http://pinksolution91.blogspot.com
http://cammylia.blogspot.com/
http://www.iammazzing.com
http://akugadishijabista.blogspot.com
http://www.nooratikahramli.com
http://awksweetgitu.blogspot.com
http://storystorynadya.blogspot.com
http://itsmetira.blogspot.com
http://dscarnia.blogspot.com/
http://noorhanim94.blogspot.com
http://naniedean.blogspot.com/
http://syiralokman.blogspot.com/
http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/
http://eelleebeautyhealth.blogspot.com
http://juliajamaludin.blogspot.com
http://yanapinkblossom.blogspot.com
http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com

Musim Makan Gulai

Sekadar hiasan

Rungutan dari seorang sahabat yang juga saudara terdekat dan tak lain dan tak bukan jiran tetangga..... yang keluh kesahnya ada kebenarannya.

"Masuk saja musim cuti sekolah, banyak undangan kahwin aku terima. Dalam sehari, dua tiga tempat aku pergi. Sekarang ni sekurang-kurangnya sepuluh ringgit. Sehari tiga tempat dah tiga puluh ringgit. Dalam seminggu ni aku terima lima belas undangan maknanya seratus lima puluh ringgit. Tak pergi tak boleh, tak elok, berdosa... putus silaturrahim. Lagi pun aku ada anak". Sahabat aku ni kerjanya hanyalah sebagai penoreh getah. Itulah satu-satunya mata pencariannya buat masa ini.

"Rabu ni, makan gulai rumah Haji Ya di Machang, mu kopon dok gi. Aku nok tumpang". sambung dia lagi.

'kopon' fikir sekejap.. hooo... confirmlah tu. Tak pe lah janji bunyi pon...pon.. belakang, samalah tu.

Aku angguk "kopon gi".

Masalah aku bila berblog

  
Google punya

Aku ada idea.... aku ada cerita yang ingin disampaikan dalam blog. Sebaik sahaja jari jemari aku berada atas keyboard, tiba-tiba aku tidak tahu bagaimana cara untuk aku menyampaikan atau menterjemahkan apa yang ada di otak aku ini ke dalam blog.

Idea itu tidak hilang..... ia juga tidak terbang. Masih bersarang lagi di dalam kepala... Disinilah masalah aku bermula.

Pertuturan harian aku adalah dialek Kelate... aku berfikir seharian pun dalam bahasa Kelate. Itu yang menjadikan masalah untuk menyusun ayat-ayat... walaupun tak secantik ayat-ayat cinta.

Nak kata aku tak kredit Bahasa Melayu masa SPM dulu... Okay. Aku dapat pangkat dua BM masa tu.

Teringat kata-kata seorang sahabat dulu... seorang Guru Pakar Bahasa Inggeris.

"Zie... Kak Ani minta maaf.. Kak Ani kan kadang-kadang sukar nak cerita dalam Bahasa Melayu... Sebabnya hari-hari Kak Ani bercakap dalam BI, berfikir pun dalam BI, berleter kat anak-anak pun dalam BI" dah 13 tahun aku tak jumpa dia. Selepas berpindah sekolah. Aku rasa aku pun macam tu juga sukar untuk bercerita. Mungkin tidak sebaik mana.

Aku bercakap kadang-kadang anak sendiri tak faham sepatah dua perkataan yang aku tuturkan. Sebagai contohnya seperti mana aa yang pernah berlaku

"Tolong amik jebol atas mari dapur nuh" anak aku tetap pergi kedapur dan melihat sekeliling. Aku tengok gelagat dia. Sah dia tak faham arahan aku. Lepas tu dia datang kat aku.

"Jebol tu apa abah" memang sah dia tak tahu.

"Jebol tu botol air" yang lain tu dia dah tahu 'mari' tu adalah almari dan 'nuh' tu adalah pelengkap kata.

Ni yang buat aku sukar menterjemahkan apa yang bersarang dalam kepala. Cerita ni pun selepas sejam aku dok fikir-fikir barulah dapat susun ayat. Tu yang jadi aku tulis lebih kurang kat blog ni sesuai sangatlah dengan kecek lebih kure.

Gurau senda Suami Isteri



Petang kelmarin aku ke Pantai Rhu Sepuluh Setiu... saja jalan-jalan dihujung minggu. Makan angin pantai best juga sekali sekala. Isteri aku jumpa tempat yang cantik. Akar sebatang pokok rhu sebagai tempat duduk... sementara aku selesa bermain digigi air bersama anak perempuan yang bongsu. 

"Apa yang dimenungkan tu, ingat kat siapa" kata aku kat bini.

"Tiada siapa yang nak diingatkan...Awakkan dah ada. Lagi pun dah dua puluh tahun kita kahwin.

"Saya perhatikan dari tadi awak dok tengok tengah laut, khayal semacam. kut-kut inggatkan kekasih lama". Bini aku berpaling masam mencuka.

"Awak tu yang lebih, tak berkelip mata tengok anak-anak dara berpakaian ketat bermain air.

"Saya ni lain.... saya intai mana yang cantik, nak jadikan pembantu awak kat kedai tu. Tolong mana yang patut". Kata aku berseloroh

"Gatal" satu cubitan singgah dipinggang... bukan cubitan manja. Tapi berbekas merah wooii.. marah barangkali.

Pencapaian hari ini


Ini pencapaian sehingga hari ini 22 Mac 2014. Pada 15 Mac 2014 yang lalu ia berada diranking 12,462. Aku mengharapkan dua bulan lagi ia akan berada di bawah 5000.

Projek hobi

Bila satu batas kangkung dah habis dicabut... aku dok berkira-kira untuk menanam batas itu dengan sawi pula. Satu paket biji sawi tu aku beli dengan harga RM1.00. Kalau ikut pengalaman aku yang lepas dengan biji sawi sebanyak itu boleh mendatangkan pulangan dua tiga puluh ringgit itu pun setelah ditolak dengaan pengunaan sendiri.

Biji sawi telah siap ditabur diatas batas. Dalam masa dua minggu anak sawi cukup bersedia untuk dipindahkan ke tapak tanaman. Gambar bawah itu akan dijadikan sebagai tapak tanaman sawi dan kerja-kerja menambun tanah  belum selesai lagi. Alhammdulillah aku dibantu oleh anak-anak jantan yang cukup bertenaga.... badan-badan dia orang lebih besar dari aku.

Aku nak manfaatkan tanah ditepi belakang rumah yang tidaklah seluas mana. Meneruskan hobi yang bermula semenjak dari zaman remaja lagi.



Aku fikir nak serius tapi ruang yang sempit membataskan. Tiba-tiba mak aku bagi satu idea... aku rasa nak pakai idea tu... nak keluar modal dalam dua tiga ratus. Aku rasa aku belum bersedia lagi untuk dikongsi takut tidak berjaya. Kita tengok nanti apa idea mak aku tu.


Anak getah ni,.. sebulan dua lagi dapatlah aku pindahkan kat kebun di daerah Setiu nanti.

Mini GA T-shirt Blogger

http://www.tshirtmudahterengganu.com/2014/03/mini-ga-t-shirt-blogger.html

 


klik banner di atas

Syarat-syarat :

1-Like fanpage
2- Buat entry bertajuk Mini GA T-shirt Blogger
3- Letak link entri kat bahagian komen
4- Pemenang akan dumumkan pada 31 Mac 2014

Selesai sudah mesyuarat itu

Selesai sudah mesyuarat untuk malam ini atau lebih tepat lagi bagi bulan ini. Mesyuarat JKKK ini sebulan sekali diadakan. Mesyuarat yang meleret dan dan kadang-kadang lari dari topik yang dibincangkan. Cerita pasal kambing, lembu, ayam, sawah padi macam-macam lagilah... biasalah hidup dikampung ni tidak boleh lari dari itu semua. Sampai ada yang nada tinggi, macam nak marah dan kadang-kadang ada yang menaikkan darah aku sampai aku rasa macam nak pergi tumbuk muka sorang-sorang jawatankuasa yang bersidang... itulah rencamnya mesyuarat kami..... tapi semuanya seperti adik beradik selepas bertekak dan bertegang urat leher akhirnya kembali ceria seperti biasa.

Dan tugas aku sebagai setiausaha catit apa yang patut dicatit dan asingkan apa yang dipanggil perbualan kosong.... rumit juga kadang-kadang tu. Selesai satu bab catit. Biasanya selepas catit aku tak boleh tunggu lama.. kena pindahkan catatan tu ke komputer secepat mungkin sementara kepala tengah penuh dengan ingatan... tak boleh tunggu lama-lama. Catatan dibuku aku tu bukan boleh pakai sangat. Kalau tunggu dua tiga hari lagi aku sendiri pun tak dapat baca apa yang aku tulis.... lebih hebat dari tulisan doktor..

Kisah Dongeng Mama Lynn 2nd Giveaway

http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com/2014/03/kisah-dongeng-mama-lynn-2nd-giveaway.html
Jom join... raikan sesama kita..Giveaway bermula dari 15 Mac 2014 - 15 April 201... klik banner atas tu

Cerita hari ini

Kelmarin merupakan hari-hari yang paling sibuk dalam bulan ini... menyebabkan aku kekurangan masa untuk berblog berblogwalking. Ditambahkan pula masalah internet yang perlahan, bertambah kemalasan untuk update blog. Bila internet slow atau line tak ada... atau aku terasa malas nak tonton tv, buku-buku tu merupakan bahan bacaan aku. Itu hanya sebahagian koleksi aku

Ditempat kerja pun sibuk,..... balik rumah pun sibuk. Malam jumaat ni 20 Mac, mesyuarrat JKKK akan diadakan.. tu yang buat aku sibuk siapkan minit mesyuarat. Surat jemputan untuk AJK dah diagihkan.


Pagi tadi aku pergi ke Taklimat Pelaksanaan Pengabungan Skim Perkhidmatan PPPS dan PPLD di PPD Besut. Taklimatnya habis awal lebih kurang jam 12.30 tengahhari. Kata sorang rakan  aku dia dah tak mau masuk pejabat balik... Harap-harap jangan bagi tau bos aku ye... Aku berfikir adakah aku sama, bila tahap kemalasan itu melanda.

Otak aku tengah blank... tubuh terasa lemau.. Petang nanti nak berkebun, nak berbasikal... layan hobi.