Langkau ke kandungan utama

Undangan perkahwinan dari anak perempuan


Bila terbangun subuh tadi bunyi mesej ditelefon dari sorang anak perempuan, minta aku buka facebook. Perkataan penting di mesej tu yang buat aku tertanya-tanya. Bila buka facebook, jemputan perkahwinan rupanya..... dah kahwinlah anak perempuan aku ini. Jangan salah sangka, ini bukan anak aku dengan isteri yang lain. Isteri aku tetap satu. Ini anak angkat aku bagi program anak angkat Universiti Pendidikan yang lalu. Ke Perak lah aku nanti bersama keluarga, kalau tidak kecil hati dia. Dah lama dia maklumkan cuma tarikhnya sahaja yang tidak diberitahu awal-awal.

Satu dah kahwin tinggal lagi tiga anak angkat yang belum kahwin seorang lagi anak perempuan dan dua lelaki. Dua asal Perak dan dua berasal dari Kelantan. Dua guru dan dua ustaz.

Ulasan

Syira Lokman berkata…
maaf ganggu :)
jom ke blog syira and join Giveaway 2014 by Syira Lokman ^_^

HADIAH HEBAT !
Bloglist, Tudung, Topup, Lukisan, Keychain dan percuma Domain dot com
Hadiah Misteri untuk TOP REFERRAL juga! :) tq

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu