Langkau ke kandungan utama

Gurau senda Suami Isteri



Petang kelmarin aku ke Pantai Rhu Sepuluh Setiu... saja jalan-jalan dihujung minggu. Makan angin pantai best juga sekali sekala. Isteri aku jumpa tempat yang cantik. Akar sebatang pokok rhu sebagai tempat duduk... sementara aku selesa bermain digigi air bersama anak perempuan yang bongsu. 

"Apa yang dimenungkan tu, ingat kat siapa" kata aku kat bini.

"Tiada siapa yang nak diingatkan...Awakkan dah ada. Lagi pun dah dua puluh tahun kita kahwin.

"Saya perhatikan dari tadi awak dok tengok tengah laut, khayal semacam. kut-kut inggatkan kekasih lama". Bini aku berpaling masam mencuka.

"Awak tu yang lebih, tak berkelip mata tengok anak-anak dara berpakaian ketat bermain air.

"Saya ni lain.... saya intai mana yang cantik, nak jadikan pembantu awak kat kedai tu. Tolong mana yang patut". Kata aku berseloroh

"Gatal" satu cubitan singgah dipinggang... bukan cubitan manja. Tapi berbekas merah wooii.. marah barangkali.

Ulasan

Wafa cw berkata…
hahahahahahaha... kuat ngosek abe ... tu bukan cubit dah tu... tu kutir... wahahahahaahaha....
pokcikblogger berkata…
Pedih kat loh weeeiio..
Wafa cw berkata…
tu pah hari ni ado bekah lagi kalih hahahahaha

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu