Fridge Magnet dari Mialaina


Semalam pokcik terima fridget magnet ni dari Mialiana.com... tak sempat nak update kat blog ni.. memandangkan semalam hari yang agak sibuk bagi pokcik.. 

Ya lah hari tu pokcik adalah join giveaway Fridge Magnet Lombok By Mialina.com dan blog pokcik terpilih.. kiranya bertuahlah kaannn...

Cantik tu... terima kasihlah pada Puan Mialiana kerana sering mengadakan segmen dan giveaway... rasanya kalau tak silap dah dua kali pokcik dapat cenderahati dari beliau.. terima kasih sekali lagi...



Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

Bersiaran kembali untuk segmen rutin 2bulan sekali di blog Fiza. Kembali dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016. Ada yang tak sempat sertai bulan April yang lepas kan dan juga yang tak berpeluang masuk dalam bloglist blog Fiza. Kalau sudi, berminat dan nak memeriahkan segmen ni jemputlah sertai ramai-ramai ye. Segmen simple je. Cuma perlu buat entry dan copy & paste je. Pemilihan 10 blog melalui random.org.

Klik banner untuk sertai  Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016

http://www.azhafizah.com/

TAMAT : 29 JUN 2016

Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Julai & Ogos 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry
3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Mei & Jun 2016 

  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Majlis Khatam Al-Quran

Pagi tadi berlangsungnya Majlis khatam al-quran di sekolah tempat pokcik bertugas. Seramai 42 orang peserta telah berjayakhatam Al-Quran bagi tahun ini. 

Majlis khatam juga diserikan dengan perarakan pulut semangat bermula dipintu pagar sekolah sehingga ke dewan tempat berlangsungnya majlis

Seperti biasa bila majlis seperti ni diadakan pokcik kena jadi jurukamera... dan pokcik belanja sekeping dua gambar majlis tersebut.








SEGMEN: REVIEW WITH BAJU WARNA COKLAT




Jom join ..
Sebagai tanda sokongan sesama blogger
Klik Banner atas...

Ubi Jari Buaya - Hantar permintaan pelanggan


Semalam pokcik pergi hantar pesanan pertama pelanggan pokcik. Pelanggan pertama dari facebook.. hari tu pokcik ada post la gambar ubi ni kat facebook.... jadi rakan facebook pokcik ni yang telah tahu khasiat ubi jari buaya ni berminat membelinya untuk diberi kepada kakaknya yang  sakit jantung..

Katanya dia tahu khasiat ubi ni melalui seorang ustaz... pokcik kata kat dia ubi ni pokcik belum proses lagi.. dia tak kesah dan tetap mahu yang belum diproses tak kiralah berapa harganya...

Selepas menerima pembayaran melalui Maybank2U pokcik pergilah hantar ke alamat yang dinyatakannya.. nasib baiklah dalam daerah yang sama.. kalau daerah yang jauh tentu pokcik dah gunakan khidmat pos laju.

Petang pula pokcik pergi sekali lagi mencari ubi tersebut di kawasan yang berhampiran dan terjumpa satu lagi yang lebih besar. Kali ni hampir sebesar peha dan jangkaan pokcik mungkin dah lebih satu tahun usianya.

Yang ni pokcik cadang nak jual yang telah siap diproses.. Kebetulan tadi pula sahabat pokcik bercerita yang sebelum ni dia mengalami buasir tetapi setelah mengamalkan minum air ubi ni... buasir yang dialaminya berasnur sembuh.

Ubi Jari Buaya - Hasil carian dalam hutan




Pagi tadi pokcik jalan-jalan masuk hutan berhampiran rumah bersama bini.. cadang bininya nak cari pucuk miding untuk dibuat bubur lambuk.. hutan ni bukanlah jauh sangat dari rumah.

Dalam dok mencari-cari pucuk miding tu bini pokcik  terlihat pada daun yang sangat dia kenal.. Ubi jari buaya... ada juga yang panggil dengan nama ubi karong (mengkarong).. 

Apalagi pokcik galilah lagipun memang dah lama dok cari ubi ni.. walaupun kat rumah dah ada yang pokcik semai dalam polibeg.. untuk menanti ubi ni membesar rasanya agak lama.. dari pengamatan pokcik pada ubi ni rasanya dah hampir setahun usia ubi ni... 

Gali punya gali tadi dapatlah enam tongkol, dua tongkol ada jiran yang minta.. Bila pokcik upload kat facebook tadi. Ada rakan kat facebook minta beli, katanya dah lama dia cari ubi ni untuk dijadikan ubat buat kakaknya yang sakit jantung.

Selain berkesan untuk merawat penyakit jantung ubi ni juga berkesan dalam mengurangkan masalah asma dan juga penyakit buah pinggang.

Besok pagi pokcik nak pos setongkol ubi ini buat sahabat facebook yang telah membuat pembelian. Nak hantar sekali dengan batang dan daunnya sekali.. batang berdaun tu nanti dapatlah dia kerat dan semai..

"Ramadhan/Syawal Giveaway by Nadia Reza".



Hadiah Pemenang Pertama
Berupa barangan bernilai RM50

Hadiah Pemenang Kedua
Berupa barangan bernilai RM30

Pemenang Saguhati
Topup bernilai RM10

Tarikh Bermula Giveaway :
15 Jun 2016 (10 Ramadhan 1437)

Tarikh Tamat Giveaway :
11.59 malam 15 Julai 2016 (10 Syawal 1437)

Tarikh keputusan pemenang akan diumumkan pada :
Isnin / 18 Julai 2016 ( 13 Syawal 1437)

Jom Join Klik banner atas..

Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

السَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita | Alhamdulillah, tahun nie sampul duit raya DIY yang nieyl jual mendapat sambutan yang menggalakkan.. hari ini dengan berbesar hati dan rendah dirinya nieyl nak buat 1 segmen untuk semua follower blog seindahcerita. Suka tak? Nieyl menjadi 2 pemenang sampul duit raya..dengan menggunakan khidmat En.Random.org


Syarat-syaratnya..

1. Follow Blog Seindahcerita

2. Follow Instagram Nieylanadia

3.Like Fanpage Seindahcerita

4. Buat Entry bertajuk Segmen Sampul Duit Raya Seindahcerita

5.Letak banner dan link ke entry ini

6.Tinggalkan URL entry dalam entry segmen ini okey!

9 tip untuk pengendali makanan di bazar ramadan

Sebagai seorang pengguna atau pembeli makanan di bulan ramadan pokcik biasanya akan berkunjung ke setiap bazar ramadan yang berada di dalam daerah pokcik... mencari sesuatu lauk atau kuih yang istimewa dan berlainan dari satu bazar yang lain.

Kebiasaannya setiap bazar ramadan ada sesuatu juadah atau penjual  yang menjadi sebutan dikalangan pembeli.

Sebagai seorang pembeli makanan biasanya pokcik akan melihat terlebih dahulu kepada penjualnya. BIasanya bila berkunjung ke bazar ramadan yang belum pernah pokcik kunjungi.

Jadi bagi anda yang mengendalikan makanan di bazar ramadan patut amalkan 9 perkara dibawah

1.   Amalkan pengendalian makanan yang bersih.

2.   Amalkan kebersihan diri yang betul semasa mengendalikan makanan. Kuku 
      pendek dan bersih, tidak bersin dan batuk ke arah makanan dan luka di tangan 
      hendaklah dibalut sebaiknya.

3.   Gunakan pakaian pelindung seperti apron dan penutup kepala yang bersih.

4.   Gunakan peralatan yang sesuai dan bersih seperti sarung tangan plastik atau 
      penyepit makanan.

5.   Gunakan kenderaan yang bersih bagi mengangkut makanan ke bazar ramadan.

6.   Pastikan makanan yan dijual sentiasa ditutup menggunakan penutup yang sesuai 
      bagi mengelak pencemaran.

7.   Elakkan menggunakan tangan secara langsung untuk menyentuh makanan.

8.   Elakkan Memakai barang kemas seperti cincin ketika mengendalikan makanan 
      dikhuatiri terdapat kotoran di celah-celah barang kemas tersebut.

9.   Elakkan menggunakan surat khabar bagi menutup atau membungkus makanan 
      dan jangan biarkan makanan terdedah.

Tip Pemilihan Juadah di Bazar Ramadan

Semalam sahabat pokcik bercerita pasal dia telah terkena.. terkena bila membeli makanan yang telah basi dari pasar malam berdekatan dengan rumah kediamannya. Buka main terliurnya dia dengan satu juadah yang dijual disebah gerai... dibelinya dan bila balik rumah dibukanya tiba-tiba terbau masam. Dibungkusnya semula dan terus dihantar balik ke penjual tersebut.. pastu siap penjual tu buat selamba dek je..

Jadi apa jua pilihan kita kita adalah tetap pengguna jadi kita berkuasa menentukan pilihan kita.... Pastikan

1.   Pilih gerai yan bersih dan jauh dari pencemaran (longkang dan tong sampah)

2.   Pilih pengendali makanan yang bersih (memakai pakaian pengendali makanan 
      yang sempurna). mengamalkan pengendalian makanan yang baik dan       
      menggunakan   perkakasan yang bersih.

3.   Pilih air minuman yang bersih dan disediakan didalam bekas yang bersih.

4.   Pilih makanan yang kurang berisiko (masih panas dan segar) tidak terdedah 
      (bertutup) dan tidak menggunakan surat khabar bagi menutup makanan. 


Amalkan juga konsep

LIHAT
Pastikan makanan yang dibeli tidak berlendir, tidak melekit, tidak berubah warna, tidak berkulat dan bebas daripada bendasing seperti rambut.

HIDU
Jangan makan jika berbau busuk dan pelik

RASA 
Rasa sedikit dahulu jika rasa masam atau basi jangan makan 


Kendalikan juadah kita sebaik mungkin...

1.   Makan dengan segera, pastikan makanan yang dibeli dihabiskan dengan segera.

2.   Lebihan makanan atau makanan yang dibeli untuk bersahur perlu disimpan 
      segera di dalam peti sejuk dan tidak dicampur dengan makanan baru.

3.   Makanan yang hendak dipanaskan semula perlu dipanaskan dengan 
      sempurna/mendidih.

Dapatkan rawatan dengan segera sekiranya mengalami simpto-siptom berikut :
1.   Loya dan muntah
2.   Memulas dan sakit perut
3.   Demam dan kesejukan
4.   Cirit-birit 

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia

Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA

Assalamualaikum semua. Dengan ini PapaG lancarkan satu segmen Miliki Shawl Exclusive By Papaglamz Secara PERCUMA. Siapa nak angkat tangan. Untuk pengatahuan semua baru-baru ini Papaglamz telah melancakan Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz (klik disini). Pelancaran Koleksi Terbaru Shawl Exclusive By Papaglamz ni akan dapat membantu anda dalam membuat pemilihan shawl yang cantik, glamour, exclusive dan menarik untuk anda gayakan. Lebih-lebih lagi nak raya ni kan?



Korang nak cuba Shawl Exclusive By Papaglamz secara PERCUMA? Mudah je. Jom join segmen yang PapaG buat ni. Klik kat banner di atas tu yer.

Warna-warna pilihan koleksi terbaru shawl exclusive by Papaglamz

Baiklah, terlebih dahulu PapaG cerita sedikit tentang konsep shawl yang terbaru dari Papaglamz ni dulu yer. Sebenarnya koleksi kali ini menampilkan shawl yang mempunyai potongan asas segi empat tepat. Ukuran panjang dan lebar lebih kurang 190cm X 80cm. Semoga shawl yang PapaG keluar ni dapat memenuhi kehendak wanita-wanita diluar sana yang ingin berfesyen tetapi tetap menjaga dan menutupi AURAT dengan sempurna. Insyallah.

Dalam pemilihan material, kami menggunakan kain Chiffon Glitter. Antara sebab PapaG menggunakan kain jenis ini ialah jenis kain ini yang nampak lebih Glamour dan anggun pada si pemakai serta MUDAH BERALUN yang penting TIDAK JARANG. Kalau korang nak tahu, untuk koleksi kali ini PapaG tampilkan KHAS satu shawl yang warnanya LIMITED. Sebab hanya SATU warna sahaja shawl yang diperbuat dengan menggunakan kain Chiffon Moist Crepe. Bagi mereka yang dah mencuba koleksi shawl PapaG yang lepas tentu tahu bagaimana CANTIK dan SELESAnya memakai shawl PapaG yang menggunakan kain jenis ni kan? Jadi buat mereka yang merindui shawl PapaG dibuat dari kain jenis ini korang boleh grab dalam koleksi terbaru ni. Tapi SATU WARNA je la iaitu Musted Yellow.

Terdapat 7 warna berbeza yang korang boleh lihat seperti gambar yang PapaG tunjukkan di bawah ni.

wide-shawl-exclusive







Memandangkan sekarang ni (ikut tarikh entri ni) masih lagi mood-mood promosi dari kami, jadi kami menjual Shawl Exclusive by Papaglamz seperti harga di bawah ni.

1 helai RM 34.00 + Postage RM 6.00 = RM 40.00
3 helai RM 100.00 termasuk postage

CEPAT REBUT SEKARANG....!!!!

Wassap : 0196141393

Jangan lupa ikuti Perjalanan Shawl Exclusive by Papaglamz ni IG dan FB tau.

Ig : exclusive_by_papaglamz
FB : Papaglamz
Official Artikel : Shawl Exclusive by Papaglamz


Tangkap Ayam kampung untuk lauk berbuka puasa



Dah terasa sangat nak makan ayam kampung, bini pun dah bersungut dan  anak-anak pun meminta. Apa lagi hari ni pokcik tangkap sekor ayam kampung. Cadangnya nak buat gulai untuk berbuka petang ni... bukan main gembira anak-anak.. maka bergulai sakan petang ni.. 

Ayam pelihara sendiri, dah jimat duit lauk petang ni.. seminggu sebelum puasa mak merungut kat pokcik.. katanya pelihara ayam kampung banyak-banyak kenapa tak di sembelih dari dibiarkan mati begitu sahaja.

Memang betullah beberapa bulan yang lalu banyak ayam pokcik yang mati... mati sakit... mati dimakan musang. Jadi pokcik kata kat emak tunggu bulan puasa ni baru nak sembelih buat lauk..

Bagi pokcik ayam gulai kampung ni lagi sedap kalau nak dibandingkan dengan ayam daging... anak pokcik kata ayam bandar. 

Ayam kampung ni pokcik ternak lepas bebas bermain sekitar rumah jadi susah jugalah nak tangkapnya. Jinak-jinak merpati, kena pandailah pujuk ketika bagi makan kena tidak pun pakat main kejar-kejar keliling rumah bersama anak-anak..

Pos Kad cantik dari Sally Samsaimam


Semalam, pokcik terima pos kad yang cantik dari rakan blogger Sally Samsaimam.. pasal hari tu pokcik ada join segmen yang beliau anjurkan dan terpilih sebagai pemenang giveaway tersebut..

Terima kasih dari rakan blogger Sally Samsaimam.. Selamat berpuasa dari pokcik..


Gambar Hari Rabu #26 - pokok ajaib berbuah lebat



Pokok ajaib depan rumah pokcik berbuah lebat tahun ini berbanding tahun-tahun yang lain.. Hari tu anak pokcik dah cakap yang buah ni akan masak pada awal ramadhan.. katanya sukarlah nak makan.. kalau malam pulak bila perut dah kenyang tak terfikir pun nak makan buah ni.. itu katanya.. tapi memang betul apa yang dia kata..

Nampak gayanya banyak yang gugur menjadi bajalah pada tahun ini..

Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!


Syarat-syaratnya:
1. Follow blog
Sally Samsaiman | Syifa' Azhar | Fatihah Fadzil

2. Follow Instagram 
@sallysamsaiman

3. Like Fanpage
sallysamsaiman.com | Mjölk | The Sister's Closet 

4. Buat satu entry bertajuk Segmen Sally nak bagi Kad Raya 2016!

Mula - 6/6/2016 | Tamat - 26/6/2016



Segmen bloglist bulan jun-julai by HBJ


Jom join segmen.. klik banner

Salam Ramadhan 1437H

Assalamulaikum & Salam Sejahtera buat rakan-rakan blogger. Selamat menyambut Ramadhan. Semoga Ramadhan ini adalah Ramadhan terbaik buat kita semuadan diberi kesihatan yang sempurna, In Sha Allah..

Salam Ramadhan dari Pokcikblogger.com