Hari terakhir 2016


Pagi tadi, pokcik rancang nak ke sekolah kerana ada beberapa perkara yang terpaksa diselesaikan. Walapun hari ni cuti tapi benda tu kena selesaikan har ni juga fak boleh tangguh tangguh. 

Tapi bila hampir sampai je kat sekolah, terpaksa patah balik.. bila tengok air mulai melimpah jalan. Apakan daya terpaksa tangguhkan jugalah benda tu.

Pusing balik ke rumah. Bila sampai kat kampung Jerebun terpaksa perlahankan kereta, air dah melimpah jalan. Rasanya tak sampai pun 10 minit pokcik lalu kat sini tadi, masih ok.. sekarang dah melimpah keatas jalan kalau tunggu lama lagi tersangkutlah rasanya.

Banjir dihari terakhir 2017




Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017


Hanya tinggal beberapa hari lagi sesi persekolahan 2017 akan bermula. Terasa cepat benar masa berlalu kan.

Hari ini, sekolah tempat pokcik bertugas mengadakan sesi pendaftaran bagi tahun persekolahan 2017. Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi. Waktu pokcik turun memantau tadi, tidak ramai ibubapa dan penjaga yang datang. Kemungkinan hujan yang turun diawal pagi menyebabkan kurangnya sambutan.

Saban tahun sekolah ini mengalami kekurangan murid. Waktu pokcik mulai bertugas disini pada pertengahan 2008, muridnya melebihi empat ratus orang. Sekarang ini murid sekitar seratus enam puluh itu tidak termasuk murid prasekolah. Mungkin kekurangan ini berpunca dari generasi muda disini yang banyak berkerja diluar. 



Sebelum ini mereka memberi hak penjagaan kepada ibubapa mereka. Apabila mereka sudah menetap dengan selesa dan mendapat pendapatan yang kukuh mereka akan datang mengambil balik anak-anak mereka ini untuk tinggal bersama mereka, yang mana sebelum ini dibawah jagaan yakni datuk nenek murid murid ini. Bila berlaku pertukaran pelajar maka semakin berkuranglah murid disekolah ini.

Tahun ini, disekolah ini pokcik merasakan terlalu ramai pelajar-pelajar yang bertukar keluar. 

Segmen Bloglist 2017 SheilaInspire Dot Com


Jom Join .. Klik banner
Tarikh mula 20 Disember 2016
Tarikh akhir 27 Disember 2017

New Year Giveaway by MF


Tidak lama lagi sudah hendak masuk tahun 2017.
Mya nak launch New Year Giveaway yang akan bermula hari ini,
14 Disember 2016 - 11 Januari 2017.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Hadiah:

Grand Top Referral : RM100

Weekly Top Referral : RM20
(21hb, 28hb, 4hb)

Planner x 2 winners
Topup RM10 x 2 winners
Pouch x 2 winners

*hadiah akan diupdate dari masa ke semasa*

Banjir??..


Jam lima pagi tadi terima sekeping gambar dari sahabat pokcik. Katanya kawasan depan rumahnya telah dibanjiri air..

Kalau lah depan rumahnya dah banjir tentulah jalan ke tempat kerja pokcik pun turut ditenggelami air. Jalan depan rumahnya tu lah jalan jalan utama pokcik ke sekolah tempat bertugas. 

Biasanya tidaklah lama sangat dalam dua tiga jam surutlah ia. Jam 7.30 pagi tadi bila pokcik sampai sini, air yang melimpah jalan dah tiada yang tinggal hanya sampah sarap diatas jalan.

Pernah satu kali dalam sejarah bertugas kat sini, di Felda Tenang Jerteh ni. Pokcik kandas kat sini Jam 10.00 malam baru boleh balik rumah.

Hati-hatilah dimusim hujan ni, utamakan keselamatan diri.

Giveaway 12-12 by SharkBurn Malaysia

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِاللهم صل على محمد وآل محمدالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه


(klik banner kalau nak join)

Giveaway ini dibawakan oleh @Sharkburnmy dengan kerjasama Mohd Noor Shawal's Blog

Tamat: 13 January 2017


SEGMEN BLOGLIST JANUARI CIKLAPUNYABELOGDOTBLOGSPOTDOTMY.

http://ciklapunyabelog.blogspot.my/2016/12/segmen-bloglist-januari.html

Rasanya dah lama pokcik tak join mana- mana segmen. Jadi kali ini pokcik ajak rakan blogger join yang ni.. klik banner atas tu, kalau sudi join

Hasil dari hobi #32 - belum sempat masak


Buahnya besar dan panjang. Kalau letak berdiri setinggi peha pokcik, besar ukur lilit buahnya sebesar lutut pokcik. Bukan sebiji tapi enam biji yang besar.

Tapi sayang pokoknya kurus tinggi meleding ditambah lagi dengan keadaan tanah yang lembab kerana hujan. Akhirnya pokok betik tumbang kerana tidak dapat menampung beban buahnya.

Belum sempat pokcik nak buat kayu sanggang. pokoknya dah menyembam bumi. 

Satu pokcik dah bagi pada sepupu, katanya nak buat rojak betik. Lagi satu bagi pada kakak dan satu lagi bagi pada emak. Buah yang kecil emak pokcik kutip katanya hendak celur buat ulam cicah budu.

Kempunan pokcik nak makan yang masak

Entri pertama disember


Sekejap saja masa berlalu. Dah masuk Disember. Sebulan lagi Januari 2017. Semakin bertambah lagi usia.

Sehari dua ni tempat pokcik hujan lebat. Kebiasaannya hujan seperti ini akan membawa banjir. Kata orang kampung pokcik dah masuk edah dia.

Aktiviti berkebun sayur pun terhenti, sayur-sayur pokcik pun dah boleh kutip. Ada yang pokcik jual dan ada yang pokcik bagi saja kat jiran-jiran yang tak kain tak bukan sedara mara pokcik semua.

Alhamdulillah, tinggal sawi sebatas dua lagi. Perancangan pokcik untuk tahun 2017 nanti ditanah itu, semuanya pokcik akan tanam dengan sayur sawi sahaja dah tak nak campur-campur lagi dengan sayuran lain

Hasil dari hobi #31 - Jual sawi


Ramai rakan-rakan pokcik minta beli sawi pokcik ni bila dia orang dapat tahu sawi ni dah cukup matang. Maklum ajelah sawi pokcik ni tiada penggunaan racun serangga atau baja kimia. Segar dari ladang kata mereka.

Cadangnya hari khamis ini pokcik nak cabut dan jual. Yang gambar atas tu pokcik cabut untuk kegunaan sendiri dan bagi kat emak sedikit. Kalau cabut dan jual awal awal ni rasa macam tak berapa nak untung sebab walaupun daunnya telah besar dan lebar tapi batangnya masih kecil lagi.

Rasanya taklah hendak tunggu lama sebab sekarang ni hujan pun dah makin kerap turun dan agak lebat takut nanti akan merosakkan pokok sawi. 

Ada yang tanya pokcik kacang apa yang pokcik tanam (gambar sebelah sawi). Sebenarnya pokcik ingatkan pokcik tanam kacang panjang rupanya kacang ni, orang kampung pokcik sebut 'kacang catok'. Taklah pula pokcik tau tempat lain orang panggil apa. KAcang ni bijinya yang kering tu orang campur dengan ketupat manis. Istimewanya lagi pokok kacang ni daun yang muda (pucuk) orang buat sayur lemak.

SEGMEN JOM BERKENALAN


Assalamualaikum rakan blogger. Selamat berkenalan. 
Jom join segmen ni, Segmen Jom Berkenalan.
Tarikh tamat segmen 31 Disember 2016.
klik banner untuk join. 

Pokok Sireh cina goreng


Sireh cina goreng. Bila pokcik upload dua gambar ni dengan tajuk tu. Ramai yang tanya pokcik. Boleh makan ke pokok ni? sedap ke? Bagaimana cara masaknya?

Sebenarnya dah lama pokcik idam nak makan pokok ni. Dah acap kali bersungut kat isteri.

Hari ni dia cuti, ada ruang dia masak jadi dia minta pokcik pungut pokok ni yang sememangnya ditanam didalam pasu, demi menjamin kebersihannya. Kalau melata atas tanah rasa macam tak bersih je

patutlah tadi beria sangat ajak pergi pasar nak beli ikan masin. Dibelinya ikan gelama masin.

Masa dia masak taklah pula pokcik tengok. Tapi bila rasa masakan lebih kurang rasa macam kailan goreng ikan masin. Cuma pokok ni rasa lebih lembut lagi.

Orang tua jiran sebelah rumah pokcik sentiasa amalkan ulaman ini. Katanya baik untuk saraf dan gout.

Hasil dari hobi #30 - Menikmati hasil


Inilah dunia pokcik. Ruang lingkup pokcik yang terhad. Pergi kerja, balik kerja dan melegakan regangan dan tekanan dengan mengeluarkan peluh pada tanah yang sekangkang kera ini.  

Tapi kata orang berbudi pada tanah ada hasilnya. Dan kini pokcik sedang menikmati hasilnya. Jagung dah boleh dikutip, anak-anak dah merasa manisnya jagung rebus tanaman sendiri.

Kini menghitung hari pula untuk merasa manisnya sawi yang ditanam sendiri. Sawi yang tidak ditanam menggunakan baja kimia jauh sekali penggunaan racun serangga. Bajanya adalah tanah bakar. 

Titik peluh terasa seakan berbaloi bila melihat segarnya dedaunan. Menunggu hari, menunggu detik untuk dituai.



Ubi Jari Buaya - # Serangan ulat daun


Serangan ulat pemakan daun. Ulat ini seperti ulat bulu tetapi lebih kecil dan membiak disebalik daun-daun ubi jari buaya. Serangannya terlalu cepat walaupun kecil.

Minggu lepas pokcik dah sembur dengan racun serangga buatan sendiri. Ingatkan dah pupus rupanya masih ada lagi sisa-sisa telur yang tidak dapat dilihat dibawah daun-daun.

Memakan daun, menyebabkan daun menjadi seperti kering dan hangus. Pokcik pun tak tau nama saintifik ulat ni. Pokok-pokok tumbuhan sekitar termasuklah sayuran yang pokcik tanam tak diusiknya.  Mungkin bagi ulat ni, daun ubi jari buaya cukup berkhasiat baginya.
Racun apa ye yang sesuai?. Kalau boleh pokcik tak nak guna racun kimia. 


Kegembiraan berakhir tragedi

Kegembiraan sebuah keluarga untuk mencari etak dan siput berakhir tragedi bila sampan yang dinaiki mereka terbalik. Kejadian yang berlaku jam 9.00 pagi di Sungai Besut berhampiran Kampung Chegar Batang Hulu Besut




Bot yang dinaiki oleh tujuh sekeluarga terbalik ditengah sungai. Kejadian itu disaksikan oleh dua orang nelayan darat yang kebetulan berada tidak berapa jauh dari tempat kejadian. 



Lima dari mereka sempat diselamatkan dan dua dari mereka tenggelam dihanyut arus. 
Sewaktu pokcik sampai tadi seorang mangsa yang berusia 9 tahun ditemui. Sehingga kini usaha mencari seorang lagi mangsa yang berusia 16 tahun giat dijalankan.



Ubi Jari Buaya - Permintaan rakan-rakan


Anak pokok Jari Buaya yang pokcik semai dah bertunas dan ada yang telah panjang sulur batangnya. 

Bila pokcik bagi tahu kat rakan-rakan tentang semaian pokok ni, ramai kawan-kawan pokcik minta nak beli. Kali ni semaian ni tak jadilah pokcik nak alihkan ke tempat tanaman.

Tak nak hampakan rakan-rakan jadi pokcik jual saja pada mereka. Mereka pun tahu bukan senang nak dapatkan pokok ubi ni.

In Sha Allah lain kali pokcik buat benih dari keratan batang dengan lebih banyak lagi.. harap-harap boleh jadi pembekal utama pokok ni.. (ada angan angan tu)

Berkebun sebagai satu terapi


Hari sabtu lepas, selesai sudah pagar memagar kebun pokcik yang luasnya tak seberapa. Hari tu sebahagian jagung dan kacang panjang pokcik dirosakkan oleh babi. Pelbagai petua dan pelbagai cara yang diberikan oleh rakan-rakan. 

Dan seorang sahabat pokcik pula mengatakan walau apa cara dan petua sekali pun yang kita lakukan ianya bersifat sementara dan tidak akan menghalang babi dari memusnahkan tanaman. Katanya cara yang terbaik ialah memagar kawasan menanam. Itu jugalah yang pokcik lakukan.

Dengan kos murah, dawai tanpa duri yang berharga RM10.00 satu gulung serta tenaga empat kerat untuk mencari kayu pancang/turus pagar. kredit jam masa selama dua hari maka siap lah pagar yang tak seberapa itu. Cuma tinggal menghiasnya dengan tin-tin sahaja yang belum.. guna tin tu ialah ia akan berbunyi bila dirempuh oleh babi



Bila dah ada pagar ni semangat pokcik untuk berkebun tu semakin tinggi. ruang yang kosong tu pokcik tanam pula dengan dua tiga batas sawi. Makin rajin.

Waktu pagi sebelum kerja pokcik akan jengah sekejap kat sini, balik kerja pun pokcik ke belakang rumah terlebih dahulu. Pendekkata berkebun dah jadi macam satu terapi buat pokcik. Pokcik rasa damai, tenang dan aman bila melihat kehijauan tanaman ini. Bertambah seronok bila melihat pohon jagung mulai berbunga.. 

Membilang hari untuk memungut hasil. Sekurang-kurang menjimatkan duait perbelanjaan dapur 
.

Selamat berjuang buat anakanda


Selamat berjuang buat anakanda yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula hari ini. Pagi tadi pokcik meluangkan masa ke SMKA Wataniah. Berjumpa anak ketiga pokcik yang menghadapi SPM.

Selepas selesai tugas menghantar anak-anak yang lain ke sekolah mereka. 7.30 pagi pokcik sampai sini walaupun tidak jauh sebenarnya sekolah ini dari rumah pokcik. Tak sampai pun 800 meter.

Sampai tadi, dah ramai ibu-ibu dan bapa-bapa yang sedang berjumpa mesra dengan anak-anak mereka. Pelbagai kata-kata semangat dan rangsangan yang dibekalkan buta anak-anak yang akan berjuang menentukan arah tuju masa depan mereka. Selepas anak-anak mereka masuk dewan ada ibubapa yang terus ke musolla untuk bacaan yaasin.

Walaupun rumah pokcik tidak jauh dari sekolah tapi anak pokcik pilih untuk tinggal diasrama, katanya untuk memudahkannya mengulangkaji dan berbincang bersama kawan-kawan yang lain.

Sama-samalah kita doakan ketenangan hati dan kejayaan buat anak-anak yang sedang menhadapi peperiksaan SPM semoga mereka memperolehi kejayaan yang cemerlang.

Daun Misai Kucing goreng celup tepung

Daun misai kucing goreng celup tepung ni menjadi kesukaan anak lelaki keempat pokcik dan adik perempuannya yang sorang tu. Bila dia orang rasa nak makan dia orang pergi petik daun pokok ni dibelakang rumah. Pilih pucuk yang muda beserta bunganya sekali.

Bukan sepohon pokcik tanam tapi berbelas belas pohon dibelakang rumah tu jadi tak menjadi masalah bila dia nak makan. Pergi petik saja.


Anak pokcik dua orang ni dah diajar oleh emaknya bagaimana nak goreng daun ni.. pokcik tumpang makan yang anak anak pokcik buat.

Dalam dok kalut dia orang nak buat tadi terlupa yang stok telur dah habis. Tak menjadi halangan kerana stok telur ayam kampung kat reban tu banyak.



Cara buat cukup senang. Tepung ayam goreng yang siap dibeli kat pasar raya campur dengan telur ayam.  Gaul biar berpalut dan rata, jangan guna air...

Lepas tu goreng... taarraaa.. sIap untuk dimakan.. cicah dengan sos.

Resipi daun belalai gajah celur


Petang semalam, pokcik terasa sangat nak masak daun belalai gajah yang ada kat belakang. Biasanya pokcik  buat ulam saja tapi kali ni terasa sangatlah nak masak-masak daun ni.

Terlintas dihati nak celur saja takut nanti tak sedap pula. Tak nak isteri tolong kerana ini selera pokcik, jadi menu ni biar ikut selera pokcik. 

Pokcik panaskan air. Bawang merah, bawang putih yang telah dimayang berserta dengan cili kampung pokcik masukkan dalam air yang tengah mendidih.. Sedikit garam dan satu kiub pati ayam Knorr. 

Pokcik biarkan air tu betul-betul mendidih barulah pokcik masukkan daun belalai gajah. Dari pengamatan pokcik daun tua lebih sedap dan lemak rasanya berbanding daun muda... daun muda sedap dibuat ulam cicah budu atau sambal belacan.

Pastikan daun belalai gajah tidak terlalu masak atau kecut. Pastu pokcik taburkan serbuk lada hitam dan lada putih jenama ajishio.

Itu selera pokcik dan sedap dilidah pokcik, bila tanya anak-anak dia orang pun kata sedap. Bila makan, teringat pula pokcik lima belas tahun yang lalu. Waktu pokcik muda-muda dulu.. waktu tu pokcik masuk hutan dan salah satu menu pokcik masak ialah tumis daun pokok balik adat (pokok ni biasa tumbuh dipinggir hutan yang baru diterokai), rasanya hampir sama dengan daun belalai gajah.

Yang ni resipi pokcik, sedap ikut selera pokcik belum tentu memikat selera orang lain. Resipi yang berkhasiat tanpa guna minyak untuk menumis.


Merumput


Sekarang ni kerja-kerja menanam dah selesai. Jagung dan kacang pun dah besar. 
Sekarang ni pengisian waktu petang pokcik disi dengan aktiviti merumput dicelah celah dua tanaman ini.Berbanding dengan waktu menanam.dulu, merumut tidaklah sepenat menanam.

Yang pokcik tanam tu dua jenis jagung. Jagung manis dan jagung jeriat serta kacang panjang. Kacang panjang ni tak payah guna kayu pancang atau kayu junjung. Pokoknya setinggi lutut dan berbuah seperti kacang panjang biasa.

Sekadar merumput sahaja. Mengembur tanah tu pokcik tak lakukan takut nanti ayam pula yang datang mengembur dan mencakar tanah sekitar tanaman ni. Berdasarkan pengalaman yang lalu.

Semua ni ditanam belakang rumah, dalam keadaan terbuka tanpa pagar. Hari tu pun sebahagiannya telah dimusnahkan babi. Nasib baik hanya sedikit kalau tidak penat saja.


Mencuci temu

Mencuci temu.. bunyi macam pelik. yang sebenarnya mencuci temulawak. Atas permintaan rakan rakan guru yang berkehendakkan sangat temulawak ni, petang tadi pokcik pergilah gali seperdu pokok herba ni kat belakang rumah.



Bila siap gali, punyalah banyak isinya. Itu baru seperdu.

Nak bersihkan dia dari tanah pun satu hal. Kerana tidak mahu merosakkan isinya pokcik guna semburan air paip yang deras.

Seperti gambar kat bawah tu kan. Tulah yang pokcik buat bila tiap kali membersihkan kunyit, lengkuas dan temulawak.. bersih dan nampak cantik.

Isi muda (yang putih tu) biasanya pokcik buat ulam, cicah dengan budu.. fuuh makan cukup berselera.

Temulawak ni juga sedap di buat ramuan dalam nasi kerabu. Kata seorang rakan pokcik lagi sedap kalau dibuat acar.. memang yang ni pokcik tak pernah cuba..

Tentang khasiatnya taklah pokcik nak cerita, dah banyak blog dan website bercerita tentang khasiat herba.

Ada seorang sahabat pokcik yang nak sangat pada benih kunyit hitam.. nanti akan pokcik bagi kat dia..








Segmen Jom Exchange Link by Mellya Crayola


Jom join segmen ni...
2 hadiah misteri untuk 2 peserta bertuah
klik banner atas

Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com


Pencarian bloglist bagi bulan November dan Disember 2016 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 23 Oktober 2016, iaitu tepat jam 11.30 pagi sehingga 11.30 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #23 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Oktober 2016.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016

Kembali lagi dengan Segmen Bloglist Azhafizah.com untuk bulan November dan December. Segmen Bloglist yang terakhir untuk tahun 2016. Macam biasa syaratnya mudah je. Hanya perlu copy paste je coding yang Fiza dah sediakan. Mudah je kan? Mana yang tak sempat join haritu, boleh join untuk bulan November dan December ni ye. Macam biasa pemilihan 10 blog akan dibuat melalui random.org.


KLIK BANNER UNTUK SERTAI SEGMEN




Langkah Penyertaan Segmen
1. Buat entry bertajuk : Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016
2. Copy coding dalam kotak bawah ni dan paste di ruangan HTML entry

3. Publish dan tinggalkan link entry dalam kotak komen di entry asal Segmen Bloglist Azhafizah.com Nov & Dec 2016 


Tarikh Tamat : 28 Oktober 2016
  Terima kasih atas sokongan semua ^__^

Angkara si babi


Awal pagi, macam biasa sementara menantikan anak bersiap untuk ke sekolah pokcik kebelakang rumah melihat tanaman.

Alangkah terkejut bila lihat pokok pokok jagung pokcik yang sebahagian ranap, rebah menyembam bumi angkara perbuatan babi.


Sebelum ini, sudah acapkali babi ini datang belakang rumah pokcik tapi tidak pula dia mengamuk dan memusnahkan tanaman.

Siapa yang tidak marahkan, dahlah penat menyangkul, merumput dan membaja tiba-tiba tanaman pula dimusnahkan babi.


Harap-harap lepas ni babi tak lagi datang mencari makanan kat kebun pokcik ni. Buat sementara ni pokcik guna sabun mandi popinjay. Kata sahabat pokcik tu cara yang terbaik tapi bersifat sementara.

Kalau nak yang lebih baik dan kekal buat pagar.. yang tu pokcik setuju benar

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom

Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 Yana Pink Blossom | Dalam usaha untuk memeriahkan lagi dunia blogger ni dan menggalakkan kerajinan untuk blogwalking kat blog korang, Yana dengan sukacitanya melancarkan segmen pencarian bloglist beliau untuk ditempek di blog Yana Pink Blossom mulai November hingga Disember 2016 ini.

Sila klik BANNER untuk join!!!

*Cara Penyertaan*
  1. Buat entry bertajuk Segmen Bloglist Nov ~ Dis 2016 by Yana Pink Blossom;
  2. Copy & paste semua coding yang disediakan di ruangan entri anda (HTML);
  3. Pastikan banner ini di link kembali kepada entri asal iaitu entri segmen di blog Yana Pink Blossom. Sekiranya tidak, entri korang tidak diterima;
  4. Publish dan tinggalkan link entri korang di ruangan komen entri asal segmen sahaja. Komen di ruangan entri lain tidak dikira yer;
  5. Klik link yang diminta sebagai sumbangan jujur dan ikhlas (^^,); dan
  6. Tarikh tutup penyertaan adalah adalah 31 Oktober 2016 jam 12.00 midnight.

Bunga Ubi Jari Buaya


Bunga Ubi Jari Buaya. Ini kali pertama Ubi jari Buaya pokcik berbunga dan ini juga merupakan kali pertama pokcik melihat bunga pokok ini.

Ada persamaan tak dengan bunga ubi keledek? Rasanya adalah sikit-sikitkan cuma mungkin yang berbeza pada warnanya.

Bunganya hanya mengembang sekejap sahaja pada waktu pagi dan bila pokcik lihat pada tengahhari kelopaknya telah menguncup. Sayangkan, tapi mana ada bunga yang berkembang selamanya.

Adakah bunganya juga mempunyai nilaian perubatan seperti mana ubinya? Adakah diantara rakan-rakan blogger yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan dalam membuat kajiselidik tentang kelebihan pokok ubi jari buaya yang didakwa oleh sesetengah orang amat baik untuk kesihatan jantung dan juga bengkak hati.

WANTED OHSEM BLOGLIST BLOG KAKLONG


Rasa-rasanya tak terlambat lagi untuk pokcik menyertainya. Tarikh tutup  13 October 2016, jadi kita pakat join sebelum tarikhnya..

Kalaulah menu macam ni hari hari


Kalaulah menu macam ni tiap-tiap hari mau tak boroi perut pokcik ni.

Sebenarnya menu macam nilah yang menjadi kegemaran pokcik. Lauk ringkas tak perlu ada gulai berlemak atau apa apa yang berlemak.

Cukup dengan ulam-ulaman dan budu serta dicicah pula denan ikan bakar tawar. Fuuh... mau tak terangkat.

Pokok belalai gajah belakang rumah pokcok tanam banyak banyak bukan dalam pasu tapi atas tanah tujuannya pucuk tu pokcik jadikan ulaman pembuka selera.

Pokcik suka sangatlah kalau menu macam ni, kalau ala western tu kuranglah sikit.