Hasil dari hobi #32 - belum sempat masak


Buahnya besar dan panjang. Kalau letak berdiri setinggi peha pokcik, besar ukur lilit buahnya sebesar lutut pokcik. Bukan sebiji tapi enam biji yang besar.

Tapi sayang pokoknya kurus tinggi meleding ditambah lagi dengan keadaan tanah yang lembab kerana hujan. Akhirnya pokok betik tumbang kerana tidak dapat menampung beban buahnya.

Belum sempat pokcik nak buat kayu sanggang. pokoknya dah menyembam bumi. 

Satu pokcik dah bagi pada sepupu, katanya nak buat rojak betik. Lagi satu bagi pada kakak dan satu lagi bagi pada emak. Buah yang kecil emak pokcik kutip katanya hendak celur buat ulam cicah budu.

Kempunan pokcik nak makan yang masak

Tiada ulasan: