Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat sekolah 2017

Tepat jam 7.45 pagi tadi bermulanya majlis Sambutan bulan Kemerdekaan Peringkat sekolah tempat pokcik bertugas. Dimulai dengan senaman pagi di dataran sekolah selepas itu pula pelajar dan warga sekolah berarak disekitar Felda. Sesi pertama sambutan diakhiri dengan pertandingan basikal berhias.

Sesi kedua pula diadakan di dewan sekolah antara acara yang diadakan ialah pertandingan mewarna, pertandingan pakaian merdeka, pertandingan sajak dan pertandingan lagu patriotik.

Seperti biasa pokcik nak belanja sekeping dua gambar berkenaan program yang berlangsung pagi tadi.
















Ubi Jari Buaya - Permintaan rakan-rakan #2


Semalam pokcik menerima panggilan dari sahabat sejawatan pokcik yang bertanya tentang ubi jari buaya. Ada dan memang ada cuma ubi yang telah kering tu sudah habis dalam simpanan pokcik. 

Memandangkan sudah ada isi ubi ini yang telah matang dikebun dan sesuai untuk jadikan sebagai ubat, petang semalam juga pokcik gali. Ubi yang digali dibersihkan dan dihiris seperti asam keping dan jemur panas dalam sehari dua.

Dua keping hirisan ubi ini dimasukkan kedalam gelas yang mengandungi air panas. Kata sahabat pokcik, suaminya ada masalah jantung dan sudah biasa minum air rebusan ubi ini. Katanya lagi ada sedikit perubahan bila diamalkan meminum air rebusan ubi ini. 


Dua anak pokok ubi jari buaya ini baru saja pokcik pindah ke pasu..yang ni pun untuk atas permintaan sahabat pokcik. Setakat ini pokcik sedang berusaha untuk memperbanyakkan lagi tanaman ubi ini. Pokok ubi jari buaya ini mudah tumbuh tapi untuk mendapatkan isi ubi yang matang perlukan masa sehingga enam bulan itu antara satu tongkol atau ke tiga tongkol isi bagi satu-satu pokok.



Membuat titian


Tiada aktiviti yang menyeronokkan selain berada dikebun bila hari cuti. Hari ini selesai sudah aktiviti menyiapkan sebuah titian didalam kebun sawit pokcik. Cukup memenatkan tetapi membahagiakan hati. Kayu untuk membuat titian ini dipunggah dari atas bukit sana, jaraknya lebih kurang 100 meter.

Sebelum ini kalau untuk kesebelah tanah sana pokcik terpaksa meredah air paras pinggang. Bila pakaian dah basah, rasa tidak selesa pula untuk berkerja. Terimakasih untuk dua orang adik ipar pokcik yang sudi membantu menyiapkan titian ini. Kini kerja-kerja menanam dan menebas semak samun menjadi semakin mudah untuk kesana sini.















Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com






Assalamualaikum dan salam sejahtera


Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 10 Ogos 2017 sehingga 11.59 malam 30 Ogos 2017. Menawarkan pelbagai hadiah yang lumayan dan menarik untuk dimenangi oleh para peserta.
Semua blogger dijemput untuk menyertai giveaway ini.

Syarat - syarat :-
  • Follow Blog Sponsor

  • Like Fanpage

  • Add To Circle Sponsor
  • Follow Instagram Sponsor

  • Follow Twitter Sponsor
  • Buat entri bertajuk Giveaway Ogos 2017 by www.aerillhassan.com
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan publish entri.
  • Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI



17 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada
1 September 2017


Sekian , terima kasih




Gambar Hari Rabu #34 - Aniq


Pokcik pun dah lupa ni cucu sedara pokcik yang ke berapa. Bila dah ramai cucu macam nilah jadinya.. lupa.. bila dah ramai cucu ni itu tandanya makin tua kita ni..

Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com


http://www.mialiana.com/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-2017.html


Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com bermula dari saat ini sehingga 11.59 malam 14 Ogos 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 5 pemenang bertuah dicari dan akan menerima RM10 setiap seorang.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen Blogwalking Merdeka 2017 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen SINI
  5. Segmen akan tamat pada 11.59 malam 14 Ogos 2017.
Pemenang akan dipilih melalui random.org dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 21 Ogos 2017.

** sila klik pada banner untuk join segmen ini.....

Segmen Bloglist 2.0 by Cik Miela


Nak join segmen ni.. klik banner atas tu

Kerja-kerja memindah anak sawit


Alhamdulillah syukur, atas nikmat yang dikurniakan Nya. Kelmarin pokcik ambil cuti sehari. Cuti yang pokcik manfaatkan bagi menyelesaikan kerja-kerja memindahkan anak sawit ke kebun pokcik di Setiu. 

Kalau tiada aral melintang In Sha Allah pada Jumaat nanti pokcik akan memulakan kerja-kerja menanam dengan dibantu oleh adik ipar dan bapa mertua pokcik. Jadi pekebun sawitlah pokcik. Bila pencen nanti kesinilah tempat pokcik melepak nampaknya.



Pencarian Bloglist OGOS 2017


Klik banner untuk join

Gambar hari Rabu #33