Tiada aktiviti yang menyeronokkan selain berada dikebun bila hari cuti. Hari ini selesai sudah aktiviti menyiapkan sebuah titian didalam kebun sawit pokcik. Cukup memenatkan tetapi membahagiakan hati. Kayu untuk membuat titian ini dipunggah dari atas bukit sana, jaraknya lebih kurang 100 meter.
Sebelum ini kalau untuk kesebelah tanah sana pokcik terpaksa meredah air paras pinggang. Bila pakaian dah basah, rasa tidak selesa pula untuk berkerja. Terimakasih untuk dua orang adik ipar pokcik yang sudi membantu menyiapkan titian ini. Kini kerja-kerja menanam dan menebas semak samun menjadi semakin mudah untuk kesana sini.
Ulasan
Semoga usaha2 pokcik akan berhasil.
http://panphila.blogspot.my