Jumaat, 11 Ogos 2017

Membuat titian


Tiada aktiviti yang menyeronokkan selain berada dikebun bila hari cuti. Hari ini selesai sudah aktiviti menyiapkan sebuah titian didalam kebun sawit pokcik. Cukup memenatkan tetapi membahagiakan hati. Kayu untuk membuat titian ini dipunggah dari atas bukit sana, jaraknya lebih kurang 100 meter.

Sebelum ini kalau untuk kesebelah tanah sana pokcik terpaksa meredah air paras pinggang. Bila pakaian dah basah, rasa tidak selesa pula untuk berkerja. Terimakasih untuk dua orang adik ipar pokcik yang sudi membantu menyiapkan titian ini. Kini kerja-kerja menanam dan menebas semak samun menjadi semakin mudah untuk kesana sini.















4 ulasan:

Farhana Jafri berkata...

kena redah air paras pinggang tu dalam tu. Belum masuk ada pacat huhu

mamapp berkata...

Ketan lutut mama kalau lalu titi kecil Tu.

Warisan Petani berkata...

nanti kalau ks dah berhasil kena buat jalan dan jambatan sekali.
Semoga usaha2 pokcik akan berhasil.

panphila berkata...

Tengok titian kecil tu, teringat kepada kampung arwah tok wan yang sudah lama kami tidak kunjungi. InshaAllah, hujung minggu ni kami akan ke sana. Tak sabar rasanya. Bukan apa, bila nampak titian tu, teringat kepada titian yang sepupu tiri saya buatkan untuk kami redah ke tanah seberang. Melalui hutan belantara... terjumpa pelbagai binatang, bunyi-bunyian, kubur orang lama. Rindu zaman tu.

http://panphila.blogspot.my