Petang semalam, pokcik terasa sangat nak masak daun belalai gajah yang ada kat belakang. Biasanya pokcik buat ulam saja tapi kali ni terasa sangatlah nak masak-masak daun ni. Terlintas dihati nak celur saja takut nanti tak sedap pula. Tak nak isteri tolong kerana ini selera pokcik, jadi menu ni biar ikut selera pokcik. Pokcik panaskan air. Bawang merah, bawang putih yang telah dimayang berserta dengan cili kampung pokcik masukkan dalam air yang tengah mendidih.. Sedikit garam dan satu kiub pati ayam Knorr. Pokcik biarkan air tu betul-betul mendidih barulah pokcik masukkan daun belalai gajah. Dari pengamatan pokcik daun tua lebih sedap dan lemak rasanya berbanding daun muda... daun muda sedap dibuat ulam cicah budu atau sambal belacan. Pastikan daun belalai gajah tidak terlalu masak atau kecut. Pastu pokcik taburkan serbuk lada hitam dan lada putih jenama ajishio. Itu selera pokcik dan sedap dilidah pokcik, bila tanya anak-anak dia orang pun kata sedap. Bi...