Hasil dari hobi

Hari tu aku ada post tentang aktiviti aku bila balik dari kerja disini. Memang berkebun sayur tu hobi aku, sambil buat peluh petang-petang hari.... memang tak rugi pun bila berbakti pada tanah ni...


bukan luas pun tanah yang aku usahakan, cukup untuk dua puluh hingga tiga puluh lubang je. Pokok-pokok kacang bendi ni dah pun megeluarkan buah... sekejap je masa berlalu


Walaupun tak banyak mana kacang bendi yang ditanam tapi nak dimakan kesemuanya terasa banyak..... lepas kutip pagi tadi terus hantar ke gerai penjual sayur ditepi jalan.... janji dapat seringgit dua jadilah sekurang-kurangnya balik modal harga baja



Tiada ulasan: