Dah tua rupanya

Sedang ronda-ronda dan pusing-pusing di sebuah supermarket diruangan pakaian tetiba ditegur si awek jurujual

" Pokcik nak beli apa" terkedu aku dibuat nya... tua sangat ke aku ni. Agak-agak jarak usia aku dengan si awek ni bukanlah samapai berbelas-belas tahun  lebih kurang lima enam tahun je.

berpusing... spontan... sambil senyum "Lain kali panggilah abang, barulah abang terasa nak beli dik" ayat bergurau.

Aku terasalah..... bukan untuk aku sahaja.. kalau si awek tu membahasakan 'encik' lagi bagus bersemangat juga nak membeli dan terus belah tak nak tekel-tekel pun.

Tiada ulasan: