Langkau ke kandungan utama

Novel Demi Dara



Novel Demi Dara garapan dari Abdul Rahim Awang ini merupakan novel yang keempat hasil buah tangan beliau yang pokcik baca selepas Bara, Saka dan Jin-Tina.

Abdul Rahim Awang merupakan salah seorang novelis kegemaran pokcik. Agak lama menyepi dan akhirnya pada 2016 beliau muncul dengan novel Jin-tina. Ternyata buah tangannya tidak pernah menghampakan pokcik.

Ending yang penuh kejutan. Rasanya novel ini tidak harus terhenti disini seperti kata Raof.

"Aku rasa Mazlan bukan saja bersedih, tapi berdendam" terang Raof.
"Sinar matanya dan cara dia memandang... eee... menyeramkan! Aku rasa kisah ini tidak terhenti disini atau hari ini"

Bagi Dara, dunianya telah musnah pada petang itu. Usia remaja, zaman sekolah, dan masa depannya hancur diragut empat lelaki keparat. Hanya pegangan agama yang mempertahankannya daripada mengambil nyawanya sendiri. Luka di tangan akibat duri mawar menyedarkan Dara daripada terus meratap nasibnya. Di matanya terbayang srikandi Melayu, dengan keris berlumuran darah. Dara mengerti, darahnya yang menitis perlu dibela. Dara bangun dan membetulkan hidupnya semula. Untuk membalas dendam, dia perlu merancang. Dan perancangannya amat teliti dan memakan masa yang lama. Sehinggalah sampai masa untuk melaksanakannya, dan empat lelaki binatang itu tumpas kepada strategi dan bilah mata kerambitnya. Namun, ia tidak berakhir di situ apabila abangnya, Mazlan di tangkap atas tuduhan membunuh. Perjuangan Dara di mahkamah baru bermula! Segala-galanya demi dara dan untuk Dara...
 

Novel setebal 386 mukasurat, dalam kesibukan dengan kerja pokcik habiskan bacaan dalam masa tiga hari kalau dikira jamnya lebih kurang empat jam.

Ulasan

Etuza berkata…
Singgah sini blogwalking
Normala Saad berkata…
Saya cuma baca satu saja novel beliau. Lama dulu....Orang Ketiga kalau tak silap tajuknya.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu