Rasanya dah lama pokcik tak menyertai segmen yang dianjurkan oleh Cikgu Ayu ni.. Berkebetulan tadi pokcik ada free masa sikit blogwalking ke blog rakan-rakan nampak ada yang beberapa rakan turut sertai.. jadi apa salahnya kalau turut sertai sama.. Jadi pada rakan-rakan yang belum menyertai segmen Cikgu Ayu ni apa kata klik banner atas tu sertai sama-sama sebagai tanda sokongan antara kita
Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi. Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Ulasan