Langkau ke kandungan utama

Orang Macam ni pun ada

Assalamualaikum...

Hari ini aku nak berkongsi sedikit cerita. Cerita ini cerita benar dan sentiasa benar. Benar, benar berlaku pagi tadi dan aku salah seorang pelakun dalam cerita yang berlaku ini. Tujuan aku bercerita disini hanyalah semata-mata sebagai satu perkongsian, mana tahu ia juga pernah berlaku  terhadap anda atau sahabat atau saudara mara anda. Aku juga minta maaf sebab dalam cerita-cerita ini aku selitkan dailek kelantan.

"Lagu mana kabar ore kita" tanya bos. 

"Lagu mana lagi bos, apa-apa pun kena ambil tindakan doh. Ginilah bos biar saya gi tanyo kabar dulu dia nok kijo ko dok. kalu dia tok se gak, saya suruh dia berhentilah pade dok nyusah ko ore" Selesai perbualan dengan bos aku terus ke rumah sahabat aku yang tidak hadir bertugas tahap kritikal. 

Sewaktu aku bersusah payah menghidupkan motor yang dipinjam dari Pak Guard sekolah datang Kaunselor Organisasi dari PPD. Setelah bersalaman dan bercerita sebentar dengan pegawai berkenaan tujuan aku keluar dan dia pun menyatakan maksud kedatangannya adalah dengan tujuan yang sama aku terus ke rumah sahabat yang bermasalah ini.

Sampai dihalaman rumah sahabat ini aku lihat adik ipar beliau sedang memandikan anak-anak sahabat aku ini. Waktu ini jam lebih kurang 9.30 pagi.

" Assalamualaikum, polan ada" Mukadimah aku sambil menongkat motorsikal.

"Ada" jawab adik ipar dia

"Siapa" tiba-tiba muncul isteri sahabat berkenaan dimuka pintu.

"Ntah, tak kenal. Dah lama tak pergi sekolah macam mana nak kenal orang" Jawab si adik ipar. Aku rasakan jawaban itu semacam satu sindiran tapi yang pastinya bukan untuk aku.

Sebentar kemudian keluar sahabat aku tadi dan mengajak aku naik. Aku minta maaf pada dia dan minta dia turun berbual dibangku simen dilaman rumahnya kerana aku berasa selesa disitu. Aku tahu dia memang maksud kedatangan aku.

Setelah bebual beberapa perkara aku tanya dia "......... mu sayang dok pada kijo mu" dia jawab perlahan dan angguk. Aku tahu dia sayang pada kerja dia ni tapi dia pernah kata pada aku satu waktu dulu sebab utama dia malas pergi kerja kerana MALAS bangun pagi.

"......... kalu mu ada pendapatan lain sebanyak RM2000 sebulan dan kijo ini pun mu boleh  RM2000 sebulan berapa dah mu boleh" sedikit nasihat aku padanya kerana aku tahu dia ada sumber pendapatan lain. 

"Tapi kalu mu dikenakan tindakan tatatertib dan terbuang kerja mu dah hilang RM2000, maka dah berkurang pendapatan bulanan mu, mu pikirlah ........ sebab sekarang kalu mu tak hadir tindakan tatatertib akan dikenakan ke atas mu" sambung aku lagi. Dia tidak jawab dan aku tahu nasihat aku sebagai sahabat pun akan keluar macam debu-debu halius berterbangan.

Selepas berbual sebentar aku kembali ke pejabat, menyediakan salinan dokumen-dokumen berkaitan dan diserahkan pada pegawai dari PPD. Pegawai tersebut mengajak aku untuk menemaninya ke rumah sahabat bagi berunding. Kali ini aku datang bertiga bersama pegawai tersebut dan bis bos aku.

Sebaik tiba dirumah sahabat keadaan sekitar sunyi, tiada suara anak-anak kecil dan tidak sewaktu aku datang tadi. Ku perhatikan sekeliling, kereta dan motorsikal sahabat ada. Pintu tertutup tetapi jendela terbuka.

Beberapa kali salam diberi tetapi tiada jawaban. Aku tanya pada jiran sebelah dan jiran sebelah mengatakan sahabat ini ada dirumah dan tidak ke mana-mana. Bos aku dan pegawai dari PPD tadi duduk dibangku, aku melihat sekeliling sambil memberi salam yang tidak bersahutan. tiba-tiab dari jendela tadi aku terlihat kelibat sahabat terbongkok-bongkok ke arah bilik untuk bersembunyi. Aku memaklumkan pada bos apa yang aku lihat.

"Assalamualaikum ......... kita datang ni nak tanya khabar, nak berbincang dan kita tahu ............... ada dirumah" Pujuk bos aku.  Pujukan yang tiada berbalas.

Akhirnya kami ambil keputusan kembali ke pejabat. Untuk tindakan selanjutnya aku serahkan segala dokumen kepada pegawai dari PPD.

Ini mengingatkan aku pada satu cerita yang hampir sama sewaktu aku bertugas disekolah menengah dulu. Ceritanya bila ada beberapa rakan sejawatan aku ditugaskan untuk menghantar surat tindakan tatatertib diberhentikan kerja kepada seorang pegawai. Ramai rakan-rakan sejawatan tidak mahu pergi kerana pegawai yang dikenakan tindakan tersebut telah menelefon dan mengatakan akan memukul siapa-siapa yang hantar surat berkenaan. 

Tiada rakan-rakan sanggup mengambil risiko. Aku ambil keputusan untuk hantar surat berkenaan dan sebelum pergi aku telefon beliau dan memaklumkan aku yang hantar surat berkenaan dan hanya menjalankan tugas. Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Kerana aku tahu dia takkan pukul aku. Kalau aku dipukul tak kemana pun dia.

Dalam dunia ni macam-macam orang ada dengan pelbagai ragam perangai...... betapa susahnya mereka diluar sana berebut untuk mendapatkan kerja sampai ada yang cuba bodek orang itu dan bodek orang ini. Bila dah dapat kerja senang-senang je tak hadir berkerja... Semoga aku dijauhkan dari sifat sedemikian....

Ulasan

Sura Mohd berkata…
macam2 ragam manusia..bila ada dipersia..bila takde meminta-minta..
tanggungjawap harus dipikul bila dah diberi amanah..tak kira apa jenis perkerjaan pun..:)

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...