Langkau ke kandungan utama

Hasil Dari Hobi #24 - musim baru bermula


Selepas musim hujan dan banjir sebulan dua yang lepas, baru kini mood pokcik untuk kembali dengan hobi berkebun. Sebatas dua tanah belakang rumah dicangkul untuk menanam. 

Cadangan pokcik dua batas ini untuk ditanam dengan sawi tapi isteri minta sau batas ditanam dengan kangkung. Kenapa Kangkung? Senang, bila nak goreng nasi atau bihun. Itu kata isteri.

Pokcik tak nafikan, sayur segar tepi rumah ditanam tanpa penggunaan racun dan minimum baja kimia. Sayur terasa manis. Itu yang pernah isteri pokcik kata dulu. 

Musim baru untuk menanam pokci baru bermula. Tahun lepas pokcik banyak tanam lada dalam polibeg. Tahun ni pun ingat nak tanam benda yang sama. Pagi tadi pergi pasar dengan isteri. Isteri pokcik terkejut bila harga cili kampung RM30.00 sekilo. Memang mahalkan. Rasa-rasa nanti harga itu akan kembali murah bila dah banyak sayur dan lada yang akan memasuki pasaran.

Ulasan

nora razalli berkata…
berbudi dgn tanah ni mesti ada hasilnya :)
zinziemeewah berkata…
wah!!! best dpt bercucuk tanam. abah sy kt kampung pn suka berkebun. so memg keliling umah penuh ditanam pokok-pokok...tenang jer rasa :-)

zinziemeewah
pokcikblogger berkata…
berkebun ni aktiviti yang menyihatkan badan dan hasil pun dapat

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu