Langkau ke kandungan utama

Cubaan buat Pondok Kecil di Tengah Kebun Getah

Aktiviti hari jumaat dan sabtu Pokcik minggu ini fokus pada kebun getah yang seluas lima ekar.. jarak dari rumah lebih kurang 4 kilometer. Kali ini pokcik cuba bina pondok kecil dari kayu kayu hutan berhampiran kebun. Dalam gambar bawah tu, Pokcik duduk sekejap atas batang kayu yang dijadikan bangku sementara. Atas bangku ini pula nanti akan dibuat teduhan. Pandang keliling, sejauh mata dapat pandang pokok-pokok getah tua dah lama dibuang. 


Tanah pusaka seluas lima ekar dibahagi lima beradik dapatlah seekar seorang. Sekarang ni diatas geran tanah tu nama pokcik masih lagi sebagai pentadbir tanah. Projek tanam semula ni memang ambil masa, tapi Pokcik tak kisah. Pelan-pelan, janji jadi. Adik pokcik serta anak saudara dan seorang budak yang diupah untuk menanam anak getah sedang menggali lubang sementara pokcik dengan urusan membina pondok ini.

Aktiviti berkebun sayur pokcik hentikan dulu buat sementara pada hari jumaat dan sabtu, hanya dilakukan pada sebelah petang selepas waktu kerja di hari biasa. Penat memang penat tapi suatu masa nanti akan membuahkan hasil untuk anak cucu pokcik pula..




Ulasan

Etuza berkata…
Wah bagus sekali, namun jaga keselamatan ya..minta lah siapa2 bantu agar proses pembinaan lancar kan wak..nanti updated lah di blog..
Puan Hazel berkata…
Bersusah² dulu Pokcik kan... Ke depan nanti senang anak cucu In Sha Allah
namakucella berkata…
Wah...persiapan untuk bersara nampaknya

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...