Hari ini sudah masuk hari ketiga usaha-usaha mencari seorang remaja lelaki yang lemas semasa memancing. Mengikut maklumat yang diketahui pencarian kini merangkumi sejauh lima kilometer dari tempat mangsa mula-mula dibawa arus air.
Pencarian ini melibatkan pasukan Bomba dan Penyelamat, JPAM, Polis dan dibantu oleh orang-orang kampung.
Mangsa, remaja lelaki berusia 13 tahun dikatakan bersama adiknya telah pergi keatas batu yang berada ditengah sungai untuk memancing. Sebelum itu dikatakan paras sungai cetek dan hanya ada aliran disebelah batu sana (Lihat gambar). Kemudian mangsa dan adiknya menyedari akan kedatangan kepala air. Mangsa pada asalnya sempat kembali keatas tebing sungai tetapi berpatah balik untuk mengambil joran pancing diatas batu sebelum dirempuh arus kedua yang lebih deras.
Keadaan itu sempat diperhatikan oleh dua orang dewasa yang berada berhampiran dengan cuba mencampak sebatang buluh kepada mangsa tetapi tidak dapat dicapai kerana arus yang kuat dan berpusar.
Harapan pokcik supaya keluarga mangsa terus tabah dan semoga mangsa cepat ditemui. Ayah mangsa (Rasyid) pernah memancing beberapa kali bersama pokcik. Walaupun bukan akrab tetapi saling mengenali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan