Aktiviti KEPTAN Besut 2016

Kali ini KEPTAN Cawangan Besut menganjurkan program menunggang kuda sebagai salah satu cara mengurangi stres ditempat kerja. Program julung kali dianjurkan untuk tahun ini dihadiri seramai 60 orang Ketua-ketua Pembantu Tadbir dan Pembantu Tadbir daerah Besut. Program menunggang kuda ini diadakan di Sekolah Kebangsaan Alor Lintah. 


Bagi pokcik dan rakan sejawatan program seperti ini mengeratkan lagi perhubungan diantara kami sesama ahli. Kalau sebelum ini kami biasa terperap kat meja kerja.. melayani fail-fail, tugasan kewangan, pentadbiran dan juga pengurusan akaun sekolah. Sedikit sebanyak progra yang dianjurkan oleh KEPTAN ini dapat mengurangi stress di tempat kerja.


Pokcik nak belanja sekeping dua gambar kat sini.. bagi yang nak menengok lebih dari ni, bolehlah ke Facebook pokcik dan sudilah jadi rakan pokcik. 
 






1 ulasan: