Banyak hari dah skrin telefon Redmi 14C pokcik ni pecah, banyak kali jatuh, skrin pun dah makin teruk, Pecah dan calar sana sini.
Niat dah banyak kali dah untuk ke kedai telefon tapi sering saja tergendala kerana banyak kerja buat, tapi selagi masih boleh digunakan, pakai sajalah.
Skrin masih boleh nampak. WhatsApp boleh buka, Facebook boleh tengok, gambar pun masih boleh ambil. Jadi buat sementara waktu, biarlah macam ni dulu.
Nanti kalau sudah ada masa dan berbaloi untuk dibaiki, pokcik hantar tukar skrin.
Kadang-kadang kita tak perlu tergesa-gesa mengganti sesuatu yang masih boleh digunakan.
Selagi boleh pakai, kita pakai.

Ulasan