Langkau ke kandungan utama

Jadi pelakon utama pula


Lama pokcik tidak bersiaran kat sini. Dalam kesibukan masa dan kerja hakiki serta kerja-kerja lain kadang-kadang kita terlupa pula. Almaklumlah bukan blogger sepenuh masa.

Cerita yang berlaku pagi tadi, Program Jom Ke Sekolah anjuran KPM dan PDRM. Sebagai gimiknya pokcik berlakon sebagai seorang bapa (latarbelakang cerita tahun 50an). Bagaimana orang dahulu menyerahkan anaknya untuk menerima ilmu disekolah.

Babak aksinya; Pokcik mengayuh basikal Raleigh memasuki kawasan sekolah dengan membawa anak dibelakang (pelajar). Masuk ke dewan dan menyerahkan anak kepada guru besar.

Antara dialog yang diucapkan secara spontan :-

Pokcik : Assalamualaikum cikgu

Guru Besar : Waalaikumussalam, Pokcik.

Pokcik : Saya datang ni hendak serahkan anak saya belajar disekolah ini. Cikgu ajarlah 
       baik-baik sehingga dia panadai menulis, membaca dan mengira. Kalau dia 
       melakukan  kesalahan cikgu rotanlah tapi janganlah sampai patah-patah tulangnya.
       (pokcik senyum)

Guru Besar : In Sha Allah pokcik.

pokcik pun terus menyerahkan pelajar sekolah tadi yang berlakon sebagai anak pokcik.
Itu dulu tapi tapi dialog sekarang lain.. jangan sentuh anak mereka kan..kan.. kalau sentuh taulah apa jadinya.

Gambar kurang terang.. kredit gambar dari sahabat

Ulasan

Etuza berkata…
Asalam PKcik Blogger..wah berjaya ya babak lakonan menarik..bangga lah
Warisan Petani berkata…
Tahniah pokcik terpilih jadi pelakon utama.
mrhanafi berkata…
lakonan yang menarik....

kalau ada video lagi seronok nak tengok
Mrs. A berkata…
Hehehehe... tak sangka pokcik ada bakat jadi pelakon

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

segmen blogwalking MERDEKA bersama ayuinsyirah

  jom join segmen ini...caranya klik banner tu