Langkau ke kandungan utama

Bukan Jalan Pintas

Tetiba aje hari ini balik dari tempat kerja terasa hendak ikut jalan lain.. jalan Durian Telur ke Padang Luas.. Biasanya saya ikut jalan Keruak - Pasir Akar - Jerteh. Bukannya apa terlupa bawa motor yang cukai jalannya baru aje mati. Mana tahu kot-kot nanti ada polis ke JPJ ke yang wat road block di depan sana tu naya.. tak pasal-pasal kena saman..




Tapi kalau ikut jalan ni memang sunyi.. ini jalan dari Kg. Bekok ke Hutan Lipur Lata Tembakah.. Jalan ini hanya digunakan oleh orang kampung untuk ke kebun dan menjadi sibuk bila hari minggu dengan kunjungan orang ramai untuk ke tempat perkelahan di Lata Tembakah


Lebih kurang dua kilometer akan jumpa jalan baru yang menghubungkan jalan Lata Tembakah - Kampung Durian Telur dan Padang Luas. Jalan ini memang sunyi. Budak budak biasa menjadikannya sebagai gelanggang lumba motor.. dah ada yang tersadai ditengah-tengah jalan ini


Menunggang sambil santai, di tepi jalan ini saya berehat sekejap menikmati keindahan Tasik Durian Telur



Hari ini perjalanan pulang dari tempat kerja jauh sedikit.. dalam tiga kilometer berbanding biasa.. jarak biasa dalam 20 kilometer. 


Saya memasuki simpang kampung Padang Buluh dan akhirnya ke Ampangan Jajar Sungai Besut, Gong Duek.. Menunggang dengan santai di bulan Ramadhan

Ulasan

JunAina berkata…
Tiba2 saya rasa rindu zaman2 saya belajar kat sana dahulu. Jertihlah pekan saya dok ulang setiap hujung minggu. Kalau dapat pergi Pasar Tani Kuala Besut saya lagi suka.
Syamimi Saad berkata…
sunyi nyaa..kalau sy tak berani kut nak lalu.. hehe

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...