Langkau ke kandungan utama

Potret anak kecil..

Hari ni sepagian pokcik berada di padang sekolah.. berpanasan. Tadi sahabat pokcik minta pokcik rakam gambar anak kecil dia..

Pokcik terpaksa guna tele lens Sigma 70-300mm. Kerana kesukaran menghampiri anak kecil ini.. tu pun Pokcik curi-curi rakam tanpa pengetahuannya

Anak kecil ini cantik berpakai warna merah.. pokcik kongsi beberapa keping gambar anak kecil ini.. gambar sukan nanti pokcik kongsi kemudian hari.. 

Lepas acara tadi, pokcik rasa lain macam, seperti kekurangan cecair dalam badan lesu tanpa selera.. pokcik minum air batu dan basahkan badan dengan air batu baru lah hilang semua tu... Risau juga tadi takut kena strok haba..












Ulasan

Etuza berkata…
Si kecil molek dah jadi model ni wak..cantik gambar dia..rambut rapi di ikat ...terbaik

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Jenis jenis hantu dan yang paling bahaya sekali

Pokcik ni bukan nak takut-takutkan, tapi nak kongsi cerita yang dah lama jadi sebahagian hidup orang kita. Zaman dulu, bila malam menjelma, pintu rumah ditutup rapat… bukan takut binatang, tapi takut “makhluk yang bukan-bukan” ni la. Mari Pokcik cerita sikit… Dalam masyarakat kita, budaya kita memang banyak hantu dan jenis jenis hantunya beragam.. pokcik kongsi sikit yang pokcik tahu:- 1. Hantu Raya Hantu ni dikatakan paling kuat antara semua. Biasanya dipelihara untuk jadi “pendua” tuannya – tolong buat kerja berat, jaga rumah, kebun, dan kadang-kadang dipakai untuk tujuan tak elok. Rupa: Besar, tinggi, boleh menyerupai manusia. Masalah: Kalau tuan tak bagi makan (biasanya darah), dia boleh mengamuk. 2. Toyol Makhluk kecik, bertubuh macam budak-budak, kepala botak hijau. Dipelihara untuk curi duit orang. Kisah popular: Kalau duit sering hilang sikit-sikit setiap malam, orang tua kata “toyol tengah buat kerja.” Penjaga dia: Biasanya letak dalam balang kaca, kena bagi susu...