Langkau ke kandungan utama

Catatan Malam Seorang Tukang Gambar Sekolah

Malam ni Pokcik letih benar. Seharian berdiri di padang sekolah, dari awal pagi sampai ke petang, kamera tak lepas dari tangan. Hari ni kejohanan olahraga tahunan sekolah, satu hari yang cukup sibuk, penuh dengan jeritan semangat, larian anak-anak murid, dan keringat cikgu-cikgu yang tak kurang hebat menyokong.

Pokcik bukan saja tukang ambil gambar, tapi juga jadi saksi kepada semangat juang anak-anak kecil yang berlumba demi rumah sukan mereka. Ada yang jatuh, ada yang menangis, ada juga yang ketawa riang bila sampai garisan penamat. 

Riang tawa, bila acara bagi kategori ibubapa diadakan pada sebelah petang, antara acara ialah kukur kelapa, basikal lambat, sepak penalti bagi kaum ibu dan lumba lari 50 meter.

Petang tadi bila matahari dah mula senget ke barat, Pokcik duduk sebentar teguk air sejuk yang dibawa dalam botol. Badan memang rasa longlai, kaki pun lenguh bukan main.

Tapi malam ni, belum sempat badan nak baring, anak menantu pulak ajak keluar makan. Pokcik senyum saja, walaupun penat, tapi hati rasa lapang. 

Esok sambung lagi di padang. Tapi malam ni pokcik kongsi beberapa keping gambar acara sukan yang berlangsung tadi dan gambar yang sempat pokcik candid.


































Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
meriah semangat kesukanan
Etuza berkata…
Wow! sangat seronok meriah hari sukan ni wak..pertama kali nampak ada basikal beraksi...happy semua saya tengok tu wak...mantap blog penuh warna..mana gambar wak ni..yng pegang pistol ke?
pokcikblogger berkata…
Aha.. ya, itu yang pegang pistol tu la pokcik..
Airene Erawan berkata…
dah lama tak nampak kukur kelapa manual tu pokcik..
Puan Hazel berkata…
Cantik bidikan lensa kamera Pokcik 👍🏻
Acara kukur kelapa tu best

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.