Langkau ke kandungan utama

Merajuk la konon

Balik kerja petang tadi, sampai rumah tengok pintu tutup rapat. Sunyi. Pokcik pun tertanya-tanya, “Ke mana pulak Mokcik kamu ni? Kemana mereka pergi.. menantu yang dalam pantang pun tiada.. Jangan kata ikut rombongan ke Hat Yai sudah…”

Lepas Asar, Pokcik turun kebun. Baru pegang cangkul, hujan lebat datang, ribut pun sama-sama masuk. Macam alam pun nak ajak bergaduh sekali. Basah kuyup, Pokcik balik rumah… pintu tetap sunyi.

Perut dah mula menyanyi. Buka periuk nasi, kosong. Selak bawah saji, kosong jugak. “Adoi… lapar ni bukan lapar biasa, dah lah kita ni ada GERD” Pokcik bebel sorang-sorang.

Pukul 6.30, barulah nampak kereta dia balik. Rupa-rupanya anak Pokcik yang kerja MA kat Hospital Serdang tu ambik cuti, ada sekali balik jenguk anak bini dia. Bawa bini dia yang keboringan, pergi jalan ke pantai. Mokcik kamu pun ikutlah sekali.

Lepas Maghrib, bunyi perut dah lain macam. Perut Pokcik kalau dah lapar bukan boleh bawa bincang... rasa pedih.. Pokcik pun ambik kunci kereta. Mokcik tanya,

 “ Nak ke mana tu?”

Pokcik jawab “nak ke kedai Leha janda"

Pokcik tak hirau dah apa yang isteri pokcik kata lepas tu.. apa yang dia bebel dah kurang jelas pokcik tutup pintu kereta, hidupkan enjin terus ke medan selera 

Sampai medan selera, Pokcik order Milo kosong dan Maggi tomyam. Duduk makan sorang-sorang, sambil hati berkata, “Biar… biar mokcik kamu tahu, merajuk Pokcik ni bukan calang-calang.”


Balik rumah, dengar bising di dapur. Rupanya mereka tengah siapkan spaghetti untuk makan malam. Mokcik senyum-senyum,

Mokcik: “tu lah tadi, kita cakap tak nak dengar Nah… untuk abang.”

Pokcik: “Alahai… kalau bagitau awal-awal kan senang. Tak adalah abang makan sorang di medan selera sambil merenung Milo kosong tadi.”

"Bukan tak cakap tapi kita tu yang cepat tutup pintu kereta" kata mokcik 

Pokcik senyum sumbing tak tau nak kata apa-apa.

Kadang-kadang, merajuk ni bukan sebab lapar sangat… tapi sebab nak bagi orang rumah tu aware… walaupun akhirnya perut jugak yang menang.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...