Langkau ke kandungan utama

Sengkuang Hutan Tepi Sungai

Petang semalam, Pokcik singgah sekejap di rumah sahabat sekampung. Sambil borak di anjung, mata Pokcik terpandang beberapa biji buah sengkuang hutan tersusun di atas tangga rumah dia. Kulitnya hijau ke kelabu keperangan dah cukup matang. Masih ada bekas tanah, tanda baru saja dikutip.

“Eh, Kamu dapat mana buah sengkuang ni?” tanya Pokcik sambil pegang sebiji.

Dia senyum, jawab, “Anak aku kutip kat tepi sungai… tempat lama kita mandi dulu tu.”

Terus hati Pokcik terkenang zaman kecil dulu. Musim sengkuang hutan berbuah, kami akan turun beramai-ramai ke tepi sungai. Airnya jernih, bunyi arus mengalun, dan di tebingnya berdiri megah pokok sengkuang hutan yang tinggi menjulang. Bila musimnya tiba, buah-buah masak akan gugur sendiri, bunyinya duk… duk… jatuh atas tanah lembap.

Kami akan kutip masuk dalam guni atau bakul rotan. Kadang-kadang sambil kutip, sempat juga menyelam cari siput sungai atau kejar anak ikan. Balik rumah, mak akan basuh buah sengkuang tu, biasanya emak akan buat jeruk. Masamnya memang menguji lidah. Terlalu masam

Sekarang, tempat tu dah berubah. Sungai masih ada, tapi tebingnya banyak semak dan pokok sengkuang pun dah jarang berbuah. Mujur ada yang masih rajin kutip dan simpan, kalau tidak mungkin anak-anak sekarang tak pernah merasa masam unik buah sengkuang hutan ni.

Bagi Pokcik, setiap kali nampak buah ni, terasa macam kembali ke tepi sungai itu… bau lumpur, bunyi air, dan tawa kawan-kawan yang kini masing-masing membawa haluan sendiri.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
Mahalnya sebuah kenangan kan Pokcik..x pernah SA tengok buah sengkuang hutan...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...