Pagi ni, cerah-cerah tanah pokcik jenguk le kebun belakang rumah. Sebenarnya sejak dua tiga hari lepas Pokcik dah perasan pokok kacang panjang tu makin galak berbunga. Tapi pagi ni baru betul-betul nampak buahnya dah mula memanjang, elok terjuntai celah daun.
Pagi ni, cuaca agak panas sikit, matahari dah mula terbit di timur. Rasanya hari ni pokcik tidak boleh berkebun lama, biasanya kalau keadaan seperti ini, setakat 9.30 je pokcik mampu bertahan.
Bila tengok deretan pokok kacang panjang yang Pokcik tanam dengan tangan sendiri dulu tu, rasa puas hati juga. Ada hasilnya.
Beberapa batang kacang panjang dah cukup saiz, Pokcik petik satu-satu. Tak banyak lagi, baru permulaan, tapi cukuplah buat masak tengah hari nanti. Minta mokcik kamu buat sayur lemak, goreng ikan sungai pekasam fuuh sedap ni. Makan panas-panas dengan nasi putih.
Pokok sawi pokcik pun makin subur dan lebar daunnya. Semalam jiran pokcik whatsapp minta beli sawi pokcik.. katanya sawi segar dari kebun lebih manis rasanya.. Alhamdulillah rezeki pokcik.. lepas la buat beli benih nanti.
Ulasan