Langkau ke kandungan utama

Berkongsi Sawi di Pagi Hari

Pagi-pagi buta lagi Pokcik dah turun ke kebun. Angin masih sejuk, embun pun masih melekat di daun. Dalam banyak-banyak pokok sawi yang ditanam tu, ada juga yang dah tua, batang dah keras, bunga pun mula keluar. Kalau biar lama, jadi pahit pula. Jadi Pokcik cabut beberapa pokok, buang tanah sikit, basuh elok-elok, terus ikat kemas dengan getah urat.

Alhamdulillah, dapatlah dalam empat ikat pagi ni. Tak banyak, tapi cukup buat lauk segar. Pokcik pun ambil gambar, terus hantar ke group tidak rasmi sekolah, macam biasalah, gaya 'open order' siapa cepat dia dapat. Belum sempat air basuhan kering betul, dah ada yang reply dulu.

Pembantu Pengurusan Murid (PPM) Prasekolah pokcik minta dua ikat, nak goreng bihun katanya untuk murid pra.. haaa. rezeki anak-anak kecil sekolah pagi ni..  PPM tanya pokcik berapa harga satu ikat.. pokcik kata sekadar berkongsi rezeki.. tup...tup sebentar tadi dia bawa naik satu bekas kuih cek mek untuk pokcik makan, berkonsi rezeki juga katanya.. 

Dua ikat lagi Penolong Kanan dan chop awal-awal lagi.. ramai cikgu-cikgu yang tak puas hati kerana tak dapat. Ada yang minta 1kg, .. alahai pokcik bagi tahu kat mereka.. nanti lain kali pokcik tanam banyak..

Sawi kampung ni lain rasanya, manis-manis pahit sikit tapi sedap kalau goreng dengan bawang putih, atau buat sayur bening. Bagi Pokcik, nikmatnya bukan setakat makan, tapi proses cabut dari kebun, cuci dengan tangan sendiri, lepas tu tengok orang lain pun boleh rasa hasil titik peluh tu.

Itulah rezeki pagi ni. Dari tanah kebun terus ke dapur kawan-kawan. Senang hati rasa bila benda kecil macam ni pun boleh jadi penyambung ukhuwah.


Ulasan

Suria Amanda berkata…
Alhamdulillah..semoga dimurahkan rezeki..kalau SA dekat pun SA nak jugak tu...fav SA sawi ni...
Ezna Khalili berkata…
Kita kongsi rezeki, rezeki datang kat kita balik.....alhamdulilah.
Sueann berkata…
Sawi tanam sendiri ni boleh makan tanpa was2...
Puan Hazel berkata…
Alhamdulillah rezeki anak2 Pra...teruskan usaha Pokcik.. seronok tengok org bercucuk tanam ni...

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...