Langkau ke kandungan utama

Cerita kedai kopi #7 - Dua Bulan Wakil Rakyat Tak Lawat Kawasan

Pagi Khamis, langit cerah. Warung Wak Seman mula meriah macam biasa. Bau kopi O kaw dan cekodok pisang menyambut geng tetap bawah pokok ketapang.

Mail Towing datang dulu, duduk sambil lipat lengan baju.

Pokcik... dah dua bulan wakil rakyat kita tak datang jenguk kawasan. Hilang terus sejak lepas kenduri rasmi bulan lepas.”

Mat Rizal pun menyampuk sambil telan baki nasi lemak.

“Aku rasa dia sesat jalan... agaknya Waze rosak.”

Atau tengah bercuti luar negara, cari idea baru bantu rakyat,” sindir Tok Awang dengan senyum sinis.

Pokcik diam je, hirup kopi. Tapi dalam hati pun rasa benda yang sama, longkang belakang surau masih tersumbat, lampu jalan malam-malam macam main sorok-sorok, tak tau bila nak diganti.

Mail Towing keluarkan telefon.

Aku ada cadangan. Kita rakam video, buat macam dokumentari… tajuk: ‘Surat Untuk Wakil Rakyat Yang Hilang’”

Semua tergelak.

Mail, kalau kau jadi pengarah video tu, aku sanggup berlakon jadi penduduk kecewa,” kata Mat Rizal.

“Tok Awang boleh jadi narator... suara dia seram sikit, sesuai,” tambah Pokcik sambil ketawa kecil.

Gambar janaan AI 

Tiba-tiba Wak Seman datang bawa dulang baru, cekodok panas dan nota kecil.

“Tadi ada orang datang letak ni... katanya dari pejabat YB,” katanya.

Semua terdiam. Mail Towing buka nota tu perlahan: 

"Mohon maaf, YB kini sangat sibuk. Tapi akan lawat kawasan… secepat mungkin."

Tok Awang terus bersuara.

“Secepat mungkin tu... maksudnya sebelum pilihan raya".


Nota pokcik:- Siri cerita kedai kopi ini hanyalah rekaan semata-mata.

Ulasan

Puan Hazel berkata…
Cekodok dan kopi o tu ngam :)
Etuza berkata…
Hebat blig ni ada gambar jelmaan AL , tahniah manfaatkan AL ..gambar pun seolah olah real lah Wak..seronok baca. Tak apa nanti wakil rakyat sampai juga tu ..hehehe