Langkau ke kandungan utama

Ayam gepuk punya cerita

Ni pokcik nak cerita sikit, cerita ni bukan baru berlaku.. kisah benar yang berlaku. Suatu hari tu pokcik pergi lah hantar anak pokcik akan menuntut ilmu kat Kolej Matrikulasi Gambang.. tapi sebelum tu awal awal lagi pokcik dah tempah satu hotel nak menginap kat sana..

Rumah pokcik dengan Gambang bukan dekat, 4 jam lebih.. jadi pokcik tidur hotel la kiranya.. pokcik sampai hotel lebih kurang pukul 5 petang.  

Pukul 7 petang perut pokcik mula berbunyi tanda minta makan.. pokcik ajak mokcik kamu.. tak nak turun makan.. ajak anak perempuan pun tak nak turun.. pokcik turun la sorang... 

Pokcik jalan kaki saja.. sebab masa masuk tadi pokcik tengok banyak kedai makan area sini.. jalan dalam 3 minit, pokcik tengok ramai orang sedang menjamu selera.. meja hampir penuh.. dengan kanak-kanaknya orang tua ibu bapa, fuuuh.. boleh dikatakan cukup meriah kedai ini... 

Pokcik apa lagi tarik kerusi terus duduk...  Pokcik tak ambil lagi makanan.. tengok orang terlebih dahulu.. tiba tiba pokcik rasa lain macam bila tengok signboard kedai.. bukan kedai makan pun tapi klinik.. ooo rupanya klinik ni sedang anjurkan majlis makan-makan.. 

Pokcik apalagi slow-slow melangkah keluar.. malu tu tak la sebab tak ada orang yang kenal pokcik.. pokcik buat bodoh jer.. tak tau la takut ada orang yang perasan tadi..

Melangkah beberapa langkah berselang 2 lot ada signboard kedai makan..  tertulis kedai ayam gepuk..

Pokcik melangkah masuk seperti orang 'darat'.. tak pernah pokcik masuk kedai seperti ini sorang diri.. pokcik terus ke kaunter.. budak lelaki yang jaga kaunter tu tanya pokcik nak makan apa.. sambil terus tunjuk pada satu set menu.. entah apa pun pokcik tak tau.. janji halal.. tak tengok harga pun.. pokcik cakap bungkus 3..

Stail pokcik bila pokcik tak tau harga, pokcik hulur not kasar.. lepas dapat baki balik.. pokcik melangkah ke hotel dengan bergayanya.. sambil membawa 3 bungkus nasi disebelah kanan dan 3 air sirap merah menyala disebelah kiri...

Gambar janaan AI 

Sampai hotel pokcik terus duduk bersila dan ajak mokcik kamu dan anak perempuan bongsu pokcik makan sama..

Mokcik kamu tanya pokcik beli kat mana ayam gepuk ni.. sambil makan sambil pokcik cerita la apa yang berlaku sebentar tadi.. anak dan mokcik bukan main tertawa dengar cerita pokcik..

Mokcik kamu tanya tak ada ke yang pedas lagi dari ini.. perli la tu.. sambil berdesit-desit menahan kepedasan.. dihadapnya juga nasi tu bersama sambal.. 

Pokcik tengok mokcik kamu dah menitik airmata sambil tertawa.. anak perempuan pun turut tertawa sama.. Anak perempuan pokcik tanya kenapa ambil yang pedas sangat.. yang biasa kan ada.. manalah pokcik tau.. makan je lah..

Pokcik kata kat mereka tu la lain kali kalau pokcik ajak, kena ikut.. pokcik bukan pandai pun kedai-kedai macam ni, lain la warung kopi.. 

Ulasan

Amie berkata…
Terhibur baca ayam gepuk punya cerita. Gelak sorang-sorang hihihii. Macamanalah boleh tersesat masuk tu....
Etuza berkata…
Hati hati ya , harap tak sesat lagi..
Suria Amanda berkata…
alahai...tersalah masuk kenduri ye...takpe la pengalaman namanya tu...

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.