Langkau ke kandungan utama

Salam terakhir

Sewaktu pokcik masuk ke sebuah kedai makan tadi, pokcik terlihat sekumpulan pelajar lelaki dan pelajar perempuan sedang menjamu selera dengan makan mee kari. Dari pakaian mereka pokcik pasti mereka pelajar tingkatan 6.. ya mereka bukan berpasangan sudah pasti mereka hanya sahabat sekelas.. Melihat mereka teringat pula kisah masa pokcik tingkatan enam dan mee kari...

Di tingkatan enam, cinta bukan tentang janji sehidup semati. Ia lebih kepada teka-teki yang berlarutan, kiriman salam yang datang tanpa nama, dan hati yang berdebar setiap kali waktu rehat.

Setiap minggu, ada saja budak lelaki datang dengan gaya ala penyampai berita RTM tahun 90-an.  

Pokcik… ada orang kirim salam.”  

Pokcik pun tanya,  

Siapa?” 

Jawapan?  

Tak boleh bagitau. Dia malu.”

Dan begitulah setiap kali. Pokcik mula rasa macam tengah main rancangan “Jejak Kasih” versi sekolah menengah. Siapa dia? Budak kelas sebelah? Yang selalu pinjam pen tapi tak pernah pulang? Atau yang suka duduk depan sekali, tekun dengar cikgu ajar Ekonomi?

Pokcik cuba siasat. Buat carta kemungkinan, tanya kawan-kawan, siap tulis nama-nama dalam buku latihan, macam FBI tapi guna pensel 2B. Tapi semua jalan buntu. Kiriman salam terus datang, tapi nama pengirim kekal dalam kabus misteri.

Sampai satu hari. Hari terakhir sebelum dia pindah sekolah.

Pokcik tengah kemas-kemas buku, bersedia untuk balik, tiba-tiba dia datang. Berdiri depan Pokcik, dengan senyuman yang tak pernah Pokcik lihat sebelum ni, senyuman yang ada rasa lega, tapi juga sayu.



Hai, Assalamualaikum, saya yang kirim salam tu. Dari awal lagi.”

Dunia jadi senyap sekejap. Bunyi kipas kelas pun macam berhenti, Cicak jatuh dari siling. Pokcik rasa macam baru buka surat yang dah lama tersimpan dan setiap ayat dalam surat tu ialah teka-teki yang akhirnya terjawab.

Saya pindah sekolah esok. Tapi sebelum tu… saya nak belanja awak makan kat bandar. Boleh?”

Pokcik angguk. Tapi dalam hati, ada rasa yang tak tahu nak digambarkan. Gembira, sebab akhirnya tahu. Sedih, sebab baru tahu… dan dia akan pergi.

Kami keluar makan. Mee kari, sirap ais, dan satu perbualan yang penuh dengan “kalau” dan “andai”. Tapi tiada pengakuan besar. Tiada janji. Hanya dua hati yang tahu, walaupun masa tak berpihak.

Kadang-kadang, bukan cinta yang datang dalam bentuk kiriman salam yang tak bernama. Dan bila nama itu akhirnya diketahui, ia datang bersama perpisahan.

Tapi Pokcik simpan semuanya dalam satu kenangan yang tak pernah basi, macam rasa mee kari petang itu… yang Pokcik tak pernah lupa... Ianya bukan cinta tapi persahabatan..

Ulasan

Etuza berkata…
Macam drama lah wak..agaknya siapa nama gadis tu ya..terjalinkah persahabatan seterusnya tu , tu yang tak terjawab kan hehehe..kenangan indah tu
Etuza berkata…
Pernah juga ..surat dalam laci siap ada nama..tapi ..pelajar tingkatan 2..masa saya tingkatan 5..sidang pagi, rupanya ada peminta dari jauh..lucu
Puan Hazel berkata…
Pernah masuk F6 sekejap, sebelum dapat tawaran U :)
Sueann berkata…
Kenangan mengusik jiwa tu..
Airene Erawan berkata…
bab kirim salam tu, memang perkara biasa pada zaman dahulu.. sebelum adanya gajet macam sekarang ni.. hehe..
Suria Amanda berkata…
Aduhhhh...kalau tak dah jadi jodoh agaknya...hehehe...zaman persekolahan dulu memang zaman yang kalau diberi peluang untuk ulangi..SA nak ulangi...rindu masa zaman persekolahan..

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.