Langkau ke kandungan utama

Minta anak urut belakang badan

Dah agak lama sebenarnya Pokcik tak berurut. Badan ni kalau orang muda tengok mungkin nampak steady je, tapi bila malam menjelma... lenguh mula terasa satu-satu. Bahu, tengkuk, pinggang. Kadang-kadang pokcik hanya sapu minyak dan gosok dibetis dan peha sahaja.

Alhamdulillah, minggu ni anak jantan Pokcik yang nombor empat balik bercuti. Dia belajar di USIM, sekarang cuti semester. Pokcik pun ambil peluang la. Bukan senang nak dapat tukang urut yang kita yakin tangan dia ‘kena tempat’. Kebetulan, si nombor empat ni memang ada bakat sikit dalam bab mengurut ni. Pokcik pun pernah dulu rajin urut orang kampung, tapi sekarang pokcik rasa malas, ada rakan sorang dua minta tolong.. pokcik pass kat orang lain.

Lepas Isyak, Pokcik minta tolong dia urut belakang. Tikar lama Pokcik bentang depan TV.  Setiap kali dia tekan ibu jari ke belakang Pokcik, rasa macam ada aliran keluar dari urat-urat yang lama tersumbat.

 “Abah, sini tegang sikit ni,” katanya. Pokcik angguk je, mata pun hampir pejam dek nikmatnya rasa lega tu. 

Masa dia tekan bahagian belikat tu, Pokcik hampir nak menjerit kecil – tapi tahan macho. Dalam hati kata, “Yang ni lama dah tak terusik.” Memang betul la, bila badan sakit, bukan saja fizikal rasa lemah, tapi fikiran pun jadi sempit.

Sekarang ni rasa lebih ringan. Lenguh pun dah kurang. 

Ulasan

adnil linda berkata…
Bukan semua orang ada kelebihan mengurut nie
Etuza berkata…
Alhamdulillah, anak yang baik..pandai dia urut, giliran saya pula ya..adui terasa nak juga di urut, anak saya no 1 lelaki mok pandai tetapi jauh dia bekerja

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...