Awal pagi jumaat, Pokcik turun ke kebun. Cangkul disandang ke bahu, tanah dilorek dengan semangat, satu batas panjang yang tak hanya menanti benih sawi, tapi juga menanti rezeki dari Tuhan.
Pagi ini, kerja Pokcik ringkas, tabur benih sawi.. tanah pokcik dah siap cangkul petang kelmarin lagi.. selesai tabur biji sawi atas tanah dan kambus pokcik siram air...Entah dapat hasil atau tidak, itu kerja Allah. Tapi usaha tetap kena buat.
Ulasan