Langkau ke kandungan utama

Ulam-ulaman untuk Makan Tengahari

Pagi tadi selepas Pokcik selesai tabur benih sawi di batas, tangan ni gatal nak memetik sedikit rezeki segar dari laman. Beberapa pucuk serai kayu yang dah mula rimbun, secekak terung pipit, bunga kantan dua kuntum yang harum bila dibelah dan daun kelor untuk cicah dengan budu.

Di belakang rumah, pokok jering yang baru tahun ni belajar berbuah pun ada hasilnya kulitnya masih muda, tengah sedap dimamah... Rapuh dan tak menyakitkan gigi tua.

Tengahari nanti, semua ni akan disusun diatas meja, ditemani sambal belacan yang menyengat dan budu serta nasi panas yang berasap. 

Tak perlu lauk mahal pun, rasa dia sudah cukup membuat hati jadi tenang. Nikmat sungguh.. Makanan ni feveret mokcik.. pokcik pun sama..

Ulasan

AMIIZAA@Mieja berkata…
sedapnya...ditambah dengan ikan kering goreng, masyuk
Sueann berkata…
Awet muda ni...x payah beli sayur import mahal2 kan...
Airene Erawan berkata…
walaupun hanya cicah dengan budu, itu yang buat bertambah nasi kan? ^^
Etuza berkata…
Rezeki wak di mana-mana ada, berkat tangan green hand..suka tanam, hasil dah dipetik..alhamdulillah
mrhanafi berkata…
dengan bersyukur rezeki akan bertambah
Fadzillah berkata…
Sedap makan ulam-ulaman kampung, mau bertambah nasinya.

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.