Langkau ke kandungan utama

Temujanji ambil darah

Pagi tadi Pokcik singgah di Klinik Kesihatan Pasir Akar untuk temujanji ambil darah. Pokcik sampai lebih kurang pukul 7.30 pagi. Pintu klinik masih belum dibuka, tapi dah ramai pesakit menunggu di pintu masuk.

Ada yang duduk di bangku, ada yang berdiri sambil bersembang. Suasana pagi masih sejuk, angin pun rasa nyaman. Pokcik pun duduk sama menunggu giliran, sambil tengok gelagat orang yang datang.

Masing-masing pegang slip temujanji, ada yang bawa botol air kosong, ada juga yang bawa buku kecil untuk baca sementara menunggu. Suasana tak bising, cuma ada suara orang bersembang perlahan dan bunyi kunci pagar dibuka dari dalam.

Tak lama lepas tu, pintu klinik dibuka. Semua bangun perlahan-lahan menuju ke kaunter pendaftaran. Nombor giliran pun mula dipanggil satu persatu. Pokcik serahkan slip temujanji, kemudian duduk semula menunggu nama dipanggil untuk ambil darah.

Selesai urusan, Pokcik pun keluar. Tak lama dalam pukul 9.00 pokcik dah masuk dalam kereta, terus pandu untuk cari sarapan sebelum ke sekolah. Lepas ambil darah baru boleh makan kata nurse. Lega rasa hati bila semuanya berjalan lancar. Berdebar tunggu result jumpa doktor bulan September nanti

Ulasan

adnil linda berkata…
kalau orang mengandung, minum air gula, lepas ambil darah pertama, minum air gula, kena tunggu lagi 2jam, ambil darah kedua, baru boleh buka puasa...
menari2 anak dalam perut, sebab dah lapar.. hahaha...
kenangan betul
Sueann berkata…
Tempat saya kena beratur 7 pagi...kalo lambat...nasib la...
mama tisya berkata…
smoga result darah nanti ok..berdebar tgu bln depan tu ye
Etuza berkata…
Pergi ke hospital ni kena sabar, sama lah di sini kena beratur ikut proses..tak boleh potong barisan,..tak apa sabar
Suria Amanda berkata…
SA punya giliran 23hb nanti...jenuh la nak kena keluar pagi- pagi...
Airene Erawan berkata…
baru je ambil darah hujung bulan lepas, untuk check buah pinggang.. ambil darah seterusnya pada bulan 10 pulak..

Catatan popular daripada blog ini

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...

Bila Durian Gugur

Pagi tadi pokcik menumpang langkah bapa saudara masuk ke dusun. Mata bukan lagi memandang jauh ke hadapan, tetapi lebih kerap menjeling ke atas. Pengalaman memang guru yang tidak pernah meminta upah. Mana tidaknya, beberapa hari lepas kepala bapa saudara sempat juga berkenalan dengan sebiji durian yang gugur tanpa memberi salam. Syukur, benjolnya sudah surut. Tinggal cerita untuk dijadikan bahan usik-usik di warung kopi. Dusun pagi ini sunyi, cuma sesekali terdengar bunyi durian jatuh memecah sepi. Bunyi itu, bagi orang dusun, lebih merdu daripada bunyi loceng. Ertinya ada rezeki sedang menunggu di bawah pokok. Alhamdulillah, lebih kurang tiga puluh biji berjaya dikutip. Tidaklah sampai berlori, tetapi cukup membuat hati lapang. Mokcik pula sudah berkira-kira mahu mengasingkan beberapa biji untuk dibuat tempoyak. Orang kampung tahu, musim durian tidak panjang. Kalau tidak disimpan sedikit, nanti bila musim berlalu, yang tinggal cuma cerita dan kerinduan. Kebetulan pula anak nombor du...