Langkau ke kandungan utama

Cerita Kedai Kopi #8 - Benih Nenas MD2 Mahal, Tanam Tebu Lagi baik…

Pagi di kedai kopi Pok Ya macam biasa. Tok Awang, Mat Rizal, Mail Towing dan Pokcik tengah seronok meneguk kopi mula berbincang pasal benih nenas MD2.

Mat Rizal mula cerita "Benih nenas MD2 ni sekarang mahal sikit lah. Kalau beli banyak kat Pontian, lebih 1,000 sulur, baru dapat RM1.35 sepokok. Tapi kalau beli kurang, 500 ke atas pun dah RM1.50 satu."

Mail Towing menyampuk, "Kalau beli online kat Lazada tu… satu sulur RM3.80 tau! Lebih mahal, tapi beli sikit-sikit memang senang."

Tok Awang tambah pula, "Tengok Shopee jual borong 10 sulur harga RM25—jadi RM2.50 satu. Cuma kena ada modal lebih sikit dulu."

Mat Rizal garu kepala, "Bahaya juga ni… kalau nak try banyak-banyak, modal mula memang tinggi. Bayangkan, kalau nak tanam 100 pokok, dah perlu RM135–150 semata-mata untuk benih. Belum masuk kos lain lagi!"

Mail Towing setuju "Memanglah untung MD2 kalau buah manis dan laku, tapi bila modal tinggi, risiko pun tinggi. Kalau tebu modalnya rendah, cepat hasil. Tapi untung tak la besar sangat."

Tok Awang angguk perlahan, "Jadi pokcik kata, tanam sikit-sikit dua-dualah. Kalau MD2 mahal, tebu jadi penampung. Kalau tebu tak jadi, MD2 bolehlah tolong. Tahun depan kita boleh tengok mana yang balik modal dulu. Kalau rugi, kita dah tahu apa cerita."

Pokcik senyum sambil kacau teh tarik suam, "Benih mahal, pilihan semua ada risiko tapi kita tanam dua-dua, kira balance la jawabnya."

Ulasan

Etuza berkata…
Hasil yang banyak pasti menjana keuntugan tu wak..jenis tanaman yang high class tu nenas..
Etuza berkata…
Tanam tebu juga bawa keuntungan..
pokcikblogger berkata…
Ya tebu lebih mudah dipasarkan

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.