Langkau ke kandungan utama

Bersih kebun dan baja anak tebu

Pagi ni, seperti biasa pokcik turun ke kebun. Tapi bukan kebun belakang rumah, ni kebun yang jauh sikit. Dah dekat dua minggu tak jenguk. Masa sampai tu, tengok rumput dengan lalang punyalah naik. Pokcik dah agak dah, tu sebab siap-siap bawa mesin rumput galas.

Lepas siap potong rumput, pokcik terus bersih kawasan pokok tebu. Alhamdulillah, nampak makin subur. Pokcik buang rumput keliling anak-anak tebu tu, lepas tu bubuh baja sikit. Biar dia naik molek.


Duduk rehat sekejap bawah pokok, tengok hasil kerja tangan sendiri… rasa lega. Walaupun berpeluh satu badan, puas hati bila tengok kebun bersih, pokok pun hidup elok.


Ubi kayu pun dah nampak elok subur membesar. Insyaallah moga-moga musim tengkujuh ni dapat pungut hasilnya. Dulu kebun ni dipenuhi dengan pokok pisang tetapi bila pokok pisang mula diserang penyakit moko pokcik terpaksa buang sebahagian. 

800 pokok pisang boleh dikatakan terkena penyakit ni. Sewaktu pisang tengah keluarkan hasil dulu antara se tan kedua tan dalam sebulan hasil yang pokcik dapat.

Kata orang pisang kalau dah kena penyakit moko, susah nak ubat. Jadi sikit-sikit pokcik tanam dengan tanaman lain tanah ini.

Ulasan

Etuza berkata…
Tanah kebun, teringat tanah kebun arwah bapa, belum saya jengok..kena naik kereta baru sampai..kebunn sini meriah orangnya rajin blogger yang baik..

Catatan popular daripada blog ini

Sejam Setengah di Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh

Pada 16 Jun yang lalu aku ke Ipoh perak untuk mendaftar anak sulong di Politeknik Ungku Omar... setelah selesai segala urusan pendaftaran kemasukan dan pendaftaran asrama... anak angkat aku yang tinggal di Taman Medang Pusing Batu Gajah telah mengajak untuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh. sehari sebelum tu kami sekeluarga telah datang dan bermalam di rumahnya..... Katanya Taman Rekreasi ini sudah hampir dengan susur keluar ke Lebuhraya Utara Selatan. Dah datang jauh, jadi apa salahnya kalau singgah sebentar.... lagi pun bukan selalu dapat datang ke mari. Lagi pun tempat ni dalam perjalanan pulang..... Itu kata-kata anak angkat aku... Kalau malam tu aku penat memandu dari Jerteh ke Batu gajah dan tidak dapat memenuhi ajakannya ke Pasaraya Aeon dan Gerbang Malam di Ipoh hanya isteri dan anak-anak sahaja yang pergi.   Taman Rekreasi ni cantik bagi aku... bukit dan tasik menyegarkan mata Ikan-ikan ditasik ini banyak dan besar-besar... untuk memberi maka...

Menang Contest Miss Fatyn

Tak sangka aku .... aku menang.. aku join hanya sekadar untuk berkongsi pengalaman yang menakutkan yang pernah aku dialami. Tetiba-tetiba diumumkan sebagai pemenang tempat kedua.. ini kali pertama aku menang contest melalui blog. Terimakasih Miss Fatyn atas penganjuran contest itu dan hadiah tu, In Sha Allah.. kalau ada segmen, GA atau contest yang simple Uncle akan join.

Anak Tebu Tumbuh di Ruas...

Petang tadi Pokcik tengok kebun tebu macam biasa sebelum menyiram kangkung. Saja tengok keadaan pokok, mana tahu ada yang tumbang atau diserang serangga. Bila diperhatikan Eh... lain macam nampaknya. Pada bahagian ruas batang, keluar pula anak tebu yang masih kecil. Bukan di pangkal, tetapi betul-betul tumbuh pada ruas batang. Banyak batang jugak yang alami begini Gambar janaan AI  Pokcik pun ambil gambar lalu bertanya kepada rakan AI, "Kenapa boleh jadi macam ni?" Jawapannya agak menarik. Biasanya anak tebu di ruas boleh keluar apabila pokok sudah cukup matang, cuaca lembap atau pertumbuhan pucuk terganggu. Tetapi tebu Pokcik baru berumur lebih kurang tujuh bulan. Masih belum cukup tua. Kemungkinan besar ia bukan penyakit. Mungkin disebabkan keadaan cuaca yang sesuai, pertumbuhan pokok yang subur atau ada sedikit gangguan pada bahagian pucuk menyebabkan mata tunas pada ruas mula aktif. Setakat ini batang tebu nampak masih sihat. Daunnya hijau, batang pun besar dan segar. ...