Langkau ke kandungan utama

Tak sesat tapi salah simpang

Masih lagi berkisar tentang kisah Pokcik dan Mokcik hantar anak perempuan bongsu Pokcik ke Kolej Matrikulasi di Gambang hari tu. Alhamdulillah, selesai pendaftaran, segala barang pun dah siap disusun dalam bilik penginapan yang bakal jadi tempat anak Pokcik belajar, hidup sendiri dan kenal erti berdikari.

Macam biasa, sebelum berpisah… peluk cium jadi penutup. Mata Mokcik merah jugak, tapi ditahan-tahan. Pokcik, walaupun nampak tenang, tapi dalam hati sayu tak terkata. Anak kecil yang dulu duk bawah ketiak, sekarang dah masuk fasa baru dalam hidup.

Lepas semua selesai, Pokcik turun ke kereta. Mokcik pula minta tunggu sekejap katanya nak tunggu kawannya. Kawan lama tu pun hantar anak juga, tapi bersama anak sulungnya yang akan terus ke Nilai sebab kerja disana, si ibu minta tumpang balik naik kereta kami.

Tak lama lepas tu, masuklah dua wanita ke dalam kereta. Pokcik hidupkan enjin dan terus pandu ke Petron Gambang. Niatnya nak isi minyak dulu.

Dalam kereta, macam kenduri suara, dua mak-mak ni bersembang rancak tak berhenti. Dari cerita anak masing-masing, sampai kisah pokok bunga, kisah jiran senyap-senyap kahwin dua, sampai ke kuih karipap yang dah makin mahal. Pokcik pun sesekali mencelah, tapi lama-lama Pokcik pula makin meriah mencelah dan menyampuk mana yang patut.  Layan perbualan pemanduan pun tak fokus mana dah janji pandu je

Tiba-tiba, dalam asyik dengar sembang dan fikir nak makan apa lepas isi minyak, Pokcik tersilap masuk susur… masuk laluan ke arah Kuala Lumpur!

Eh, eh, ni nak ke mana ni bang?” Mokcik terjerit kecil.

Pokcik tersentak. “Allahuakbar! Eh ya lah… tersasar ke susur ni nak ke KL ni. Kita nak balik Besut, bukan nak shopping kat Sogo!.. ala sudah jauhnya nak pusing"

Gambar janaan AI 

Pokcik senyum kelat. “Takpe… nanti kita u-turn kat Sri Jaya". Ni la akibat bila dua wanita bersatu dalam satu kereta… otak Pokcik jadi buffering.

Kami pun ikut jalan kampung biasa, berpatah balik ke arah Gambang. Sempat lalu semula depan Kolej Matrikulasi tempat anak Pokcik tadi. Dari tol Gambang ke susur keluar sini dah 52 km nak Gambang balik dari sini ikut jalan kampung pun lebih kurang jarak.. fuuh jauh jugak lah perjalanan ni.

Mokcik dan kawannya makin galak ketawa, “Ha ha ha… tadi hantar anak, sekarang round balik macam nak jenguk semula!”

Pokcik pun jawab, “Ala kita pusing-pusing kenal tempat orang, kalau tak hari ni, bila lagi?”

Mokcik terus menyampuk, “Tak tutup pintu, ayam makan padi. Tak kata gitu nak kata macam mana lagi!”

Sekali lagi gegak gempita dalam kereta. Suasana jadi macam dalam drama komedi waktu petang.

Sampai kali kedua lepas tol Gambang, Pokcik dah fokus 300%. Kawan Mokcik pun siap-siap bagi ingatan masa sampai susur simpang Kuala Terengganu takut terlalai lagi. Tapi sembang tetap berjalan, dan tawa masih bersisa.

Akhirnya kami sampai kampung kawan Mokcik tu. Dia ucap terima kasih sambil geleng kepala. Katanya walaupun sesat, tapi seronok dapat ‘lawatan sambil belajar’ sekitar Gambang... Kami ketawa 

Dalam perjalanan balik, Mokcik sempat pandang keluar tingkap dan cakap perlahan…

Hanya tinggal kita berdua je sekarang di rumah, semua anak dah ada haluan masing-masing…”. Pokcik hanya angguk. 

Hari itu, walaupun bermula dengan urusan rasmi, tapi ditutup dengan gelak tawa, simpang salah, dan kenangan kecil yang tak ternilai. Dalam hidup ni, kadang yang tak dirancang tu lah yang jadi cerita.

Ulasan

adnil linda berkata…
Alhamdulillah,ada peneman ubat ngantuk, tapi tersilap simpang tu, hari sungguh.kikiki
Etuza berkata…
Seronok juga tau wak bawa dua wanita..mujur diorang bagitau , jika tak jumpa saya di KL hahaha...gurau ja ya wak
Airene Erawan berkata…
walaupun ada copilot di sebelah, tetap kena pasang waze supaya tak tersalah simpang.. hehehe..
Puan Hazel berkata…
Ralit bersembang ye Pokcik hehe...
Tapi menariklah pantun Mokcik pasal ayam tu, bole pinjam tak? Hehe
Suria Amanda berkata…
Macam SA dan suami je...hahaha...leka borak mesti salah masuk jalan
AMIIZAA@Mieja berkata…
hehheehehhe comel berborak sampai terlajak (mieja pon tergelak sama)

Catatan popular daripada blog ini

Khasiat telur gondang

Gondang merupakan musuh bagi pesawah padi kerana banyak melakukan kerosakan pada tanaman padi terutama anak padi. Para pesawah akan menggunakan pelbagai cara untuk menghapuskan serangan gondang terutama gondang emas. Ada petani yang menternak itik di sawah padinya sebelum masuk musim menanam dan ada yang menggunakan racun untuk menghapuskannya. Dalam tidak berguna kepada petani, gondang juga memberi manfaat yang besar kepada manusia terutama telurnya. Telur gondang dikatakan dapat melebatkan rambut, cepat memanjangkan rambut dan juga menghitamkan rambut. Caranya telur ini diramas dengan tangan dan terus dilumurkan atas kepala dan biarkan lebih kurang setengah jam sebelum dicuci bersih. Diamalkan setiap hari sehingga nampak keberkesanannya. Juga dikatakan mujarab bagi sakit buasir, caranya telur ini dipanaskan dengan minyak kelapa dan dibiarkan sejuk. Lepas itu minyak yang telah diproses telur gondang tadi dilumur pada ibu jari.. gunakan ibu jari tadi untuk menekan bu...

Bagaimana membuat ikan haruan kering

Bagaimana membuat ikan haruan kering . Masih berkisar dari hasil pancingan semalam. Kisah memancing ikan. Oleh kerana hasil pancingan yang banyak, untuk sekali makan memang tidak habis. Jadi pokcik ambil keputusan untuk membuat ikan kering. Caranya cukup mudah. Ikan haruan ini dibuang sisik dan dibelah belakang. dibasuh sebersih-bersihnya. Selepas itu direndam dengan air garam. Bagi setengah orang mereka lebih suka tabur garam. Biarkan rendaman air garam semalaman dan selepas itu bolehlah dijemur dibawah sinaran cahaya matahari yang terik. Perlu diingatkan bahawa satu lagi masalah bila menjemur ikan untuk dikeringkan ialah kedatangan lalat. Bukan kecil dan sedikit. Lalat-lalat hijau ini amat sukakan bau busuk ikan ni.  Bukan setakat hinggap dan makan sahaja. Lalat-lalat ini akan meninggalkan telur diatas ikan ini. Perhatikan gambar bawah. Telur ini akan menetas dan menjadi ulat yang akan memakan ikan ini pula. Untuk mengelakkan ikan ini dari didatangi o...

Terima kasih atas ucapan dari rakan-rakan

Hari ini hari lahir pokcik yang ke ???... maka facebook pokcik dihujani dengan ucapan dari rakan-rakan. Rasa terharu dengan ucapan dari rakan-rakan kerana mereka ini adalah sebahagian dari penyeri hidup.. Hari hari lahir pokcik yang ke 50 tak nak berahsia.. genap-genap 50 tahun, lahir tahun 1969. Bulan dan tahun yang penuh dengan sejarah negara.