Langit diam, tanpa banyak bicara.
Di antara kelam dan terang, ada hati yang berjalan perlahan
Di antara kelam dan terang, ada hati yang berjalan perlahan
bukan untuk mencari megah, tapi hanya ingin tahu arah.
Kadang-kadang, langkah terasa longgar.
Bukan kerana tak tahu jalan, tapi kerana terlalu banyak soalan yang belum ada jawapan.
Bukan kerana tak tahu jalan, tapi kerana terlalu banyak soalan yang belum ada jawapan.
Dia tidak mencari gemilang. Tidak juga kemasyhuran.
Yang dia cari… adalah rasa cukup. Rasa tenang. Rasa bahawa hidup ini, walaupun tidak sempurna, tetap punya makna.
Pernah dia rasa ingin jadi seperti orang lain yang kata-katanya disanjung, wajahnya dikenang, hidupnya kelihatan lurus tanpa retak.
Tapi setiap kali dia cuba memakai kasut orang lain, dia sedar… tapaknya berbeza.
Langkahnya tidak sama. Dan jiwanya semakin jauh dari dirinya sendiri.
Kesempurnaan itu selalu digambarkan seperti bulan.
Penuh. Putih. Indah.
Tapi entah kenapa… bulan pun ada waktunya mengecil, hilang, kemudian kembali.
Dan dalam hilangnya itu, dia tetap setia di langit.
Tetap jadi cahaya.
Dia belajar perlahan-lahan,
bahawa parut yang ada bukan tanda gagal,
bahawa jatuh tidak menjadikan dia hina,
dan bahawa menjadi ‘cukup’ lebih tenang daripada menjadi ‘sempurna’ yang memenatkan.
bahawa parut yang ada bukan tanda gagal,
bahawa jatuh tidak menjadikan dia hina,
dan bahawa menjadi ‘cukup’ lebih tenang daripada menjadi ‘sempurna’ yang memenatkan.
Jika suatu hari nanti, ada yang bertanya apa yang dia jumpa sepanjang pencarian itu,
dia akan senyum dan jawab:
dia akan senyum dan jawab:
“Aku tidak jumpa kesempurnaan.
Tapi aku jumpa diriku sendiri.”
Ulasan